Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan

Ahad, 23 Februari 2014

SELAMATKAH TONG GAS ANDA?

Assalamualaikum..

Korang rajin memasak?
Korang terer memasak?
Korang rajin upload entri pasal resepi baru yang korang masak?

Kiranya bab yang berkaitan dapur korang terhebat?

Sebenarnya korang tetap dikira tak berapa terer dan hebat kalau tak sayang nyawa sendiri..

Peringatan kecil ni memberi kesan yang besar dalam hidup korang..terutama yang memasak guna dapur gas
*yang memasak guna dapur karan atau dapur kayu, dialu-alukan untuk baca entri ini


SILA SEMAK TARIKH LUPUT TONG GAS ANDA!

Tengok angka dan huruf yang ada di tong gas anda
Huruf A,B,C atau bermaksud suku keberapa dalam satu tahun
A untuk March (suku pertama)
B untuk Jun (suku kedua)
C untuk September (suku ketiga)
D untuk Disember (suku keempat)

2 digit dibelakang huruf itu menunjukkan tahun tamat tempoh tong itu. Contoh jika tarikh tamat tempoh pada Disember 2006, maka akan ditulis sebagai D06.

Jadi periksalah tong gas anda sekarang..dan ingatlah untuk pembelian akan datang dan pastikan..
"Anda yang memasak guna gas, tidak dimasak oleh gas!"

Adeus!!!

Rabu, 11 Julai 2012

SPEED TRAP

Assalamualaikum..

Aku dapat gambar ni dari fb seorang kenalan.. Katanya ini ialah kamera perangkap hadlaju atau Speed Trap.


Katanya juga kamera ni di pasang di beberapa kawasan yang biasanya sesuai untuk memecut di lebuhraya. Tapi lokasinya tak pula diberitahu. So kita kenalah allert sendiri. Sejauh mana info ini, benar atau tak, aku tak pasti. Aku cuma berkongsi sahaja.

Pengajarannya, tak perlu tunggu ada polis tepi jalan baru reti nak reti slow..ok! Adeus!!!

Khamis, 26 Januari 2012

DISEBALIK KETENANGAN DI CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum..

Selalunya ornag akan bercerita tentang keindahan dan ketenangan di Cameron Highlands. Kali ni aku tak nak ceritakan itu semua sebab dah terlalu banyak orang bercerita mengenainya. Aku nak ceritakan kisah lain pulak..

Ini..kisah tempat peranginan di musim cuti sekolah. Aku nasihatkan , korang janganla pegi sana time-time cuti sekolah yang bersambung dengan cuti umum. Kalau nak pergi jugak, pergi jer time cuti minggu. Ketenangan tiada di sana. Yang ada hanyalah jalan yang sesak dihiasai bau hangit enjin kenderaan. Memang menyesakkan. Kedai makan melambung-lambung harganya. Ini hakikat.

Tapi kalau ada jugak yang nak pergi time tu, aku nasihatkan..
  1. Pastikan kenderaan korang dalam kondisi yang tip top
  2. Pastikan korang pemandu yang cekap bukan yang terhegeh-hegeh
  3. Masa memandu disana, TOLONG jangan pasang aircond sebab itulah punca banyak kereta yang lingkup ditepi jalan dan tersadai kehangitan bila jalan jammed! Enjin jadi berat la weh!
  4. Jangan ikut rapat kereta dihadapan (ini yang paling penting sebab pemandu di Malaysia ni suka sangat cucuk-cucuk kereta depan. Ini sikap paling kurang ajar. Kalau dia nak cucuk sangat, korang bagi laluan suruh dia potong. Kalau dia nak tercucuk sampai rapat pun biarlah dengan kereta orang lain, bukan kereta korang.
  5. Jangan parking depan kedai yang korang nak singgah sebab benda ni menyusahkan semua orang kecuali memang ada parking kosong.(ni kes berat kaki nak menapak ..nak senang dan dekat jer!)
  6. TOLONG JANGAN GUNAKAN EMOSI SEMASA MEMANDU...yang ni semua orang tau, tapi buat-buat tak tau!
Ini yang aku nampak bila aku kesana. Pada yang berkereta baru jangan ingat kereta anda amat power sekali. Sesak di jalan berbukit dan bercerun tidak sama dengan sesak di  jalanraya biasa. Banyak kereta yang tersadai di tepi jalan kerana sesak di kawasan berbukit nih...
Sedikit gambaran sesak di sana untuk tatapan..







