Rabu, 30 Disember 2020

HADIAH PENGANTIN BARU DAN SAMU GIKEN

 Assalamualaikum.

Aku nak berkongsi kegembiraan. Betullah kata orang..buat baik dibalas baik. Buat ikhlas dibalas juga dengan ikhlas.

Ceritanya macam ni..anak buah kat ofis aku, baru saja melangsungkan perkahwinan. Masa hari majlis,aku tak dapat hadir kerana aku balik kampung. Anak buah aku ni, baik sangat orangnya.  Aku anggap macam adik sendirilah. Kalau aku ada adik perempuan,memang aku pinang dia jadi adik ipar.

So, masa hari majlis, aku sengaja tak beli apa-apa hadiah,sebab aku nak tau apa hadiah yang dia dah terima. Aku plan nak bagi kat dia sesuatu yang dia belum dapat. Kiranya..biarlah aku jadi yang terakhir bagi hadiah.

Seperti biasa, shopee adalah tempat shopping utama aku sekarang. Aku cuba cari barang yang berguna, berkualiti, dan yang semestinya ada "value of money".

Akhirnya, aku terjumpa ini..

Smart & Multifunction Elektric Digitital Cooker dari Samu Giken.

Disebabkan aku nak surprisekan anak buah aku ni, maka aku dengan tebal muka,cuba chat admin Samu Giken OS ni untuk minta tolong.





Asalnya aku nak minta dia just masukkan simple note aje dalam kotak..tapi tak sangka, dia siap buat design cantik-cantik..aduhai..rasa nak lompat bintang.

Servis yang terbaik dan sangat-sangat rare kata orang. Aku berterima kasih sangat kat admin Samu Giken OS ni. 

So,kepada korang, yang nak beli hadiah (barang elektrik) aku rekomen sangat dengan seller ni. Pasti tak menghampakan.

To Samu Giken admin..thanks a lot..i really appriciate with your kindness. Thanks again.

Selasa, 29 Disember 2020

GAJET DAPUR : BARBEQUE GRILL

 Assalamualaikum.

Lama tak berkongsi hal duniawi seorang isteri ni. Apa lagi kalau bukan perihal gajet dapur.. 

Baru-baru ni, aku berkumpul dikampung, buat steamboat. Tapi anak-anak request nak buat barbeku. Masalahnya, tak ada pemanggang yang sesuai untuk digunakan dalam rumah.

2hari lepas, aku cuba tengok dalam Shopee, ada banyak jenis gril barbeku dipasaran, dari yang berjenama hinggalah yang tak tahu mana asal-usul.

Makanya, aku memilih untuk membeli yang berjenama. Kalau bab alat dan perkakasan elektrik, memang aku akan beli yang berjenama,bukannya apa, kalau apa-apa berlaku,rosak ke apa ke..ada warranty dan pusat servis pun mudah nak cari.

Cari punya cari, aku jumpa jenama Tefal. Harga tak mahal sangatlah pada aku. Masih dibawah RM200 dengan menggunakan penebusan coin serta voucher kedai.

Tefal Planca Malaga namanya



Kalau korang tengok di pasaran ada yang harga RM190 kebawah..itu adalah model terdahulu dari yang aku tunjukan ni. Bezanya pada permukaan atas sahaja.
Ini yang aku maksudkan. Permukaannya licin semua,tapi model yang aku beli permukaannya ada garis-garis. Kelebihan garis tu,minyak dari makanan tak akan menyerap pada makanan sebaliknya akan turun kebawah(keluar).

Dengan adanya gril barbeku ni, bolehlah buat barbeku dalam rumah bersama keluarga..bila-bila masa. Nak gril sate pun boleh..mudah kan..? tak payah fikir nak buat arang ke bara..Macam best je bunyinya. 

Dengan pembelian gril barbeku ni,maka bertambahlah gajet dapur aku.

Itu aje untuk aku kongsikan dengan korang.

