Memaparkan catatan dengan label Koleksi Raya 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Raya 2015. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Ogos 2015

PEARL TABUR - CRUMBLE 35


Assalamualaikum.

Projek hari raya untuk  terakhir baju bagi tahun 2015 . Memang ketandusan idea, baju ni aku jahit 2 hari sebelum raya ..mula jam 9 malam..selesai pada jam 4.30pagi..

So..jemput tengok lah ye..simple aje untuk kali ni..




Entri ringkas sahaja..hanya ingin berkongsi dengan korang yang berminat.. Adeus!!!

Khamis, 6 Ogos 2015

MANIK SIMPLE - 12

Assalamualaikum..

Baju ke-4 untuk koleksi jahitan manik baju raya 2015. Simple sahaja, ditangan dan pelanggan ni memang tak suka pearl..

Agak sukar untuk aku matchingkan kristal yang ada sebab warna yang aku jumpa sangat terhad dan susah nak jumpa yang berkilau sikit..semuanya sebam ya amat..




Harap dia sukalah sebab dia serah bulat-bulat kat aku, jahitla macam mana pun..asalkan masa dia nak senduk lauk di hari raya, orang nampak baju dia ada manik blink-blink.heheheh

Ok..itu aje untukharini..Adeuss!!!

Rabu, 5 Ogos 2015

BUNGA KRISTAL & MANIK - 2

Assalamualaikum..

Baju ke-3 untuk raya 2015, tanpa pearl juga. Gabungan bunga kristal dan manik di bahagian tangan sahaja.



Dibawah ini adalah baju yang sama, cuma flash kamera yang buat nampak lain..


Ok itu aje untuk hari ni..malas nak bebel banyak-banyak. Untuk tempahan boleh sms/wssp 0125677630..

Selasa, 4 Ogos 2015

PEARL TABUR - CRUMBLE 34

Assalamualaikum..

Harap jangan ada yang muntah..bila sesekali aku update blog..kalau tak cerita jalan-jalan..cerita makan-makan..dan yang memenuhkan blog ini adalah cerita jahit manik.

Ini baju pertama untuk koleksi jahitan manik raya tahun 2015. Pelanggan ni nak crumble di pinggang baju..inilah hasilnya..



Pinggang cik adik ni mak oii..besar kerengga..sebelah paha aku je..comel betul orangnya.. apapun terima kasih la pada dia yang sudi cari aku dari Changlun ke Kepala Batas semata-mata untuk jahit manik dan aku harap dia suka dan berpuas hati..

Pada yang teringin nak manikkan baju, sila sms/wssp -012577630. Itu aje ok,, Adeuss!!!


Isnin, 3 Ogos 2015

SULAMAN TUDUNG - 3


Assalamualaikum..

Sekian lama juga aku menyepi dari menjahit manik..maka untuk raya tahun ni, aku menerima juga tempahan jahit..tapi dalam kuantiti yang sedikit..sekadar memenuhi masa lapang sahaja..

Aku mulakan dengan jahitan manik pada shawl.. pelanggan aku ni menghantar 6 helai butterfly shawl untuk aku jahit..dan inilah hasilnya..




Pelanggan aku minta jangan jahit pearl, takut terkopak katanya..maka aku menggunakan manik dan kristal sahaja..semoga beliau berpuas hati..esok dan hari seterusnya aku akan tunjukkan hasil jahitan yang lain pula..sila jangan muntah ya..Adeuss!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...