Bila dah tiada kesabaran dan masing-masing nak tunjuk lagak..inilah yang berlaku...

Dibawah payung itu terkujur mayat seorang ibu muda bersama bayinya..yang baju putih tu...si bapa..menyesal pun tak berguna lagi...(aku lebih cepat dari wartawan)

Dan aku pasti yang ambulan mengambil masa lebih 1 jam untuk sampai ditempat kejadian memandangkan dari Hospital Tanah Rata ke lokasi terpaksa melalui jammed yang teruk(sesak yang langsung tak bergerak)..apa lagi yang mampu kita buat jika ini yang berlaku kerana kelalaian kita ...???

Selasa, 13 Disember 2011

MESEJ DARI SYAITONNIROJIM !

Assalamualaikum..

Aku nak nak korang berhati-hati dengan sms yang aku nak cerita ni.. Anak siapalah yang punya kerja ni, buat malu mak bapak je..tak de kerja lain, asyik nak menipu dan makan duit haram. SMS ni aku terima pada 11.12.2011, jam 3.09pm..

Penghantar:

0178948213

RM0.Promotion's
Tahniah sim kad Ada Tlh Meraih
Hadiah Percuma
"RM 19,000.00"
dari SHELL MLSY
No Pin_552299
Sila Call di Talian
0128339967

Inilah yang aku katakan mesej dari syaitonirojim..inilah antara syaitan-syaitan bertopengkan manusia...kornag tolong ingat benda-benda macam ni. Aku memang pantang sangat. S**l betol. Aku dah buka web Shell..ini lah hasil yang aku dapat..







Kenapalah Allah Taala mencipta manusia macam ni..betol2 buat semak dunia je..Aku hebahkan pada korang sebagai peringatan!.Adeus!!!!

Selasa, 18 Oktober 2011

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum...

Tengok jer tajuk mungkin dah nampak bosan sebab dah masuk topic Etika dan Protokol. Aku sebenarnya suka topik ni. Banyak ilmu kesantunan yang boleh aku belajar. Saja jer aku nak citer topik ni sebab aku yakin ramai yang tak tahu tentang adanya Etika Berpakaian bagi pejawat awam.

Cuba korang tengok, ada ke tak penjawat awam yang berpakaian seksi ? atau..sesuka hati? Sebenarnya sebagai penjawat awam, adalah termaktub dalam pekeliling mengenai cara pemakaian yang boleh dan tidak boleh. Aku juga amat yakin, masih ramai penjawat awam yang tak tahu tentang adanya Kit Perkhidmatan Awam . Di dalam kit ini sebenarnya ada banyak maklumat yang setiap penjawat awam terutamanya yang baru dilantik perlu tahu dan patuh.


Aku terpanggil nak citer bab ni sebab sekarang aku nampak dah ramai penjawat awam yang berpakaian ke pejabat tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan..ada yang memakai skirt, seluar, blouse dan sebagainya terutamanya yang perempuan ..macam-macam gaya ada. Mungkin diorang lupa, atau tak tahu, pakaian jenis itu TIDAK BOLEH dipakai sebenarnya. Harap maklum..jabatan kerajaan bukanlah seperti syarikat swasta yang boleh berskirt pendek ke opis yek!

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 , pakai purdah pun tak boleh tau tak? Apa lagi yang berskirt2 bagai..

Ok lah..kalau korang nak tau apa yang ada dlm Kit atau Pekeliling tu, aku dah tinggalkan link url..korang klik la sendiri. Ini adalah pengetahuan am. Kalau pun korang bukan penjawat awam, sekurang-kurangnya korang pun tau undang-undang berbanding yang dah berbelas tahun malah berpuluh tahun jadi penjawat awam, tapi masih buta undang-undang..ok.. Adeus!!!


