Sabtu, 31 Disember 2011

BUNGA LABUCI - 7

Assalamualaikum..

Walaupun tahun dah berubah, tapi aku jer yang tak berubah. Blog buruk aku ni cerita manik, cheese,manik, cheese..kekadang adalah cerita-cerita terkini. Memang manik ni cerita yang boring pada yang tak minat. Tapi pada yang minat, hits keyword paling banyak untuk blog aku ni adlah mengenai maniiikkkkkk jer. Punya pasal la blog aku, dari aku boh gambar aurat, lebih baik aku boh gambar manik. Huh!!

Bunga labuci lagi. Kebanyakan pelanggan yang suka design ni adalah remaja-remaji yang suka glamer tapi simple.nah tengok!




Ok..sekian untuk hari ni..Adeus!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 33

Jumaat, 30 Disember 2011

BUNGA LABUCI - 6

Assalamualaikum..

Bunga labuci lagi. Paling simple dan cepat nak disiapkan. Harga untuk baju ini lingkungan RM50-RM60 ikut besar tangan baju tu. Harap maklum harga adalah tidak termasuk kos pos..





 Ok, sudah..kurangkan bercakap..banyak cakap nanti orang nyampah..huhuh..Adeus!!!

Nak tengok lagi?..Manik Part 32

Khamis, 29 Disember 2011

BUNGA LABUCI - 5

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak tunjuk next design yang aku dah jahit setelah sekian lama..barang harus diingat post ini autopublish ye..akuk sibuk!..Jom tengok..




Harga untuk upah baju ni adalah RM160 sebab jahitan adalah pada tangan dan bawah baju.  Siapa yang rasa upah ni mahal, jahitla sendiri ek..huhuh..dah..dah..aku tak mau cakap banyak. Adeus!!!

Nak tengok lagi?..Manik Part 31

Rabu, 28 Disember 2011

PEARL TABUR - CRUMBLE 2

Assalamualaikum...

Manik crumble lagi. Harga dalam lingkungan RM60. Jom tengok..




Kepada sesiapa yang berminat boleh sms/call aku di 0125677630(ana)..miskoll tak akan dilayan sama sekali..Adeus!!!

Nak tengok lagi?..Manik Part 30

Selasa, 27 Disember 2011

PEARL TABUR - CRUMBLE

Assalamualaikum..

Jom jamu mata..Ini adalah 1st time aku cuba-cuba buat manik crumble ni..Walaupun nampak simple tapi cukup banyak manik pearl yang aku kena gunakan. Kalau simple camni harganya RM60. Jom tengok, cakap banyak pun tak guna..huhu




Okeh..esok dan seterusnya hanya cerita manik yang akan di autopublishkan sahaja..Maaf kerana aku sibuk perkara dunia dan akhirat..Adeus!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 29

Isnin, 26 Disember 2011

MANIK SIMPLE - 5

Assalamualaikum..

Manik lagi. Tak sempat dah aku nak masuk entri yang menarik sebab sibuk. So tengok ajelah. Kali ni memang kehendak pelanggan  nak aku buat macam yang aku buat ni lah..tabur di tangan dan manik ikut bentuk bunga yang ada di baju..jom jamu mata




Nampak gayanya sampai abis tahun la entri aku pasal manik ye..aku memang tak sempat nak pikir tajuk apa yang best untuk dikongsi. Nanti lah aku akan cerita pasal kisah panas, bukan hal orang, tapi hal aku.Aku stop kat sini dulu..Adeus!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 28

Khamis, 22 Disember 2011

MANIK SIMPLE - 4

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak tunjuk gambar manik tabur yang simple. Design adalah atas permintaan pelanggan. Aku buat aje macam mana yang dia nak.  Aku sebenarnya kekurangan masa untuk bercerita, so aku nak tunjuk gambar je sepanjang minggu ni..ok..jom tengok..




