Khamis, 28 Februari 2019

SCAMMER : 011-13176477

Assalamualaikum

Lagi kisah scammer yang buat-buat silap send nombor TAC/PAC ke nombor telefon mangsa. 



Mesej dari scammer kepada mangsa

Nombor PAC yang diterima mangsa. Mujur mangsa abaikan mesej tu dan tak respon.

No.scammer : 011-1317 6477


Hasil semakan dengan True Caller, nombor ini belum menerima apa-apa report spam/scam. Mungkin ia baru nombor baru,yang baru digunakan untuk aktiviti dajal-dajal ni. Apa-apapun, berhati-hati dan save nombor ini sebagai scammer di telefon masing-masing.

Rabu, 27 Februari 2019

SCAMMER : BILL COLLECTOR COURT MAMMOTH

Assalamualaikum.

Aku nak berkongsi 1 post tentang penipuan dari scammer bill collector. Boleh baca dan ambil iktibar.

*******
Assalamualaikum.

Aku nak share kisah aku dengan seorang lawyer yang di ‘appointed’ oleh pihak COURTS.

Kisah aku agak panjang. Dan maaf sekiranya olahan bahasa aku cacamarba.- Jika sudi bacalah.

Sedikit info, aku mempunyai 2 akaun kotrak dengan COURTS bermula 2017- 2020.
Akaun 1 – TV
Akaun 2 – Sound bar

Dan adat meminjam, adakalanya aku terlewat bayar dan ada lompat bulan. Itu memang kesilapan yang aku akui. Ini kerana, aku menangung ibu aku kidney failure stage 4. Dan ada beberapa komitmen sbg anak tunggal dalam keluarga. Berkahwin menetap di utara. Sedangkan ibubapa di selatan.

Ok. Cerita nya bermula, masa aku dekat office….

Khamis (21/2/2019)
2.55pm

Aku terima panggilan dari seorang cina (Mr. Lim 016-3899856), mengatakan bahawa dia dh otw ke rumah aku dari Changkat Jering.

Katanya, dia diarahkan oleh seseorang untuk mengambil barang kt rumah aku. So dia suruh aku standby. Aku terkejut, tanya dia,

Aku: “eh…u nk amik barang apa? I x tau apa2 pun…I xde terima apa2 surat pun!…”

Cina: “ eh….u xda terima surat meh? I mau angkat barang ni….u call this no 03-58703631 cakap sama En. Johari” 

Automatik dalam kepala aku ingat COURTS. Kerana aku cuma skip dan lewat bayar COURTS je.

3.00pm

Aku terus call no yg diberikan dan dapat bercakap dgn En. Johari.

Aku kenalkan diri Axxxxxx xxxxx dan tanya ada cina otw nk ke rumah aku nak ambil barang. Kenapa aku tak dapat apa2 surat pun sebagai warning? 

En. Johari mengesahkan kejadian tersebut.  Dia search nama aku dan bacakan semua info2 termasuk nama suami aku dan juga alamat tetap rumah mertua aku beserta nama bapa mertua.  Katanya, “Akaun agreement di antara puan dan pihak COURTS telah dibatalkan sebab puan telah melanggar syarat2 yang ada dalam agreement. Maka dengan itu puan akan diberikan saman dimana cina td diupah untuk mengambil semula barang2 yg disewa.

Aku cakap, “ kenapa boleh terbatal, sedangkan saya tak dapat apa2 surat pun. Dan betul saya mengaku yang saya ada beberapa bulan yang tak bayar, sb saya ada masalah keluarga. Tapi tak kan se agresif ini saya terima?”

En. Johari terangkan,” COURTS dah taknak ada apa kaitan dengan puan. Itu sebab kes diserahkan pada pihak guaman untuk di audit. Bila dah macam ni pihak COURTS dah tak menerima sebarang PEMBAYARAN. Nak taknak puan kena melalui FASA 1 – PENYERAHAN AFIDAVIT.”

Sambungnya “Cina tu akan ambil barang. Selepas tu dia akan serahkan satu surat acknowledge minta puan sign. Itu bereti puan telah menerima dan faham surat saman. Maka akan berlaku FASA 2 – PERBICARAAN.”
“Dalam FASA 2 – PERBICARAAN – puan akan menerima surat dalam tempoh 7 - 14 hari, puan beserta suami dan juga bapa mertua diminta untuk hadir ke KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA, bagi proses perbicaraan. Dan jika didapati puan serta penama diatas bersalah. FASA 3 – PEMBAYARAN akan terus dijalankan. Puan diminta untuk menjelaskan jumlah tuntutan sebanyak RM20,000++ tidak termasuk kos guaman RM5,000.++. Puan perlu menyelesaikan baki dalam tempoh 7 – 14 hari. Jika puan gagal berbuat seperti yang diarahkan…FASA 4 – JATUH DALAM WARAN SALES mahkamah akan melelong semua asset yang ada di dalam alamat pertama dan alamat kedua. Setiap asset tidak lebih dari RM10,000 untuk sebuah rumah”.