Selasa, 13 September 2011

TIPS MENGIRA UPAH MENJAHIT MANIK

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak citer mengenai tips mengira upah menjahit manik. Entry ni aku buat sebab ada yang mengatakan upah menjahit manik adalah mahal.  Hakikatnya tidak, sebab harga yang dikenakan adalah murah sebenarnya..

Caj untuk jahitan simple 5% , rumit 10% dan super rumit 20% dari harga manik dan upah.
So cara aku mengira seperti berikut:

CONTOH:

1.) Jika menggunakan 4 bungkus manik Gred A (1 bungkus harga purata RM5.00)
     4bungkus  X  RM5.00 = RM 20.00 (ini adalah HARGA MANIK SAHAJA)
     upah adalah mengikut harga manik(material yang digunakan)  RM20.00
     RM20.00 (harga manik) + RM 20.00 (upah) = RM40.00
     Jika :
             Jahitan simple : RM40.00 + 5% (RM 2.00) = RM 42.00.
             Untuk kes ini aku akan bundarkan harga , so harga yang ditetapkan adalah RM 45.00 sahaja.

Jika di hitung balik, berapa kos upah kesuluruhan dapat disimpulkan :
Harga keseluruhan  RM 45.00 - kos bahan RM 20.00 = RM 25.00 ( inilah yang tukang jahit dapat untuk sehelai baju..)


2.) Jika menggunakan 4 bungkus manik Gred A ( 1= RM5.00) , 4 bungkus labuci ( 1= RM3.00) dan 1 bungkus manik pearl ( 1 = RM3.00)
      4bungkus  X  RM5.00 = RM 20.00 (ini adalah HARGA MANIK SAHAJA)
      4bungkus  X  RM3.00 = RM 12.00 (ini adalah HARGA LABUCI SAHAJA)
      1bungkus  X  RM3.00 = RM  3.00 ( ini adalah HARGA MANIK PEARL SAHAJA)
      RM 20.00  (harga manik)  + RM 12.00 (harga labuci)   +  RM 3.00 (harga pearl) = RM 35.00
      maka harga UPAH sahaja adalah RM 35.00,
      Jadi RM 35.00 (harga manik & labuci)  +  RM 35.00 (upah) = RM 70.00
      Jika :
             Jahitan rumit : RM 70.00  +  10% (RM 7.00) =  RM 77.00
             Harga dibundarkan menjadi RM 80.00

Berapa tukang jahit dapat??? 
Harga keseluruhan RM 80.00 - RM 35.00 (kos bahan) = RM 45.00 sahaja.(inilah yang tukang jahit dapat)

Ada sesetengah tukang yang mengenakan caj tambahan untuk benang, minyak kereta, dan lain2..tapi kalau tukang tu caj pun, pelanggan tak berhak soal sebab nak p beli manik pun takkan nak jalan kaki,ye tak?  dah tu jahit pulak takkan tak guna benang? Adakah benang itu jatuh dari langit?

Ada yang lagi best, mana2 pelanggan yang bagi baju last minit dan nak cepat siap, ada tukang yang caj extra lagi. Yela..nama pun nak cepat siap..so kena terima lah. Bukan senang nak kutip manik tu sebijik2 sampai jadi bunga. Tu pun ada jugak yang gamak minta diskaun..

So , mahal lagi ke kalau nak compare kan dengan hasil jahitan yang memakan masa berhari2, bersengkang mata siang dan malam? Korang sanggup ker??..So selepas dari penerangan ni, diharap tiada lagi rungutan yang mengatakan kos untuk upah menjahit manik adalah mahal. Berbaloi atau tak dengan apa yang seorang tukang jahit hasilkan dengan upah yang diterima?  Sama2 la kita fikirkan.

*gambo ini tiada kena mengena dgn entry. cilok dari incik gugel..hikhikhik

Memang orang nampak macam mahal. Yela , sehelai baju bermula dari RM 20 dan kadang2 mencecah RM 200 pun ada, tapi pelanggan kena ingat, separuh dari nilai itu adalah kos bahan sahaja, tak termasuk yang lain-lain lagi. Dan tak hairanlah , kalau pelanggan upah jahit di butik, boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit..diorang tu lagilah, nak bayar gaji pekerja lagi, sewa kedai lagi, bla bla bla bla...