Okeh..itu jer untuk hari ini..jumpa lagi next entri esok..Adeus!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 27

Rabu, 21 Disember 2011

MANIK SIMPLE - 3

Assalamualaikum

Manik lagi hari ni..yang ni pun harga sama macam yang semalam punya anatara RM45-50. Kalau tangan kecik..murah la sikit sebab manik yang digunakan kurang sikit dari yang bertangan besar..jom tengok..





Lupa lak aku nak bagitau, harga yang kat atas tu, tak termasuk kos pos..kos pos untuk sehelai baju RM6. Tapi kalau banyak baju, mahal la sikit maklumla ikut timbangan berat. Ok lah..aku nak kena membizikan diri dengan keja opis..nanti aku sempat aku jejalan blog korang ek.. Adeus!!!

Nak tengok lagi?..Manik Part 26

Selasa, 20 Disember 2011

MANIK SIMPLE - 2

Assalamualaikum..

Lama aku tak masuk entri pasal manik. Memang ada beberapa helai baju yang dah aku jahit dah lama pun, tapi tak sempat masuk entri kat sini..

Manik pun macam buah jugak , ikut musim..ada musim orang nak manik bunga-bunga..ada musim orang nak manik crumble dan ada jugak nak manik simple..

Manik simple ni kebanyakkan orang yang kerja pejabat yang suka sebab tak terlalu sarat dan nampak kemas.So kali ni nak tunjuk gambar manik simple je..Bajet untuk jahitan ini adalah lebih kurang RM45-RM50 . So sesapa yang nak aku jahit simple macam ni, bolehla contact aku. Aku ambik masa 1 hari (8jam)jer untuk siapkan..Jom jamu mata ..





Okeh..itu je untuk hari ni..aku nak blogwalking pun tak sempat lagi..mana yang aku nampak aku akan singgah sebab sibuk dengan tugas-tugas akhir tahun ni..maklumlah dah nak tutup akaun kerajaan.. Kite jumpa lagi esok..Adeus!!!!

Nak tengok lagi?..Manik Part 25

Isnin, 19 Disember 2011

SBPA - SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN???

Assalamualaikum..

OOOpsss..sebelum tu aku nak bagitau, ini adalah pendapat peribadi aku bukan niat nak hasut sesapa..Maaf andai tajuk aku ni agak nakal sikit tapi itulah hakikat jika skim ni dilaksanakan juga. Apa-apa pun aku tunggu Cuepacs jumpa dengan PM , tengok apa reaksi PM sebab aku ni tak reti BODEK dan tak akan belajar BODEK..ok..

*klik untuk besarkan.

So..baca dan faham..betul ke tak apa yang aku bayangkan. Pada yang tak reti bodek macam aku ni, ada tanda-tanda akan ditendang keluar lepas 3 tahun walaupun buat kerja cekap macam mana sekalipun, tambah-tambah lagi aku ni jenis relax sepanjang masa..orang nyampah tengok padahal kerja dah lama settle cuma aku je tak pandai nak bodek dan tak reti nak bermuka-muka..Kalau pun kekal dalam perkhidmatan, silap-silap tak merasa kenaikan gaji tahunan.

Yang menilai tu harus ingat, bagus sangat kah anda untuk menilai orang tu tak bagus dan bolehkan anda buat kerja orang yang anda nilai tak bagus tu dengan bagus sekali? Yang menilai tu pun manusia jugak. Kalau yang dia suka, MC dan cuti kecemasan sepanjang tahun pun tetap dia bagi markah baik sebab orang tu baik dengan dia..dan kalau orang yang macam aku ni, yang bergaduh kerana tak puas hati orang buat kerja ikut kepala otak sendiri dan bukan ikut peraturan ni,kalau dah orang tak suka, rajin dan cekap macam mana pun tetap orang tak suka apa lagi nak bagi markah yang patut.

Apapun..aku yakin skim ni akan mewujudkan kembali suasana seperti sebelum SSM dulu. Bodek dan kipas. Malah lebih tinggi lagi tahap tu iaitu meng"aircond" pegawai yang atas. Aku tak menolak skim ni, cuma ada beberapa perkara yang aku setuju dengan Cuepacs..harap-harap ada jalan penyelesaiannya..