“Untuk makluman puan, COURTS tidak linked dengan BNM. So tiada istilah CTOS disini. COURTS adalah syarikat Korporat swasta. Jadikan tindakan mahkamah yang akan diambil. Puan punya agreement di Sungai Petani ya. Di SP ada dua branch sebelum ni kan? Tapi satu dah tutup. COURTS bukan sahaja tutup di SP. Malah COURTS akan menutup seluruh cawangan di MALAYSIA. Sebelum COURTS tutup, mereka ingin dapatkan kembali duit mereka.”

Bila dia terangkan semua nya dekat aku…aku jadi lagi gementar…sebab ini melibatkan nama bapa mertua aku. Aku dah start nangis. 

Siapa yang tak takut, selama 35 tahun hidup, ini pertama kali jadi kat diri sendiri. 

Terus aku kenang mak bapak aku macam mana lah nanti.

Bila aku dah diam…. En. Johari ni sambung lagi. “Macam ini lah puan, saya boleh bantu puan sebaik yang mungkin….puan call semula cina tadi dan tanya kan dia 2 soalan ini. 2 soalan ini yang akan merubah kes puan. Tapi jika salah satu soalan ini, cina tu dapat kemukan bukti, menangis air mata darah sekalipun saya dah tak boleh buat apa2 pada puan. Cuma nasihat saya, jangan bagitahu cina tu yang puan telah berbincang dengan saya.”

Soalan 1 – Tanya sama ada cina tu ada buat laporan polis ke x? kalau ada minta no kes.
Soalan 2 – Anggaran masa untuk sampai dari Chqngkat Jering ke rumah pukul berapa?

3.55pm

So, aku pun call cina tu tanya dia, ada bawak report polis x? Cina tu cakap takde.
Dan cina tu akan sampai dalam pukul 6.30pm. 

4.00pm

Aku contact semula En. Johari dan bagitau yg cina tu tak de laporan polis dan akan sampai rumah aku dalam pukul 6.30pm.

En. Johari tu kata, “ Ok saya ada 1 berita baik dan 1 berita buruk. Berita baik, puan ada 1 point, sb cina tu tak buat laporan. Cina tu tak boleh masuk rumah puan, kalua dia masuk dh jadi pecah rumah. So puan boleh bertindak. Dan tadi saya dah discuss dengan COURTS pasal kes puan, saya cadangkan puan buat full settlement RM5010.00 untuk tutup akaun 1. Berita buruknya, puan kena jelaskan RM5010.00 sebelum pukul 6.30pm sebelum cina tu sampai ke rumah puan. So, puan dah boleh bertindak mencari duit mulai sekarang la ya. Sebab dah lewat dah ni.”

Habis sembang dengan En. Johari pun dah pukul 5.10pm!

RM5010???!!! Kena settlekan sebelum 6.30????
Bila aku dengar macam tu…..aku lagi terus berdebar. Sb aku taknak melalui semua FASA2 yang di bagitahu tadi. Aku taknak drag bapa mertua aku ke mahkamah. Kalau nak kena biarlah atas aku sorang.

Jadi, lepas dah dapat info aku kena bayar tu…aku terpaksa loan dengan boss aku. Dipendekkan cerita boss aku bagi loan RM 2,500. Itu pun aku dah bersyukur.  

Aku call suami aku cerita dari A to Z. Dia dah sound….tu scammer! Jgn layan. Buat x tau!

Tapi aku tetap kata itu betul…sb dia suruh bayar direct ke akaun COURTS.

Dalam masa yang sama, mak & bapa saudara suami pun call….bgtau juga, jgn layan…tu scammer.
Tapi aku still takut. Aku tetap nk dapatkan lg RM2500. 

Aku tengah oncall dengan suami…En. Johari dah call aku…dalam masa yg sama…cina pun dok call aku.

Aku stress sangat. Tapi semua call aku x jawab.
Dapat pula wasep dari staff En. Johari, dia kata…macam mana keadaan. Siap push aku suruh segera.

Long story short.

6.30pm

Aku tak balik rumah lagi. Aku call suami tanya dia ada tak lori sampai depan rumah. 
Suami kata, mana ada…kalau dia datang…meh sini, dia tunggu.

Suami aku cadangkan aku pergi Branch COURTS direct.
Aku pergi ditemani kawan.

Sampai COURTS Sg. Petani. Aku terus pergi Bahagian Tunggakan. Jumpa Kak Mira (015-48721720)
Aku bagi no ic…Kak Mira tu cek akaun aku…lepas tu dia tanya kenapa? Maka, aku pun cerita lah dekat dia ada org call aku bagitau, akaun COURTS aku dah kena block, tanpa aku mention amount RM5010! 