So para pelanggan kena faham dan nilai balik, hasil jahitan itu sendiri. Kalau tak mampu, baik jangan upah kalau di belakang orang, anda rasa tak puas hati sebab pada pendapat anda, kos upah itu amat mahal. Janganlah sampai ada yang mintak diskaun pulak.

Cuba korang kira balik, berapa nilai 1 jam seorang tukang jahit yang bersengkang mata tu dapat..Kita ambil Contoh 1 di atas..Kos UPAH SAHAJA adalah RM 20.00. Katakan dia mengambil masa 10jam untuk siapkan jahitan tu..agaknya, berapa upah beliau  untuk 1 jam? ..ya.. hanya RM 2.00 SAHAJA untuk 1 JAM!  .adakah itu dikira MAHAL ?.Korang sanggup ke dibayar RM2.00 sejam untuk memungut manik sebesar pasir tu untuk dijahit ?  Tepuk dada tanya iman.

Ini adalah tips dari aku , cara nak kira. Mungkin ada cara mengira yang lain. Tapi jumlahnya tetap lebih kurang sama saja. So, tolong jangan pertikai harga bila baju anda siap. Kalau tak mampu, tak yah la nak memanikkan baju. Biar ja baju tu kosong. Tak salah pun..

Okla..aku harap entry ni bagi manafaat pada tukang2 jahit manik diluar sana dan memberi info kepada para pelanggan dan bakal pelanggan di luar sana. Sesungguhnya, hasil dan karya sesebuah seni itu adalah tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. aku berhenti di sini dulu..Adeus amigos!!
    

Khamis, 11 Ogos 2011

ISRAEL DI MANA-MANA

Assalamualaikum...

Tahukah anda bahawa Israel ada di mana-mana, malah ada di hadapan anda, tapi anda tidak menyedarinya. Aku pasti semua orang benci Israel. Aku sekadar nak kongsi maklumat dengan korang semua. Maklumat ni aku dapat dari FB.

Kita sedia maklum , Malaysia telah menutup sebarang hubungan dengan Israel kerana kekejaman mereka. Tapi Malaysia tidak mampu menyekat sesuatu yang patut di ambil berat. Walaupun nampak remeh, tapi jika dibiarkan, ia akan menjadi satu kebiasaan..

Apa yang korang perlu buat? Sila ikut step ini:

1. On laptop / pc anda
2. Klik - My Computer
3. Klik - Local Disk (C)
4. Klik - Program Files
5. Klik - Microsoft Office
6. Klik - Media
7. Klik - CAGCAT10

kemudian cari gambar nombor J0285926
anda akan dapat lihat gambar ini ...
Tengok betul-betul gambar tu, Ianya adlah Lambang Bendera Zionis Israel lengkap dengan lilin sarana ibadah mereka.

Tahukah anda bahawa gambar ini ada di setiap PC dan Laptop? Jika tak tahu, aku tolong khabarkan. So, ambillah tindakan dengan men DELETE gambar bangsa terkutuk tu. Ok..Aku ANTI ISRAEL..kalau korang pun sama macam aku, lakukan sekarang!. Aku berhenti di sini dulu. Adeus!!!

Ahad, 7 Ogos 2011

MESEJ BERPUAKA YANG TAK HABIS-HABIS!!

Assalamualaikum..

Aku memang bengang betullah. Tak abis-abis mesej dari syarikat penyamun ni dok terjah masuk dari ke handphone aku. So korang ambik ingatan ye..

Mesej ni aku terima pada 05.08.2011 jam 9.13am
Terima Dari No 0128533601

RM0.00 Kpd 0125677630 (ni no aku)
SMS BONANZA. Taip ON HPY dan hantar ke no 32066 skrg, terima RM3 SMS, Credit PERCUMA utk setiap 100 plgn. T&C apply

*Mode: hangin 1 badan!
Mesej ni aku terima pada 06.08.2011 jam 10.47am
Terima Dari No 66688

RM0.00 Perinagatan kpd +60125677630 (ni no aku)
Anda perlu tekan ON YC dan ON YD sms ke- 33200 skrg utk terima SMS content anda sebelum tamat tempoh!
OUT:0379666547 <----binatang ini aku jumpa lepas skroll sampai kebawah
Kalau korang jadi aku..apa korang nak buat selain dari delete? Betol2 mengganggu hidup. Sampai sekarang aku tak pernah dengar apa-apa tindakan dari pihak berkuasa untuk mengekang benda ni. Syarikat penyamun tu takkan dapat nombor kita kalau bukan orang ketiga di syarikat telco yang bocorkan maklumat pengguna kepada orang lain..so any idea??


