Memaparkan catatan dengan label Koleksi Raya 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Raya 2012. Papar semua catatan

Sabtu, 29 September 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 11

Assalamualaikum..

Lagi crumble..Layan...




Itu je untuk hari ni..Adeuss!!!

Jumaat, 28 September 2012

MANIK SIMPLE - 8

Assalamualaikum..

Ada yang bertanya macam mana nak tempah @upah aku jahitkan manik..senang je boleh sms @call aku 0125677630.Mudah je...

Sambungan cerita manik. Kali ni sikit aje kisahnya. Hari tu aku ada tunjukan jahitan manik untuk baju kawan aku. Kali ni baju anak dia pula. Dia nak yang simple aje. So aku pun buat la sesimple nya. Ala, baju budak. Kalau buat glamer pun bukan boleh pakai lama. Budak tengah nak membesar. So layan ajela ye..

 Leher

 tangan

Leher dan tangan.

Lepas je aku upload gambar baju ni..sekali lagi aku stress. Rupa-rupanya ada beberapa pasang lagi baju raya yang aku lupa nak snap gambar dan dah bagi pun kat pelanggan aku.. Aduh.. stress...stress..stress!!!

Itu aje untuk baju raya. Lepas ni adalah baju untuk bergaya pulak. Ok.. Adeuss!!!

Khamis, 27 September 2012

BUNGA LABUCI & KRISTAL - 3

Assalamualaikum..

Kali ni baju kawan aku. Dia ni dari aku darjah 1 sampai ke sekolah menengah membawak ke ofis..asyik dengan dia aje. Kuat betul jodoh kami :p

Dia minta aku buatkan bunga labuci di tangan dan bunga kristal di badan. Jom tengok.

 tangan





Bila dah aku upload gambar ni baru aku perasan.. aduh..apasal semua gambar ber"double" ni. Sejak bila aku kena parkinson... arghhhh.. stresss...stresss..!!!!

Itu je.  Adeuss!!!

Selasa, 25 September 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 10

Assalamualaikum..

Crumble lagi? Apa nak buat . Dah memang trend sekarang. Yang ni baju adik aku. Menyibuk jer dia nak bermanik-manik jugak. Buatlah jugak sebab tengah mengandung. Kalau tak karang, meleleh pulak air liur baby dia nanti.




Stressnya aku jahit baju ni.kain dia nipis gila tu. Macam aku nak cekik je adik aku. Taburan pearl ni aku ikut kehendak dia. Nak yang colourfull. Ah..lantak dia lah. Aku buat aje.

Sekian untuk hari ni. Adeuss!!!

Isnin, 24 September 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 9

Assalamualaikum..

Kali ni baju yang aku jahit crumble lagi. Jom tengok apa hasilnya






Tuan punya baju ni telah berangkat ke Australia mengikut suaminya yang nak sambung study..So Bye-bye lah to Pn.Najwa..tunggu tiket murah i akan follow u    :p

Itu aje.. Adeuss!!!


Sabtu, 22 September 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 8

Assalamualaikum..

Pearl tabur lagi..layan.




Simple aje kan.ok. itu aje. Adeuss!!!

Jumaat, 21 September 2012

BUNGA LABUCI MANIK TABUR - 9

Assalamualaikum.

Hari ni design yang aku campur macam-macam. Ada bunga labuci yang bertabur..manik yang bertabur dan pearl yang bertabur..semuanya aku biarkan bertabur..layan ajelah. Tabur ni senang. Tak payah nak fikir bunga tu balance ke tak..senget ke apa ke..biarkan aje..nama pun seni..

Jom tengok




Khamis, 20 September 2012

BUNGA LABUCI MANIK TABUR - 8

Assalamualaikum..

Dah boring ye..asyik tengok manik je..sabo ajelah. Apa nak buat. dari aku biar laman sesawang ini bersawang, lebih baik aku kongsikan sesuatu . Mungkin ia tak berfaedah kepada korang, tapi insya Allah ia berfaedah kepada orang lain yang memerlukan..

