Selasa, 19 Julai 2011

Cik Ah Ku Sayang...

Assalamualaikum...

Harini citer pasal Cik Ah aku yang paling aku sayang. Aku dah bersama dia hampir 9 tahun. Pertama kali aku pandang, memang aku dah jatuh hati walaupun pada awalnya ditentang hebat oleh abah aku. Tak berkenan katanya. Aku melawan juga. Bila aku bawak balik kerumah, tersengih pulak dia bangga. Kali pertama aku memiliki dia, aku bawa jalan-jalan kat Alor Setar semua orang pandang-pandang. Maklumla dia yang paling hensem pada ketika itu. Masa tu November 2003 (tahun ke 2 aku berkhidmat dengan kerajaan). Pada masa tu, umor aku 23 tahun. Masa tu tiada yang serupa dia dalam Alor Setar. ( Fuhh!!! takbur betol !)
Aku sayang dia lebih dari segala-galanya. Tanpa dia aku kesunyian. Kemana saja aku bawak dia. Dialah teman aku dikala aku suka ..mahupun duka. Dia tak pernah menyakiti hati aku. Hingga hari ini aku masih setia dengan dia..dengan ini aku memperkenalkan Cik Ah ku sayang ...


|
V

|
V

|
V

|
V

|
V
|
V

|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V

|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V

|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V

|
V
|
V
|
V

|
V
|
V
|
V

Hari pertama aku bawak dia balik kerumah.. 4 November 2003..

Aku namakan dia Cik Ah sebab dia kaler merah. Dia tergolong dalam kumpulan 100 unit pertama Wira S.E dengan 4 break disc. Enjin tekno lotus. Sport rim 17inci. Skirting depan belakang kiri kanan, ada spoiler(spoiler asal terpaksa aku tukar kepada yang standart sebab abah aku cakap macam tiang gol), seat patent racing, tombol gear pun stly racing, complete packej la. Beli dan pandu jer, aku dah tak modified apa-apa sebab semuanya dah lengkap. Lepas dari 100 unit tu, walaupun rupa serupa, tapi breakdisc ada 2 je dan banyak kekurangan.

Hampir 9 tahun bersama, dia tak pernah meragam. Macam tak caya kan kereta Malaysia berkualiti macam dia? Tapi iya. Memang betol. Hanya 2 kali tak bleh start, tu pun sebab betri dah kong. Ini bermakna 8 tahun pakai, baru tukar betri 2 kali jer..Cuma baru-baru ni je, tangki minyak hitam dah bocor..bukan bocor apa, getah penutup dia dah haus. Biasalah, dah tua dah..

Apapun, serius aku cakap aku lebih sayang dia dari hubby aku . Apa terjadi sekali pun, aku akan tetap bersama dia hingga akhir hayat aku. Bulan November 2012..selesai hutang dengan bank..Dia sah jadi milik aku selama-lamanya. I love u Cik Ah..

Ok..aku nak sambung keje ni. See u on next entry.. Arios!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...