Ahad, 10 Julai 2011

KISAH SERAM - MESEJ BERPUAKA!!!

Assalamualaikum...

Kali ni entry pasal henpon dan syarikat telco yang pada aku makin hari makin kurang ajar(ditujukan khas kepada hantu-hantu di syarikat telco yang dengan sengaja menyebarkan nombor telefon pelanggan kepada pihak ketiga). Tajuk entry je saja bikin panas.

Yes, memang mesej-mesej itu berpuaka sebab bila tiap kali mesej tu masuk ke inbox henpon anda, anda akan kehilangan topup/prepaid anda serta-merta.

Dalam masa 3 hari aku terima mesej puaka dari syarikat penyamun. Benda ni bukan aku sorang jer kena. deh beribu-ribu orang kena. Yang aku pelik, macam mana penyamun ni boleh dapat no henpon kita (macam kes aku lain sebab aku buat bisnes, so no henpon aku ada di mana-mana). Contohnya macam henpon anak Pak Su aku yang bukan bisnesmen pun. Sekali topup RM30, setengah jam BERSIH!!.Puncanya dari mesej-mesej berpuaka yang dihantar dan menjerat pengguna tanpa disedari.

Mesej ni aku terima pada 07.07.2011 jam 1.45pm
Dari no 62003
"Peringatan 0125677630 (ni no aku)
Anda diminta taip ON PF ke 32233 SEGERA utk asktifkan SMS Content Terbaru skrg!

Tanpa caj pendaftaran



EMSB80625114"

Aku kena skroll sampai kebawah baru aku nampak EMSB80625114 tu..kontent kepala bapak dia!

Mesej ni aku terima pada 07.07.2011 jugak, jam 10.28pm
"RM0.00 Notis Penting:
Aktif semula servis 3Gp video anda sebelum tamat tempoh. Tapin ON FM dan ON FT hantar ke 37886. Tiada Caj Daftar.

Bantuan:0379666547"

Setan betol. Hp aku Nokia 2660@orang panggil nokia sabun mana boleh tengok video online kalau dah guna prepaid yang aku topup RM 10 seminggu. Ngoi!!. Takde software video pun henpon aku ni. Bangang!!


Mesej ni aku terima pada 09.07.2011 jam 12.14pm
"RM0 Hi, 60162284547(ini no jembalang mana ntah, trap la ni) hantar MMS kepada anda. Untuk melayan MMS  tersebut, sila hantar ON MMS ke 39883. MMS tersebut akan dibatal dalam masa 2 hari."

 Walau dari no apa sekali pun korang terima kesej-mesej puaka macam ni, tolong delete ja. Ada sesetengah henpon yang bila mesej masuk, dia kena read/baca dulu mesej tu baru boleh padam/delete . Macam henpon aku, masuk je mesej aku boleh delete tanpa read mesej tu. Yang jadi mangsa sekarang, para makcik-makcik , pakcik-pakcik ataupun warga tua yang tak reti apa-apa tu. orang suruh taip on, dia pun taip on..kadang-kadang diorang ingat mesej tu memang betul.

Pada aku , selain dari penghantar/sender yang tertera nama syarikat telco Hotlink/Maxis/Celcom ke apa-apa ke, jangan layan. Kalau terima dari sender yang mula dengan 60XXX  sebolehnya delete tanpa read/baca.

Aku pun heran, tak ada ke undang-undang telekomunikasi di Malaysia yang boleh melindungi pengguna. Bayangkanlah kalau mangsa tu terdiri daripada orang yang kurang berkemampuan yang guna henpon sebagai keperluan asas bukan untuk tujuan suka-suka, kes naya ni. Penjenayah yang bebas mencuri tanpa rasa takut sebab tak ada undang-undang(sorry kalau aku silap) yang melindungi pengguna dan untuk menghukum penjenayah macam ni.

Kadang-kadang aku rasa maca nak buat jer repot polis. Tapi risau jugak takut buang masa aku je..paham-paham sendiri la kan..ok hati-hati ye semua. Arios!!!

6 ulasan:

  1. lebih kurang sama dengan kes anak maklong ni.. topup je.. dapat mesej yang berbayar tanpa sebab2 yang diketahui.. thanks sebab share info ni..

    BalasPadam
  2. tula..melampau depa ni.menyamun cara terhormat..tiba2 je topup abis bila trima msj depa..

    BalasPadam
  3. macam2 hal skrg ni...salam...sori, nak tanya, saya x perasan la penbiru..cikgu jgak ke?apapun, saya terpegun tgk kecantikan manik yg penbiru buat...

    BalasPadam
  4. salam..tak la..bukan cikgu.tapi memang cita2 dulu nak jadi cikgu tapi tak kesampaian. saya kerja gov jugak di jabatan akauntan negara kat anak bukit. kalau cikgu minat nak memanikkan baju..boleh bgtau sy.. salam pekenalan :)

    BalasPadam
  5. Ana,
    Sila ambil award dari Mak Ngah ..:)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...