Selasa, 2 Ogos 2011

MESEJ BERPUAKA KEMBALI!!!

Assalamualaikum..

Hari tu aku dah ada buat entry pasal MESEJ BERPUAKA ni.. Sila Klik Sini , Ahad lepas 31 Julai aku masih terima lagi mesej yang sama

Mesej ni aku terima pada 31.07.2011 jam 9.56am
Dari no 62228
"RM0.00 Kpd 0125677630 (ni no aku)
Anda belum daftar Servis SMS kandungan baru,cepat sms ON BN dan ON BQ ke 32233 Skrg utk mulakan !"




EM80625114"

Memang kurang ajar kan? Aku dok timbang-timbang nak buat report polis, tapi masalahnya mau ke polis layan dan ambik tindakan atas laporan aku? Agaknya kalau aku buat laporan polis, bila benda ni nak settle? Kang sesia je aku buang minyak kereta sebab nak kena p balai. So kepada korang semua, hati-hati dan sebarkan pesanan dan peringatan ni kepada orang ramai. Tak pasal2 ada penyamun yang cilok duit topup korang.

Okla, aku nak sambung keje. Nanti aku dapat gambar aku dengan Datuk Maznah, aku upload kat sini.. Arios!!!

Khamis, 28 Julai 2011

PERSONAL LOAN BANK RAKYAT & KAKITANGAN AWAM

Assalaamualaikum...

Hari ni aku nak bagi peringatan pada semua kakitangan Kerajaan yang merupakan peminjam dan bakal peminjam dengan Bank Rakyat. Bank Rakyat dan kakitangan Kerajaan memang tak dapat dipisahkan dengan pinjaman peribadi..termasuklah aku. Aku nak cerita sesuatu yang korang perlu alert sebab benda ni amat tidak disedari segolongan besar  daripada kita yang membuat pinjaman peribadi. Apa lagi bila dah rambang mata tengok nilai duit yang mencecah 5angka masuk kedalam akaun kita.

Cenggini ceritanya. Aku dulu pun tak perasan. Tapi bila dah buat untuk kali ke3 (overlap yang lama) baru aku perasan. Sebelum aku buat loan, aku call bank tanya baki settlement ada berapa. Dan aku dapat amaun ketika itu. Selang seminggu selepas aku cornfirm nak buat (untuk renovate umah dan settle apa yang tertunggak) staff bank datang ke ofis dan explain kat aku. Dari jumlah loan yang kita pinjam akan di potong yuran stamping, insuran dan deposit 2 bulan selain amaun settlement.. So aku buat keputusan berapa yang aku nak buat.

Bila loan dah lulus, aku dipanggil ke bank untuk tandatangan dokumen. Lepas dari tu aku terus ke kaunter untuk update buku..Nak dijadikan cerita, esok paginya aku pi la kat ATM untuk check berapa yang masuk..memang mengejutkan jumlah yang masuk KURANG hampir RM240.00.!! Aku memang pelik. Bila aku call bank, barulah diorang cakap sebenarnya baki settlement aku jumlahnya langsung tak sama dengan yang mula-mula aku dapat dulu..kalau makin kurang tak apa jugak..ni makin bertambah..Pelik kan?

Pastu dia cakap semalam masa aku tandatangan dokumen tu adalah termasuk INSURAN INTIM ka hapa ntah..insuran apa pulak aku tanya. Dia cakap insuran tu semua kena ambik setahun sekali tu je. Aku memang pelik. Sebab seingat aku, borang insuran yang aku tandatangan semalam adalah insuran yang mula2 dia cerita haritu.. So sekarang ni tak pasal2 jadi 2 insuran, dan 1 insuran tu memang kita tak sedar pun borang tu dihulur untuk dipotong. Masa aku nak sain semalam pun aku ada tanya, ni borang apa, dia cakap borang insuran. So aku ingat insuran yang mula-mula tu la..rupanya idokk..insuran yang kedua..See!!