Baju seterusnya yang amat simple..
 depang-tangan


belakang-tangan

Design atas permintaan pelanggan yang mahukan design yang simple. So inilah hasilnya.. Ada lagi entri pasal hasil jahitan esok. Tunggu ajelah. Adeuss!!!

Selasa, 18 September 2012

SULAMAN PEARL

Assalamualaikum..

Hari ni jahitan yang jarang aku buat. Tapi buat juga atas permintaan. Walaupun simple tapi cukup banyak pearl yang digunakan.. Design atas permintaan pelanggan..

tangan..

leher


leher dan tangan

Kombinasi sulaman pearl dan bunga labuci yang simple. Kepada yang berminat , boleh sms/call 0125677630..setiap panggilan/ sms akan dicaj mengikut syarikat telco masing-masing. Sekian..
Adeus!!!

Isnin, 17 September 2012

BUNGA LABUCI - 12

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak tunjukkan jahitan bunga labuci yang amat simple. Baju ni milik kawan zaman persekolahan aku yang  hampir 15 tahun tak jumpa. Fb telah menemukan kami kembali. Dia minta aku jahitkan yang simple.. so inilah hasilnya..





Simple aje..itu je untuk hari ni..kita sambung esok. Sorry kalau entri ini amat boring..
Adeuss!!!

Ahad, 16 September 2012

BUNGA LABUCI & KRISTAL - 2

Assalamualaikum..

Masih lagi jenis design yang sama. Cuma kali ni agak simple dan dibuat dibahagian tangan saja. Design ini adalah atas permintaan pelanggan sendiri.. Amat mudah untuk aku jahit sebab dah tak payah pening-pening kepala nak fikirkan design yang sesuai.

Inilah hasilnya..



okeh..itu jer untuk hari ini..Adeus!!!

Sabtu, 15 September 2012

BUNGA LABUCI & KRISTAL

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak tunjukkan kombinasi bunga labuci dan kristal. Baju ni agak sukar dijahit sebab jenis lining dan kainnya agak nipis dan ringin..memang mencabar. Mujurlah di badan ada lining..so bolehla aku menjahit dengan jayanya..

1 perkara menarik untuk baju ni..tangannya besar dan bersamaan 2 pasang baju punya tangan. So ambik masa sikitlah. Namun aku tetap harap agar pelanggan berpuas hati.

Inilah hasilnya..





Sekianlah adanya...nanti aku BW blog korang ye..Adeuss!!!

Jumaat, 14 September 2012

BUNGA LABUCI - 11

Assalamualaikum..

Seterusnya baju dan tudung yang dimaniklabucipearlkan.Oleh kerana aku terlupa nak snap gambar, terpaksalah aku menyusahkan customer..minta tolong dia emailkan gambar... Thanks a lot to Pn.Hilmun..




Nasib baik sebab aku ada snap dengan Note..so ada le gambarnya..tapi masa tengah buat..yang dah siap memang tak ada..inilah gambarnya.




Atas permintaan pelanggan , jahitan di tangan dan tudung. Simple. Semoga beliau berpuas hati..

Adeuss!!!

Khamis, 13 September 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 7

Assalamualaikum..

Selagi tak habis baju-baju yang dijahit..selagi tulah takkan habis entri pasal manik..So layan ajelah..




Itu je entri hari ni. Adeus!!!

Selasa, 11 September 2012

BUNGA LABUCI - 10

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak masukkan gambar-gambar terkini hasil jahitan aku. So untuk hari ini aku nak tunjukkan antara jahitan sempena Hari Raya yang lepas.. Maka bermulalah episod boring blog Penbiru..

Ini baju raya anak kawan aku. Aku buat simple saja.

 Leher 

 Leher -sisi

Leher dan tangan

Untuk tangan aku buat simple aje sebab tangan baju tu labuh dan aku yakin selalunya tangan baju mesti akan dilipat sikit. Jadi kalau aku buat glamour pun, mesti tak nampak punya.

So itu aje untuk hari ini. Adeuss!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...