Ahad, 18 Disember 2011

PEMENANG PERADUAN TEKA HARGA

*cilok dari pakcik gugel

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan..heheheh..hari ni aku nak umumkan siapa yang menang Peraduan Teka Harga yang aku buat pada hari Khamis lepas.

Untuk jawapannya adalah RM5.70

Namun tiada yang menjawab dengan tepat, so pemenangnya aku pilih berdasarkan jawapan yang hampir tepat..dan pemenangnya adalah  ...

PAPA MIFZ !!!
Jawapan Papa Mifz adalah RM 5.50..terkurang 2kupang je..mungkin masa Papa Mifz beli lauk yang sama tokey kedai bagi diskaun 2kupang tu sebab senang nak kira dan nak bagi belen nye..kikikikik




So, pado Papa Mifz, tahniah la yo, monang jugak ekau. Apo laie, sms la alamat ekau kat den di no 0125677630 sobab den nak hanta hadiah kek kau..tahniah la yo..pado yang lain jangan kocik hati,nanti den adokan laie peraduan camni, tapi tak do la hadiah mecedes ko, banglo ko, percutian ke Paris ko..hadiah kocik-kocik yo, padanla dongan pertandingan yang sonang bonar nih..eh eh..terspeaking nogori la pulak..maklumla dah lama tak speaking nogori..dah 9 tahun tinggal..heheh

Apapun, pada yang join aku ucapkan terima kasih bebanyak kerana sudi memeriahkan majlis..hehehe..Terima kasih semua..i lap u all lah.. Adeus!!!

Rabu, 14 Disember 2011

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM - SBPA

Assalamualaikum...

Ramai yang bertanya kat aku, macam-macam soalan berkenaan SBPA ni. Ada yang tanya berapa gaji baru diorang wlaupun pada hakikatnya aku sendiri tak tahu berapa gaji baru aku sebab Jadual Sifir Gaji  yang dikeluarkan JPA belum sampai lagi (setakat hari Jumaat lepas) pada Akauntan Negara  Putrajaya. Ada yang tanya syarat itu syarat ini..dan macam-macam soalan. Oleh kerana panjang ceritanya, tak dapatlah aku nak huarai satu persatu kat sini. So pada yang berkenaan, boleh download pekeliling yang berkaitan dengan SBPA ini iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 <--- Klik link ini.





Klik gambar di atas untuk terus ke capaian pdf..sebelum itu pastikan pc or lappy korang ada perisian Adobt Reader ok.
  
Semua persoalan akan terjawab di situ. Pekeliling setebal lebih 80mukasurat ni tak mungkin dapat aku paparkan di sini.

Dan jika masih ada yang tak berpa faham lagi, maklumlah bahasa pekeliling ni memang buat orang pening..korang boleh call hotline ini:

Talian Hotline SBPA Akan Mula Dibuka Dari 13-30 Disember 2011, mulai 8.30 pagi - 4.30 petang (hari bekerja)



Kategori PertanyaanHotline
Dasar Perkhidmatan
Kenaikan Pangkat dan Prestasi
Penempatan/ Pertukaran Peg. Gunasama
03-8885 4313
03-8885 4010
Peperiksaan PROSPEK03-8946 4547
03-8946 4548
03-8946 4574
Pencen dan Persaraan03-8885 3293
Pembangunan Organisasi (Perjawatan dan Skim Perkhidmatan)03-8885 3072
03-8885 3283
Elaun
Kemudahan Cuti / Perubatan
03-8885 3232
Lain-lain Perkhidmatan03-8885 3201
03-8885 3227

Kategori PertanyaanHotline
Dasar Perkhidmatan
Kenaikan Pangkat dan Prestasi
Penempatan/ Pertukaran Peg. Gunasama
03-8885 4313
03-8885 4010
Peperiksaan PROSPEK03-8946 4547
03-8946 4548
03-8946 4574
Pencen dan Persaraan03-8885 3293
Pembangunan Organisasi (Perjawatan dan Skim Perkhidmatan)03-8885 3072
03-8885 3283
Elaun
Kemudahan Cuti / Perubatan
03-8885 3232
Lain-lain Perkhidmatan03-8885 3201
03-8885 3227



Ok..itu je yang dpat aku bantu korang..untuk ringkasan pekeliling ni, aku sedang usahakan bagi memudahkan pemahaman korang..Adeus!!!

