Isnin, 12 Disember 2011

MINGGU KELAM KABUT 1MALAYSIA

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar la kan..dah bulan 12...tak lama lagi bulan Januari akan menjelma..Dan yang paling ketara untuk minggu ini adalah..Kelam Kabut 1 Malaysia..kenapa aku cakap cam tu..semua orang kelam kabut.. Hari Sabtu lepas kelam kabut kat LHDN..masing-masing beratur panjang macam nak beli tiket bola Malaysia lawan Indon semata-mata nak dapatkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia..padahal borang tu boleh didapati secara PERCUMA dan akan disiarkan di akhbar-akhbar utama dan juga di laman web Kementerian Kewangan ..borang tu jugak boleg di PHOTOCOPY atau dalam katalain boleh di potostate..aku pun heran kenapa orang ramai kelam kabut sedangkan info mengenai itu dah di sebarkan di berita seluruh Malaysia...dan aku pada hari Sabtu 10 Disember itu, hanya bergolek-golek dirumah sambil menjahit riang tanpa perlu berpanas hujan dan beratur panjang semata-mata kerana nak ambik borang walaupun aku sememangnya amat layak ...RELAX....


Minggu ini jugak, dah heboh-heboh keluar Pekeliling untuk gred gaji baru SBPA tu. Masing-masing sibuk bertanya berapa gaji baru diorang..semua orang (penjawat awam) menerpa web JPA dan kementerian masing-masing semata-mata nak tau berapa gaji baru diorang dan nak download pekeliling baru tu..dan aku, masih lagi seperti biasa seperti tak ada apa-apa berlaku..tiap hari bekerja aku datang kepejabat dan buat kerja macam biasa dan tak pernah pulak bersama-sama kawan-kawan untuk mengkecoh-kecohkan keadaan perbincangan mengenai tanggagaji hatta gaji baru aku sendiri pun aku tak tahu lagi berapa jumlahnya walaupun aku sebenarnya yang kena buat gaji diorang tu sebab itu memang tugas hakiki aku..RELAX...

Minggu ni jugak , semua orang heboh bab bonus yang dijanjikan Kerajaan pada penjawat awam yang bakal dinikmati oleh semua penjawat awam pada 19.12.2011 ini..semua orang sibuk bila nak dapat, macam mana kira dan itu dan ini..bla.bla..bla..Aku pulak, tak keluar sepatah perkataan pun untuk meriuhkan keadaan tak rasa apa-apa pun ,semuanya biasa saja macam tak ada apa-apa yang berlaku...walaupun pada hakikatnya  bayaran dan perkiraan bonus untuk diorang tu aku yang kena kira dan semak  (dan yang sebetulnya semua tu aku dah buat bulan lepas..dah settle pun, saja malas nak riuh-riuh)..hari dapat payslip , semua dah settle..RELAX..


Dan sebenarnya , aku pun tak tau apalah yang dikelamkabutkan sangat oleh orang sekeliling aku nih..aku pun heran sebab aku...RELAX...jer!

16 ulasan:

  1. sy pon rasa cepat beno masa..dah tengah bulan 12 dah...huhu..bnyk benda nak disetelkan lagi..

    BalasPadam
  2. Akak lagi relaks, ikut drama korea, Ch 393 atau 391, ada kala 114 atau 107.

    BalasPadam
  3. Teringin sangat nak jadi orang yang sentiasa rasa relax macam pen biru. Apa-apa hal pun relax ajer kan!

    BalasPadam
  4. Tul tuh... aku pun relax je... masuk tetap masuk... habis tetap habis... ape da... hahahahahaha

    BalasPadam
  5. pasal jadual gaji SBPA tu belum sah lagikan.. sebab nampak sangat tak logik.. jadual betul belum keluar lagi.. baru pekeliling jek..

    BalasPadam
  6. tiramisu..relax..jgn gabra..slow2..hehehe

    BalasPadam
  7. hajah..ye la..sy pun jeles dgn hajah..relax berganda dari sy eheheh

    BalasPadam
  8. thegreatestmum..tu la..apa nk kecoh2..dapat tetap dapat..buat penat jer nak kecoh2 ni..

    BalasPadam
  9. chekgu azrine..mcm sy, org kewangan, takkan boleh buat apa2 selagi pekeliling dan sifir gaji baru tak keluar..kalau keluar rumors je..itu tak boleh digunapakai.. bab kewangan tetap kena ikut peraturan.sebab tu sy relax je..heheh

    BalasPadam
  10. cikgu tie..ada kala tak relax jugak..heheh

    BalasPadam
  11. sy pun sebijik macam pen biru.RELEX ja..tak kecoh pun pasal tangga gaji semua.smp jawatan sy dijumudkan buat derk jer.kt fb depa dok kecoh2..naik pening sy baca (sapa soh baca) haha..

    BalasPadam
  12. tu la jadi mcm pen biru..bila kerja selesai relax lah kan..akak pasti sangat pen biru ni org nya sgt organise kan..kerja siap tiptop..bagus bagus..:)

    hari ni selangor cuti so LHDN di wangsa maju org kalut sggh aihh..akak tk join le sbb tk kerja..cuma join shopping je kat jusco wangsa maju..berdepan je..:)

    BalasPadam
  13. Puan kutu.Tu la.Riuh rendah je.Pning kpala.Yg xpnah2tgok buku sifir gaji pun mula myebok nak tgok.Semak betolla.Gomen x zalim aih.Smua dapat,byk atau skit ja.

    BalasPadam
  14. Kak saniah,hehe,xde le sy ni organize sgt tp sy xsuka kecoh.Slagi xde black n white sy mmg x brani buka mulut.Kang xbtol,naya.
    Lhdn sblah opis sy ni pn rmai org harini.Padahal dlm paper harini pn dh kluar borg.Buat penat jek!

    BalasPadam
  15. ini dinamakan promosi pilihan raya... ape lagi... dapat kan semetara stok masih ada. hehe

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...