Mungkin ramai orang yang meminjam tak perasan benda ni. So bank pun buat diam je. Aku ni jenis yang alert benda-benda cmni. Bila aku check balik duit yang masuk ke akaun aku kurang banyak dari yang sepatutnya. Frust kan? Rosak plan aku.

Aku bukan nak tuduh Bank Rakyat penipu,(cuma pembelit jer!) tapi lain kali masa nak offer loan kat orang tolongla bagitau betul2, apa benda lagi yang diorang potong dan berapa jumlah bersih loan yang akan dikreditkan masuk ke akaun peminjam. Aku menyesal pun ada buat dengan Bank Rakyat. Kalau aku tau sampai 2 insuran yang terpaksa rela kena ambik buta2, baik aku buat dengan Bank Simpanan Nasional.

So aku nak pesan pada semua, kalau nak buat, tanya betul2. Tapi dengan Bank Rakyat kalau tanya betul macammana pun, bab insuran yang RM100 tu  mesti diorang takkan cakap punya. Bila duit dah kredit ke akaun kita, baru la kita sedar..tu pun kalau korang jenis manusia detail macam aku. Dalam2 detail pun aku kena kencing jugak dengan bank. Nak buat macam mana. Duit dah masuk. Kalau dari masa aku nak tandatangan tu dia bagitau aku, memang aku cancel la loan tu..baik pi buat kat Bank Pertanian atau BSN jer. So aku harap, apa yang terjadi pada aku, korang ambik ingatan. Kalau buat dengan Bank Rakyat memang ada 2 INSURANS ye..bukan 1 insurans macam bank2 lain.

To Bank Rakyat...aku memang frust sebab tak explain kat aku pasal insuran tambahan RM100 tu dan pasal baki settlement yang makin bertambah. Aku memang tak puas hati. Aku ada simpan bukti settlement yang mula-mula pegawai bank kat aku. So tu pasal aku tak takut masuk entry benda macam ni.

Ingat wahai kawan2 kakitangan kerajaan sekalian..HATI-HATI ok!!

sebelum berhutang, sila belajar ilmu ini dahulu : ILMU BERHUTANG= BEZA FLAT RATE & REDUCING BALANCE

Ahad, 10 Julai 2011

KISAH SERAM - MESEJ BERPUAKA!!!

Assalamualaikum...

Kali ni entry pasal henpon dan syarikat telco yang pada aku makin hari makin kurang ajar(ditujukan khas kepada hantu-hantu di syarikat telco yang dengan sengaja menyebarkan nombor telefon pelanggan kepada pihak ketiga). Tajuk entry je saja bikin panas.

Yes, memang mesej-mesej itu berpuaka sebab bila tiap kali mesej tu masuk ke inbox henpon anda, anda akan kehilangan topup/prepaid anda serta-merta.

Dalam masa 3 hari aku terima mesej puaka dari syarikat penyamun. Benda ni bukan aku sorang jer kena. deh beribu-ribu orang kena. Yang aku pelik, macam mana penyamun ni boleh dapat no henpon kita (macam kes aku lain sebab aku buat bisnes, so no henpon aku ada di mana-mana). Contohnya macam henpon anak Pak Su aku yang bukan bisnesmen pun. Sekali topup RM30, setengah jam BERSIH!!.Puncanya dari mesej-mesej berpuaka yang dihantar dan menjerat pengguna tanpa disedari.

Mesej ni aku terima pada 07.07.2011 jam 1.45pm
Dari no 62003
"Peringatan 0125677630 (ni no aku)
Anda diminta taip ON PF ke 32233 SEGERA utk asktifkan SMS Content Terbaru skrg!

Tanpa caj pendaftaran



EMSB80625114"

Aku kena skroll sampai kebawah baru aku nampak EMSB80625114 tu..kontent kepala bapak dia!