Selasa, 13 Disember 2011

MESEJ DARI SYAITONNIROJIM !

Assalamualaikum..

Aku nak nak korang berhati-hati dengan sms yang aku nak cerita ni.. Anak siapalah yang punya kerja ni, buat malu mak bapak je..tak de kerja lain, asyik nak menipu dan makan duit haram. SMS ni aku terima pada 11.12.2011, jam 3.09pm..

Penghantar:

0178948213

RM0.Promotion's
Tahniah sim kad Ada Tlh Meraih
Hadiah Percuma
"RM 19,000.00"
dari SHELL MLSY
No Pin_552299
Sila Call di Talian
0128339967

Inilah yang aku katakan mesej dari syaitonirojim..inilah antara syaitan-syaitan bertopengkan manusia...kornag tolong ingat benda-benda macam ni. Aku memang pantang sangat. S**l betol. Aku dah buka web Shell..ini lah hasil yang aku dapat..







Kenapalah Allah Taala mencipta manusia macam ni..betol2 buat semak dunia je..Aku hebahkan pada korang sebagai peringatan!.Adeus!!!!

Isnin, 12 Disember 2011

MINGGU KELAM KABUT 1MALAYSIA

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar la kan..dah bulan 12...tak lama lagi bulan Januari akan menjelma..Dan yang paling ketara untuk minggu ini adalah..Kelam Kabut 1 Malaysia..kenapa aku cakap cam tu..semua orang kelam kabut.. Hari Sabtu lepas kelam kabut kat LHDN..masing-masing beratur panjang macam nak beli tiket bola Malaysia lawan Indon semata-mata nak dapatkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia..padahal borang tu boleh didapati secara PERCUMA dan akan disiarkan di akhbar-akhbar utama dan juga di laman web Kementerian Kewangan ..borang tu jugak boleg di PHOTOCOPY atau dalam katalain boleh di potostate..aku pun heran kenapa orang ramai kelam kabut sedangkan info mengenai itu dah di sebarkan di berita seluruh Malaysia...dan aku pada hari Sabtu 10 Disember itu, hanya bergolek-golek dirumah sambil menjahit riang tanpa perlu berpanas hujan dan beratur panjang semata-mata kerana nak ambik borang walaupun aku sememangnya amat layak ...RELAX....


Minggu ini jugak, dah heboh-heboh keluar Pekeliling untuk gred gaji baru SBPA tu. Masing-masing sibuk bertanya berapa gaji baru diorang..semua orang (penjawat awam) menerpa web JPA dan kementerian masing-masing semata-mata nak tau berapa gaji baru diorang dan nak download pekeliling baru tu..dan aku, masih lagi seperti biasa seperti tak ada apa-apa berlaku..tiap hari bekerja aku datang kepejabat dan buat kerja macam biasa dan tak pernah pulak bersama-sama kawan-kawan untuk mengkecoh-kecohkan keadaan perbincangan mengenai tanggagaji hatta gaji baru aku sendiri pun aku tak tahu lagi berapa jumlahnya walaupun aku sebenarnya yang kena buat gaji diorang tu sebab itu memang tugas hakiki aku..RELAX...

