Rabu, 7 Disember 2011

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Assalamualaikum..

Lambat pulak aku masuk entri harini sebab aku baru balik dari taklimat pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau singkatannya BR1M, yang telah diadakan di Dewan serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Anak Bukit.



Syukurlah sebagai rakyat Malaysia, PM kita dah nak bagi bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan bawah dari RM3000. Keterangan dan penjelasan yang diberi oleh wakil Kementerian Kewangan amat jelas di fahami. Majlis turut dihadiri Dato Wira Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian. Kalau ada juga yang tak berterimakasih, eloklah korang pindah p dok bangladesh ke..palestin ke..indon ke..silakan

Berikut adalah intipati taklimat yuang ingin aku kongsikan bersama..

Siapa yang layak?
  • Pendapatan isi rumah bawah dari RM3000 sebulan
  • Yang layak adalah ketua keluarga yang terdiri daripada  orang yang dah berkahwin seperti bapa, ibu atau bapa tunggal yang ada tanggungan, warga emas  sebatang kara yang berumur 60 tahun keatas, bujang yang ada tanggungan (adik-adik-ni bagi kes yang anak yatim piatu ATAU yang ada anak angkat yang sah)
  • Mestilah warganegara Malaysia sahaja..bangla dan indon tak bley ok, p mintak kat kerajaan koranglah,buat pe nak sibuk dengan kerajaan Malaysia.
  • JIKA..dalam 1 rumah ada 2 kelamin atau lebih..contohnya, orang yang dah kahwin, samada dah ada anak atau belum tapi masih tinggal didalam 1 rumah sekali dengan ibu bapa, maka yang layak terima adalah bapa DAN anak yang dah kawin tu..bermakna 1 rumah itu layak terima 2 bantuan. (1 untuk bapa , 1 untuk anak yang dah kawin)


Borang HANYA akan dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 10 Disember ini bersamaan hari Sabtu.  Bagi yang tak sempat ke LHDN (aku pasti dan gerenti hari itu mestri LHDN dikerumuni semua manusia) korang yang layak boleh dapatkan borang yang akan disiarkan di semua akhbar utama di Malaysia dan boleh di download di website Kementerian Kewangan pada 12 Disember .

Bagi penjawat-penjawat awam, borang akan diedarkan di pejabat korang sebab di setiap pejabat akan ada seorang yang dilantik sebagai wakil. Lepas isi borang tu, korang hanya perlu serahkan borang tu pada wakil pejabat korang jer, tak perlu lagi ke LHDN.

Bagi mereka -mereka yang tinggal dikampung-kampung, borang akan di edarkan kepada JKKKP kampung korang, dan tugas mereka adalah untuk menyerahkan borang itu pada korang, korang isi dan serahkan pada JKKKP itu. Nanti JKKKP itu akan serahkan pada LHDN .

Borang adalah PERCUMA dan boleh di fotostate. Senang jer kan? Dan jika korang dikehendaki untuk membayar apa-apa, sila buat laporan polis sebab itu adalah penipu. DAN..jika korang dah terima atau diberi borang untuk tujuan itu sebelum dari entri aku ni atau lebih tepatnya sebelum dari 10 Disember..borang itu adalah borang palsu.

Borangnya amat ringaks, tak perlu pengesahan sesapa, perlu dilampirkan Salinan Kad Pengenalan Ketua Rumah dan Salinan Slipgaji jika ada. Jika tak ada, its ok..tak pe.

Hantarkan kembali kepada LHDN untuk pendaftaran dan  tunggu sehingga pekerja LHDN pulangkan slip terimaan . Simpan slip itu ntuk tujuan rujukan.. Pendaftaran adalah bermula pada 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.

Selain dari LHDN, korang boleh hantar borang tu di pusat-pusat terimaan lain yang akan dibuka di sekolah-sekolah terpilih yang akan dimaklumkan kemudian.

Jika borang itu diserahkan melalui JKKKP, pastikan korang mintak slip terimaan tu dari diorang. Paham!

Lepas borang dihantar ke LHDN, diorang akan semak dan proses borang tu. Jika tak berjaya, kita akan dimaklumkan melaui SMS atau surat.. Jika berjaya, kita akan dipanggil ke LHDN untuk menerima Baucer yang bernilai RM500 pada 15 Januari 2012 dan baucer itu boleh ditunaikan di semua kaunter Bank Simpanan Nasional di seluruh Malaysia..Bila-bila nak cashkan pun boleh. Tak ada masalah.