Mesej ni aku terima pada 07.07.2011 jugak, jam 10.28pm
"RM0.00 Notis Penting:
Aktif semula servis 3Gp video anda sebelum tamat tempoh. Tapin ON FM dan ON FT hantar ke 37886. Tiada Caj Daftar.

Bantuan:0379666547"

Setan betol. Hp aku Nokia 2660@orang panggil nokia sabun mana boleh tengok video online kalau dah guna prepaid yang aku topup RM 10 seminggu. Ngoi!!. Takde software video pun henpon aku ni. Bangang!!


Mesej ni aku terima pada 09.07.2011 jam 12.14pm
"RM0 Hi, 60162284547(ini no jembalang mana ntah, trap la ni) hantar MMS kepada anda. Untuk melayan MMS  tersebut, sila hantar ON MMS ke 39883. MMS tersebut akan dibatal dalam masa 2 hari."

 Walau dari no apa sekali pun korang terima kesej-mesej puaka macam ni, tolong delete ja. Ada sesetengah henpon yang bila mesej masuk, dia kena read/baca dulu mesej tu baru boleh padam/delete . Macam henpon aku, masuk je mesej aku boleh delete tanpa read mesej tu. Yang jadi mangsa sekarang, para makcik-makcik , pakcik-pakcik ataupun warga tua yang tak reti apa-apa tu. orang suruh taip on, dia pun taip on..kadang-kadang diorang ingat mesej tu memang betul.

Pada aku , selain dari penghantar/sender yang tertera nama syarikat telco Hotlink/Maxis/Celcom ke apa-apa ke, jangan layan. Kalau terima dari sender yang mula dengan 60XXX  sebolehnya delete tanpa read/baca.

Aku pun heran, tak ada ke undang-undang telekomunikasi di Malaysia yang boleh melindungi pengguna. Bayangkanlah kalau mangsa tu terdiri daripada orang yang kurang berkemampuan yang guna henpon sebagai keperluan asas bukan untuk tujuan suka-suka, kes naya ni. Penjenayah yang bebas mencuri tanpa rasa takut sebab tak ada undang-undang(sorry kalau aku silap) yang melindungi pengguna dan untuk menghukum penjenayah macam ni.

Kadang-kadang aku rasa maca nak buat jer repot polis. Tapi risau jugak takut buang masa aku je..paham-paham sendiri la kan..ok hati-hati ye semua. Arios!!!

Selasa, 19 April 2011

Jangan Gunakan Widget Widgeo Dalam Blog

Assalamualaikum..

Hari ni baru aku tau kenapa bila aku login atau saje tengok2 blog aku tu,tiba2 je keluar iklan popup window. Tak tau apa tu popup window? Meh aku nak explain.(Kredit kepada http://anarm.net/blog/ sebab aku ambik sikit petikan dari blog dia..tq ek..)
  • Popup – bermaksud tetingkap (window) baru yang muncul secara tiba-tiba pada browser (Firefox, Chrome, Opera, dan lain-lain). Popup biasanya digunakan untuk memaparkan iklan. Adakalanya bertujuan untuk menarik trafik dan mengumpul email pelawat.
    • Widgeo – laman yang menyediakan widget seperti Geo Counter, Live Counter, Flash Effect, Flash Message, Flash Widget, animation…
    Macam2 iklan yang keluar. Delete la berapa kali pun,mesti keluar jugak. Kaji punya kaji, baru la aku tau kenapa..rupanya aku ada guna Widget Widgeo. Ala yang widget yang ada gambar bendera tu ..


    Sebelum tu aku ada riki2 dalam blog orang lain..Yes memang betol telahan aku. Macam2 masalah la yang aku terbaca dari blog orang. So bila aku buang jer benda alah tu, terus ok je blog aku. Dah tak keluar popup window tu lagi. Baru bahagia idup aku..heheh. So sapa2 yang ada widget ni kat blog , sila la buang. Jangan kata diri sendiri, orang lain yang nak tengok blog korang pun boleh kena darah tinggi.Ok..

     So setakat tu dulu peringatan aku pada blogger semua. Arios!!!

    Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...