Minggu ni jugak , semua orang heboh bab bonus yang dijanjikan Kerajaan pada penjawat awam yang bakal dinikmati oleh semua penjawat awam pada 19.12.2011 ini..semua orang sibuk bila nak dapat, macam mana kira dan itu dan ini..bla.bla..bla..Aku pulak, tak keluar sepatah perkataan pun untuk meriuhkan keadaan tak rasa apa-apa pun ,semuanya biasa saja macam tak ada apa-apa yang berlaku...walaupun pada hakikatnya  bayaran dan perkiraan bonus untuk diorang tu aku yang kena kira dan semak  (dan yang sebetulnya semua tu aku dah buat bulan lepas..dah settle pun, saja malas nak riuh-riuh)..hari dapat payslip , semua dah settle..RELAX..


Dan sebenarnya , aku pun tak tau apalah yang dikelamkabutkan sangat oleh orang sekeliling aku nih..aku pun heran sebab aku...RELAX...jer!

Ahad, 11 Disember 2011

KENAPA???

Assalamualaikum..


KENAPA..apa juga jenis dan jenama mee segera, mesti orang sebut.."megi"

KENAPA..apa juga jenis dan jenama ubat ubat gigi, mesti orang sebut.."colgate"

KENAPA..apa juga jenis dan jenama correction pen, mesti prang sebut.."liquid paper"

KENAPA..apa juga jenis dan jenama pisau cukur, mesti orang sebut.."pisau gillete"

KENAPA..apa juga jenis dan jenama peluntur kain, mesti orang sebut.."klorox"

kenapa?..kenapa?..kenapa?..

Jumaat, 9 Disember 2011

GERHANA BULAN PENUH

Akan berlaku pada malam esok dari jam 8.40malam hingga 12.14tengahmalam. Maha Suci Allah..Marilah kita sama-sama merenung kebesaran Allah. Sesungguhnya peristiwa malam esok telah pernah berlaku pada 17 Nov 1957 yakni sekali dalam 54tahun.

Rabu, 7 Disember 2011

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Assalamualaikum..

Lambat pulak aku masuk entri harini sebab aku baru balik dari taklimat pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau singkatannya BR1M, yang telah diadakan di Dewan serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Anak Bukit.



Syukurlah sebagai rakyat Malaysia, PM kita dah nak bagi bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan bawah dari RM3000. Keterangan dan penjelasan yang diberi oleh wakil Kementerian Kewangan amat jelas di fahami. Majlis turut dihadiri Dato Wira Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian. Kalau ada juga yang tak berterimakasih, eloklah korang pindah p dok bangladesh ke..palestin ke..indon ke..silakan

Berikut adalah intipati taklimat yuang ingin aku kongsikan bersama..

Siapa yang layak?
  • Pendapatan isi rumah bawah dari RM3000 sebulan
  • Yang layak adalah ketua keluarga yang terdiri daripada  orang yang dah berkahwin seperti bapa, ibu atau bapa tunggal yang ada tanggungan, warga emas  sebatang kara yang berumur 60 tahun keatas, bujang yang ada tanggungan (adik-adik-ni bagi kes yang anak yatim piatu ATAU yang ada anak angkat yang sah)
  • Mestilah warganegara Malaysia sahaja..bangla dan indon tak bley ok, p mintak kat kerajaan koranglah,buat pe nak sibuk dengan kerajaan Malaysia.
  • JIKA..dalam 1 rumah ada 2 kelamin atau lebih..contohnya, orang yang dah kahwin, samada dah ada anak atau belum tapi masih tinggal didalam 1 rumah sekali dengan ibu bapa, maka yang layak terima adalah bapa DAN anak yang dah kawin tu..bermakna 1 rumah itu layak terima 2 bantuan. (1 untuk bapa , 1 untuk anak yang dah kawin)


Borang HANYA akan dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 10 Disember ini bersamaan hari Sabtu.  Bagi yang tak sempat ke LHDN (aku pasti dan gerenti hari itu mestri LHDN dikerumuni semua manusia) korang yang layak boleh dapatkan borang yang akan disiarkan di semua akhbar utama di Malaysia dan boleh di download di website Kementerian Kewangan pada 12 Disember .

