Isnin, 19 Disember 2011

SBPA - SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN???

Assalamualaikum..

OOOpsss..sebelum tu aku nak bagitau, ini adalah pendapat peribadi aku bukan niat nak hasut sesapa..Maaf andai tajuk aku ni agak nakal sikit tapi itulah hakikat jika skim ni dilaksanakan juga. Apa-apa pun aku tunggu Cuepacs jumpa dengan PM , tengok apa reaksi PM sebab aku ni tak reti BODEK dan tak akan belajar BODEK..ok..

*klik untuk besarkan.

So..baca dan faham..betul ke tak apa yang aku bayangkan. Pada yang tak reti bodek macam aku ni, ada tanda-tanda akan ditendang keluar lepas 3 tahun walaupun buat kerja cekap macam mana sekalipun, tambah-tambah lagi aku ni jenis relax sepanjang masa..orang nyampah tengok padahal kerja dah lama settle cuma aku je tak pandai nak bodek dan tak reti nak bermuka-muka..Kalau pun kekal dalam perkhidmatan, silap-silap tak merasa kenaikan gaji tahunan.

Yang menilai tu harus ingat, bagus sangat kah anda untuk menilai orang tu tak bagus dan bolehkan anda buat kerja orang yang anda nilai tak bagus tu dengan bagus sekali? Yang menilai tu pun manusia jugak. Kalau yang dia suka, MC dan cuti kecemasan sepanjang tahun pun tetap dia bagi markah baik sebab orang tu baik dengan dia..dan kalau orang yang macam aku ni, yang bergaduh kerana tak puas hati orang buat kerja ikut kepala otak sendiri dan bukan ikut peraturan ni,kalau dah orang tak suka, rajin dan cekap macam mana pun tetap orang tak suka apa lagi nak bagi markah yang patut.

Apapun..aku yakin skim ni akan mewujudkan kembali suasana seperti sebelum SSM dulu. Bodek dan kipas. Malah lebih tinggi lagi tahap tu iaitu meng"aircond" pegawai yang atas. Aku tak menolak skim ni, cuma ada beberapa perkara yang aku setuju dengan Cuepacs..harap-harap ada jalan penyelesaiannya..

2 ulasan:

  1. kalau nak kata 'BODEK' ni mana2 pun ada tak kira K'aan/Swasta..Bagi saya, saya tak peduli pasal orang lain.Bagi saya, datang kerja buat kerja, jangan datang kerja tak buat kerja :)

    BalasPadam
  2. ixoraroxi..itulah..masalhnya skrg, kita pulun buat kerja, tp markah tak berbaloi hny kerana kita tak reti bodek

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...