Isnin, 28 Disember 2020

MY BARIATRIC LIFE : #7 HARI KE-70

 Assalamualaikum

Rasa macam baru discharge hospital. Rupanya hari ini dah masuk hari ke-70. Seperti biasa setiap 10hari aku akan rekod timbangan.

Target 1minggu turun 1kg. Bunyi macam gila ..tapi betul,memang gila..azab gila weh nak capai target tu.

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg

Dalam 70hari, Alhamdulillah,aku dah turun 15kg. Rasanya macam agak slow berbanding orang lain. Macam yang doktor cakap, tiap orang tak sama. 

Aku pun macam dah tak tahu nak makan apa. Sekarang aku dah alergik dengan tembikai. Bila aku makan tembikai,kulit muka terasa gatal dan merah. Bunyi macam pelik,tapi itulah yang berlaku. Aku cuba google bab alahan tembikai,tapi tak jumpa.

Aku mula sedar aku alah dengan tembikai sebab muka aku mula terasa gatal walaupun aku tak ada makan apa-apa seafood. Tapi setiap hari aku makan tembikai. Sampai kena tegur dengan anak buah kat ofis,kenapa muka merah. So,aku pun buatlah testing. Aku biarkan perut betul-betul kosong,lepas tu aku terus makan tembikai. Tak lama..tak sampai setengah jam,muka aku dah mula gatal-gatal dan merah. 

Nampak gaya kena cari buah lain sebagai alternatif. Sayuran pun aku dah mula makan tapi dalam kadar yang sedikit.

Dengan berat sekarang,aku risau naik semula. Harapnya..istikhomah turunlah.. 

Khamis lepas HRPB call aku tanya sama ada aku masih pakai CPAP atau tak. Terus aku potong cakap dia..aku cakap,aku dah buat pun operation kat KL sebab tunggu Ipoh lambat sangat. Kalau nak tunggu Ipoh, sampai harini pun belum tentu aku dah operate,sah-sah tahun depanlah jawabnya.. So,tak apalah..terima kasih sajalah. Aku dah selamat pun! 

Jumaat, 18 Disember 2020

MY BARIATRIC LIFE : #6 HARI KE-60

 Assalamualaikum.

Apa khabar korang yang masih setia berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. Ada yang datang kesini sebab nak cari info pasal Bariatrik.

Hari ini masuk hari ke-60 selepas aku menjalani pembedahan. Alhamdulillah, ada sedikit penurunan.


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg

Kalau nak diikutkan, timbangan sebenar 108.12kg. Tapi aku bundarkan ajelah angka tu. Ada 1 perkara aku nak kongsikan. Otot aku dah makin menggelebeh terutama lengan. Risau pulak tengok. 

Bagi membantu aku mengecilkan saiz badan dan mengurangkan gelebeh, aku pakai korset berlengan dan girdle labuh. Alhamdulillah..rasa selesa dan lebih yakin.



Kedua-dua ni aku beli di Shopee. Kalau korang nak..boleh je cari di sana. Aku tak kongsikan nama seller sebab tak nak promote free(aku beli pun tak dapat diskaun ..huhuhu)

Menu aku seperti biasa, masih juga tak sentuh nasi, tapi aku dah mula makan sayuran. Kiranya 1 bulan pertama aku makan protien sahaja(ayam,ikan) dan bila masuk bulan ke-2 ni, aku tambahkan sayur hijau biasanya yang dimasak air.

Sesekali aku derhaka makan benda/kuih bergula dalam kuantiti paling sedikit untuk lepas gian.

Itu aje untuk hari ini. Doakan aku terus istikhomah.


Ahad, 13 Disember 2020

BARIATRIC INFO : KOS PEMBEDAHAN BARIATRIK

 Assalamualaikum.