Bagi penjawat-penjawat awam, borang akan diedarkan di pejabat korang sebab di setiap pejabat akan ada seorang yang dilantik sebagai wakil. Lepas isi borang tu, korang hanya perlu serahkan borang tu pada wakil pejabat korang jer, tak perlu lagi ke LHDN.

Bagi mereka -mereka yang tinggal dikampung-kampung, borang akan di edarkan kepada JKKKP kampung korang, dan tugas mereka adalah untuk menyerahkan borang itu pada korang, korang isi dan serahkan pada JKKKP itu. Nanti JKKKP itu akan serahkan pada LHDN .

Borang adalah PERCUMA dan boleh di fotostate. Senang jer kan? Dan jika korang dikehendaki untuk membayar apa-apa, sila buat laporan polis sebab itu adalah penipu. DAN..jika korang dah terima atau diberi borang untuk tujuan itu sebelum dari entri aku ni atau lebih tepatnya sebelum dari 10 Disember..borang itu adalah borang palsu.

Borangnya amat ringaks, tak perlu pengesahan sesapa, perlu dilampirkan Salinan Kad Pengenalan Ketua Rumah dan Salinan Slipgaji jika ada. Jika tak ada, its ok..tak pe.

Hantarkan kembali kepada LHDN untuk pendaftaran dan  tunggu sehingga pekerja LHDN pulangkan slip terimaan . Simpan slip itu ntuk tujuan rujukan.. Pendaftaran adalah bermula pada 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.

Selain dari LHDN, korang boleh hantar borang tu di pusat-pusat terimaan lain yang akan dibuka di sekolah-sekolah terpilih yang akan dimaklumkan kemudian.

Jika borang itu diserahkan melalui JKKKP, pastikan korang mintak slip terimaan tu dari diorang. Paham!

Lepas borang dihantar ke LHDN, diorang akan semak dan proses borang tu. Jika tak berjaya, kita akan dimaklumkan melaui SMS atau surat.. Jika berjaya, kita akan dipanggil ke LHDN untuk menerima Baucer yang bernilai RM500 pada 15 Januari 2012 dan baucer itu boleh ditunaikan di semua kaunter Bank Simpanan Nasional di seluruh Malaysia..Bila-bila nak cashkan pun boleh. Tak ada masalah.

Sebab apa diorang tak bagi tunai terus?? Sebabnya, bahaya . Ini untuk tujuan keselamatan. 

Untuk keterangan lanjut mengenai pemberian bantuan ini, bolehla hubungi Talian Hotline ini 1-800-222-500.

Itu jer info yang dapat aku berikan pada korang. Semoga ianya bermanafaat pada semua.Adeus!!!



Selasa, 6 Disember 2011

BEN ASHAARI...ADA AKU KESAH???

Assalamualaikum..

Wakakakkaka...mengamuk ke tak Ben  kalau dia baca statement aku nih.. Sumpah aku tak kenal saper dia...dan sumpah jugak dia pun tak kenal saper aku. Aku cuma tahu nama dia masa lately ni jer. Tu pun sebab aku ternampak peraduan apa ntah..ooo..rupa-rupanya dia adalah blogger paling tegar di Malaysia dan merupakan antara blog yang teramai followernya.

Credit to Mr.Ben..aku suka gambar ni walaupun aku agak pening bila tengok lama-lama sebab gambar ni ala-ala blur gitu..

Dia ada ramai follower. Ramai betulla hingga aku tak tercakap berapa jumlah nye sebab jumlah tu sentiasa berubah. Dan counter hits dia pun dah mencecah jutaan kali. Kenapa ye? Apakah tarikkan dia? Nak kata blog dia chantek aku tengok biasa jer (mampus aku kena saman karang!)..Adakah mungkin kerana kebolehan semulajadi dia sehingga berlakunya kekerapan dia berentri dalam 1 hari..