Sebab apa diorang tak bagi tunai terus?? Sebabnya, bahaya . Ini untuk tujuan keselamatan. 

Untuk keterangan lanjut mengenai pemberian bantuan ini, bolehla hubungi Talian Hotline ini 1-800-222-500.

Itu jer info yang dapat aku berikan pada korang. Semoga ianya bermanafaat pada semua.Adeus!!!



28 ulasan:

  1. elok sangat la tu..sapa lg nak bantu kalau bkn kerajaan,harap mereka buat kerana Allah,bkn sbb lain...

    BalasPadam
  2. salam.. hmm.. saya tak layak.. huhu.. alhamdulillah.. untuk orang2 susah ni..

    BalasPadam
  3. cinanom..tu la.td pun ada JKKKP yang tak puas hati sbb kjaan bg pd smua tmasuk pembangkang..wakil kementerian dan Dato Johari kata, PM nak bagi kat semua org tak kira parti..so kita yg dpt ni bersyukurla

    BalasPadam
  4. Chekgu..ye la kan..starting pay DG41 pun dah 1900++ tak termasuk elaun..mana nak layan..heheheh

    BalasPadam
  5. wah bagus ni...

    sya ni harap je keje gomen dlm kewangan tpi info ni lambat lak sampai...huhu

    TQ awak share sini ;)

    maknanya klu husben n wife keje kena combine gaji lah yea nk tengok layak ke tak?

    dan...errrr, layak tak dpt lepas tolak hutang piutang dgn bank semua tu...ekekeke

    BalasPadam
  6. noriz..ye .kena combine gaji..kalau bawh dari 3k, memang layak..

    kalau tolak hutang rasanya semua org akan dapat..maklumlah skrg ni smuanya kena hutang..hehehehe

    BalasPadam
  7. maklumat yang complete..pasni kot sape2 minta bayaran ke apa takderlah tertipu..nak apply harap2 dapatlah..:)

    BalasPadam
  8. prettywriet, apply la jika layak...insya Allah dapat..

    BalasPadam
  9. waaah, seronoknye klo dah dapat bantuan ni kan..leh jugak ringankan beban kuarge kite..tp sayang kami xlayak huhu..

    klo kita kaji balik2 kan..rasa cam xadil la sbb belum tentu pendapatan yg lebih 3k ni MAMPU yang belum tentu yang kurang 3K ni TAK MAMPU..

    macam PB kata...tolak segala MAKBAPAK utang waaaaaaa....

    mmm GALI LOBANG TUTOP LOBANG la kami hahahahaha...saboooo je le..

    BalasPadam
  10. No lan.heheheh..nak buat cmna..nasib badan..heheh

    BalasPadam
  11. info camni la yg ditunggu2...hehe..TQ

    BalasPadam
  12. bestnyer kalau dapat.. hehe. apepun lebih layak buat mereka yang perlu

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ...alhamdullilah jika dpt bantuan tu kn mudah2an org2 yg kurang berkemampuan berjaya mendapatkannya...:)

    BalasPadam
  14. Rina Cik Betty.heheeh..syukurlah takyah beratur panjang..ekekke

    BalasPadam
  15. Kancil...cikgu memang tak layak dapat sbb gaji lebih 3k sebulan..heheh

    BalasPadam
  16. mak ngah..sekadar berkongsi je..

    BalasPadam
  17. mama maszull, harap2 cm tulah..boleh tampung mana yg bocor..kikikik

    BalasPadam
  18. saya x layak.. alhamdulillah rezeki u rakyat.. mcm tnda2 nk dkt plhan raya dah nih..hehe

    BalasPadam
  19. alhamdulillah: info yg tepat dan ringkas

    BalasPadam
  20. syukurlah dapat bantuan...yang penting perlu diingat ialah duit bantuan itu adalah duit RAKYAT dan PM jalan kan apa yg diamanahkan sahaja...TQ PM pulangkan semula pada rakyat esp pada rakyat yg susah..Rakyat tak kira la umno atau pembangkang..duit kita semua..

    BalasPadam
  21. ada kawan check, dia mintak num ic. so bila dia check takde, maksudnya borang tu derang tak dapat ke atau macam mana. kalau gagal, mesti ada kan. ni nama takde. macam mana tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat rayuan, isi semula borang tu, masa nak hantar, minta diorang check depan2 kita.masa p tu, bawa sekali keratan borang yg lama sbg bukti kita dah hantar kat diorg

      Padam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...