Saja nak berkongsi dengan korang yang sedang mencari-cari info mengenai pembedahan bariatrik. Aku faham sangat..nak cari info penuh pasal bariatrik dalam BM ni agak terhad. Bila join group-group pun, kadang-kadang soalan tak berjawab. Kena ingat, tak semua orang suka berkongsi..semuanya kalau boleh nak rahsia.. tapi aku tak macam tu ye..kalau tak, tak adalah panjang berjela aku menulis disini. So, aku harap dengan entri yang aku kongsikan ni, dapat membantu korang.

Pic : credit to google /unknown owner


Menjadi persoalan pertama sebelum pembedahan.. berapakah kos pembedahan bariatrik? Sebenarnya,kos ni tak menentu. Bergantung kepada keadaan pesakit, dan dimana yang korang nak buat. Hospital kerajaan atau swasta..itu saja bezanya. 

Di sini aku kongsikan lokasi dan harga anggaran untuk panduan korang semua.


HOSPITAL KERAJAAN

1.Hospital Taiping : RM16k

2.Hospital Kuala Lumpur : RM12k  (Dr.Dato Tikfu Gee atau Dr.Zubaidah)

3.Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh : RM10k (Dr.Satkunan Mark)

4.Hospital Sg.Buluh : **kos tiada info (Dr.Shukri Jahit)

5.Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM/UKMSC) : RM24k (Dr.Nik Ritz)

6.Pusat Perubatan Universiti Malaya : **tiada info


HOSPITAL SWASTA

1.KPJ Damansara : RM36k 

2.iHeal Medical Center : RM20k (Dato Dr.Tikfu Gee)

3.Prince Court Medical Center : **kos tiada info (Dato Dr.Tikfu Gee)

4.Cenglid Hospital : RM29-RM35k (Dr.Mustafa)

5.Gleaneagles : RM37k

6.Island Hospital,Penang : RM25k

7.KPJ Penang : RM30k (Dr.Wan Najmi)

8.Salam Medical Center,Shah Alam : RM30k

9.Regency Hospital, Bandar Seri Alam JB : RM35k (Dr.Lim Huay)

10.Avisena, Shah Alam : RM30k


Buat masa ini,hanya ini yang aku boleh kongsikan. Ada beberapa tempat/hospital yang aku tak pasti kosnya,tapi insya Allah aku akan update kan bila dapat info nanti. 

Sekali lagi aku ingatkan semua ye. Kos tu hanya anggaran sahaja. Boleh jadi lebih atau mungkin kurang dan nama pakar bedahnya mungkin berbeza di masa-masa akan datang.

Apapun, pastikan kewangan korang adalah kategori mampu.. barulah fikirkan, nak buat atau tak.

Sekian untuk kali ini. Semoga bermanafaat.

Selasa, 8 Disember 2020

MY BARIATRIC LIFE : #5 HARI KE-50

 Assalamualaikum.

Hari ke-50. Agak tertekan sebenarnya. Macam yoyo naik turun je berat ni. Genab jugak 50hari tanpa nasi. Sesekali cubit karbo dari kentang dalam kuantiti lepas gian. Sikit pun jadilah.

Nampak carta ni? 
Ini rekod yang aku catatkan bermula dari tarikh pembedahan dan kemudian 10hari berikutnya
18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg


Tak tahu nak marah siapa. Nak salahkan makan..serius memang aku jaga makan. Minum memang tak boleh sampai 1 liter. 2hari lepas aku dah mula bersenam dengan mengayuh eliptical bike dalam bilik selama 1 jam. Aku akan cuba buat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Walaupun berat agak lambat turun..tapi baju-baju lama yang ketat dilengan, aku dah boleh pakai. Apapun..azam aku,sebelum follow up pada bulan 2 tahun depan, aku nak cuba capai berat 100kg. At least dalam tempoh 4bulan dari hari pembedahan, aku boleh turun 22kg..itu sudah dikira pencapaian besar dalam hidup.

Doakan aku terus istikhomah.




Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...