Aku juga tak pasti apa istimewanya insan ini. Sebabnya aku tak follow dia dan dia pun tak follow aku..Cuma aku nak ucap tahniahla sebab dia ada aura yang luar biasa untuk menarik follower tanpa menggunakan tangan ataupun besi magnet.  Pun begitu, follower yang mengkomen entrinya tidaklah seramai yang memfollow..mungkin banyaknya menjadi silent reader atau tak tau nak komen apa.

Apapun, aku pasti yang blog buruk aku ni takkan boleh ada follower seramai follower dia. Memang tujuan asal blog ni aku nak citer pasal life aku..tapi ada ke orang nak tahu, dan bila aku masukkan entri pasal manik dan hasil kerjajari aku, entah ada ke orang nak tengok ,pada yang tak minat, ianya memang membosankan..bila aku masuk entri pasal bisnes topup, ramai ke yang nak jadi agen aku dan yang last sekali aku jual Jalapeno Cheese..boleh laku ke ..

Rasanya cukup takat seramai ini aje follower aku. Aku mungkin tak boleh jadi macam Ben Ashaari sebab aku  yakin Ben Ashaari takkan membuang masa dia dengan memintal benang dan mengutip butiran manik untuk dijahit di malam hari..apa lagi menghabiskan masa yang tak berapa cukup untuk membungkus cheese powder.

Itu je cerita aku. Dan aku memang tak kesah pun kalau follower dia lagi ramai dari follower aku (yakni korang semua)..

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

*nangis guling-guling bawah meja sambil tepuk dahi



Isnin, 5 Disember 2011

JIRAN YANG SENGAL

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer mengenai 1 jiran aku yang sengal. Bukan aku nak mengata, tapi aku nak cerita dan tanya pendapat korang. Patut ke tak apa yang dia buat. 

Aku ni merupakan orang pertama yang menghuni kawasan taman perumahan yang aku duduk sekarang. Orang lain belum pindah lagi. Aku yang 1st sekali pindah masuk tanpa 1 umat manusia pun. Dengan lampu jalan takde, lori sampah takde..semuanya serba tak ada. Aku masuk jugak rumah yang aku beli dengan titik peluh aku tu pada 4 Januari 2010...Lepas3 bulan aku duduk situ barulah satu demi satu jiran aku yang masuk pindah kerumah diorang.

Dalam banyak-banyak jiran aku, cuma ada 2 orang yang sengal. Yang 1st tu jiran depan rumah aku. Sengalnya sebab dia suka tiru apa yang aku buat. Memang aku perasan sangat-sangat. Aku dah setahun buat grill sliding ikut kesukaan aku..sebelum bulan puasa yang lepas dia pun buat jugak dengan patent dan kaler yang sama sebijik cam grill aku. Aku ambik think positive mungkin rasa grill aku tu cantik...padahal biasa aje.

Yang ke2, ni memang betol-betol terkantoi. Lepas siap je dapur aku di renovate..ada kisahnya Di SINI , dapur aku tu menggunakan cermin gelap. Dan pada 1 hari di kala simen masih berbau, si jiran aku tadi ni, kelihatan berdiri di dapur aku sambil mengintai-intai keadaan dapur aku. Yang aku bengangnya, dia datang bawak tukang. So..sahnya dia memang suka tiru aku. Macam ni punya manusia pun ada.

Kali ke3 dia buat perangai mengintai-intai ni masa bulan puasa tu jugak, dia nak pasang awning depan rumah dia. Dia boleh berdiri tercegat didepan rumah aku sambil menunjukkan itu dan ini pada tukang..nak kata dia tak tau aku ada dalam rumah tu tak patut sangat sebab kereta aku ada depan rumah. Kali ni dia hanya mampu tiru gutter (longkang air dibumbung) jer sebab awning aku jenis polikarbonat yang harganya hampir RM3500.

Yang aku nak citer sorang lagi ni (dia ni lah punca aku renovate dapur sampai rapat kelongkang)ialah yang hobi dan tabiatnya yang suka sidai kain baju dia kat pagar jiran..pun ada kisahnya dalam blog aku ni..kisahnya ada Di SINI. Pada mula tu aku tak tak sure jiran yang mana 1 punya kerja, tapi hati aku berat mengatakan jiran yang rumahnya sebelah jiran yang dapurnya bertentang dengan aku..

Jumaat lepas..aku dapat buktinya. Bila aku dah tambah rumah sampai ke pagar, so memang aku tak ada pagar lagi di belakang rumah. Cermin gelap dapur menjadi penyelamat yang dia tak nampak aku di dalam..nah ini gambarnya..sila tengok dan fikirkan...

Aku tak sempat tangkap gambar dia masa dia tengah menyidai kat pagar jiran sebelah dia..ini je yang aku dapat..
 Tengah menyidai..

 Sidai lagi selagi boleh..

Inilah hasil sidaian manusia bangang tu. Ni kira sikit lagi tau, yang kat pagar aku dulu, memang penuh dari kiri ke kanan pagar sampai melendur pagar aku dengan jeans sampai berhelai-helai

Kebetulan aku didapur masa dia tengah mengangkat kain baju dia..nah..kena lagi dia aku tangkap gambar!
.
 Kutip..bermula dari penyidai dia..


 Dengan selamba biawak dia angkat selimut dia di pagar jiran belakang umah aku

Selesai angkat kain..pulang dengan hati yang riang!

Aku tak faham kenapa ada manusia yang macam ni. Sumpah aku cakap, sebelum dia sidai baju dia kat pagar aku dulu, dia sikit pun tak pernah tegur aku, senyum pun tak pernah. Buat kenduri pun tak jemput. Bagus ke manusia ni? Khabarnya dia kerja nurse kat Hospital Sultanah Bahiyah. Nak kata orang ulu..orang ulu pun tak pernah buat perangai macam ni. Yang buat aku bengang, aku sendiri pun tak pernah sidai baju kat pagar. Sebelum basuh baju akan aku pastikan, muat ke tak dengan penyidai aku.

Kalau rumah dia betol-betol menghadap dapur aku, mungkin aku tak berapa kisah dia nak sidai, tapi dengan syarat, bagi salam dan minta izin..ini rumah dia disebelah sana..dia boleh lintas jalan dan menghala ke pagar rumah aku. Sedangkan jiran sebelah aku yang dapurnya menghadap ke dapur manusia bangang ni, langsung dia tak usik, tak sidai apa-apa..

So setelah korang tengok dengan mata kepala sendiri apa yang aku tunjuk ni, aku nak tanya apa pendirian dan pendapat korang...Fikir-fikirkan..Adeus!!!

Ahad, 4 Disember 2011

AHLI MESYURAT TINGKAP YANG KE-100

Assalamulaikum...

Selamat Hari Ahad semua ye...Korang yang di Penang hingga ke selatan sudah semestinya sedang bergolek-golek dikala in, maklumlah hari minggu. Tapi haku yang di Kedah ni, dah tercongok dalam opis..maklumlah hari ni hari kerja.. 

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai Follower aku yang aku panggil dengan nama Ahli Mesyuarat Tingkap..yang ke 100. Tapi sebelum tu , kenapa aku namakan korang sebagai AMT (Ahli Mesyuarat Tingkap)??? Sebabnya kita hanya berbual  di alam siber ini melalui tetingkap (Window) yang ada di skrin komputer dan komputer yang kita guna kebanyakkannya menggunakan Windows sebagai sistem pengoperasian di komputer korang. Dari situlah aku dapat nama untuk menggelarkan korang. Heheheh

Inilah AMT aku yang ke-100

Gambar kat atas tu adalah gambar AMT aku yang ke-100.  Beliau adalah pemilik blog seriastana-norh.blogspot.com yang lebih mesra dikenali sebagai Norh. Terima kasih aku ucapkan pada beliau kerana sudi berkunjung balas ke blog aku yang tak seberapa ni.

Apalagi, pada korang yang nak tambah kawan blogger korang tu, silalah follow beliau ye. Aku berhenti kat sini dulu dah patut aku start kerja sekarang. Adeus!!!..

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...