Terus Kak Mira ni cek.  Dia kata, memang betul akaun 1 aku dah hantar audit peguam. So peguam yang handle kes aku ni. Jadi aku dikehendaki bayar RM5010 dengan segera. Kak Mira kata, sebab aku dah 6 bulan tertunggak! Aku tunjuk resit akhir aku… 31/10/18….tak sampai pun 6 bulan….. 

Aku terus tergamam. Yelah dah pihak dalam COURTS pun mengesahkan benda yang sama!

Kak Mira tanya aku, berapa aku mampu bayar. Aku cakap, 
aku mampu bayar RM2500 ni je. Ini je yg ada dan jangan paksa aku untuk aku cari cara lain.
Kak Mira terus call peguam nama Tn. Iskandar (011-13125230). Tn. Iskandar ni boss kepada En. Johari tadi. 

Pendek cerita, Tn. Iskandar MEMAKSA aku untuk jelaskan RM3000 sahaja dengan COURTS dalam tempoh 30 minit!!! Settlekan untuk akaun 1 sahaja. 

Semua rekod suara diantara aku dan kak Mira ada bagi tujuan post-mortem aku.

Aku dah makin gementar. 

7.45pm

Suami aku amik aku, dia bagitahu mak sedara dapat pinjamkan RM500. Maka aku dapat RM3000.00

Tapi aku x bayar on the spot di COURT SP. Sb aku dpt wasep dr staff En. Johari, dia kata aku bleh jelaskan semua hari esok (Jumaat). 

Dalam kereta, hati aku kuat kata…ESOK PERGI COURTS BUKIT MERTAJAM!

Jumaat (22/2/19)

10.30am
COURTS BUKIT MERTAJAM.

Selangkah aku nk masuk pintu COURTS, En. Johari call aku. Tanya aku....macam mana? Dia dah tahu yang aku nk bayar RM3000. So dia kata nnti bagi slip. Aku tanya, pasal cina semalam tu apa cerita…dia cakap, takpe cina tu dia dah handle.

Masuk COURTS.
Aku terus jumpa SA nama Kak Julia. Aku bagi IC untuk cek akaun. 

Kak Julia tanya aku, “Ok nak bayar berapa?”. Aku kata aku nak bayar RM3000.
Kak Julia pandang aku (dengan mata aku yg bengkak) – pandang monitor….dia pandang aku – pandang monitor. Dia soal aku “ Betul ke nak bayar RM3000?” 
Aku terus meleleh air mata….ya, aku DIPAKSA untuk bayar RM3000 hari ni. 
Dari ayat yang keluar dari mulut Kak Julia…..buatkan aku lagi bertambah meraung!!!!

Kak Julia kata “ Merepek apa kena bayar RM3000?? Tunggakan adik RM1000 je…tak payah nk byar RM3000! Siapa yg suruh?” 

Maka aku cerita lah dekat dia, apa yg peguam dan juga Kak 
Mira (COURTS SP) sahkan yang COURTS dah block akaun saya….sambil nagis tersedu2.

Kak Julia kata “ PENIPU!!! ITU SEMUA DAH BERKOMPLOT! Untuk pengetahuan Debt Collector memang dekat COURTS SP! Itu sebab dia berani buat macam tu….diorang bg info dkt peguam! Sb dorang akan dapat komisyen!. Benda ni dah bnyak kali kena…ni ha nmpak (dia tunjukkan report) ni semua dari kes Debt Collector SP!...bila akak tengok je akaun adik….nama mamat ni…akak dah agak, adik dah kena game dengan dia!!. Dahh…bayar yang tunggakan je….mana lepas ni yang peguam ke , lori cina ke….blocked no dia xyah layan! Kepala hotak dia buat macam ni…takut-takutkan pembeli. Ni kalau dia kacau….pergi report polis terus!”

“Nah…tulis kat sini cerita adik….nanti akak submit pada manager…biar dia handle kes macam ni. Dah bg warning, pun x serik2 lagi!  Ni nak habaq…..COURTS nak saman orang pun amik masa berbelas tahun tau….bukan 7-14 hari. ” – Kata Kak Julia.

Maka pendek cerita, aku jelaskan semua tunggakan aku RM2800 bagi kedua2 akaun. Siap ada advance bulan lagi. Jadi aku tak perlu bayar sampai bulan 5!.

Settle semua. Kak Julia yakinkan aku….jangan percaya dengan COURTS SP punya staff. 

Keluar dri COURTS, aku block semua no2 tel yg call aku sblum ni. 

Dan, patutlah hati aku beriya suruh datang COURTS Bukit Mertajam. Rupanya, ada jawapan di sebalik semua ni.
Aku mengaku silap aku tak bayar. Tapi kalau kena drastic macam ni….sape tak gabra oiiii…

So, itulah cerita aku….aku share ni supaya korang yg mana kena macam aku ni, refer lah dekat banyak2 tempat. Jangan percaya pada satu saluran je. 

Kalau lah aku ni orang berada, aku xde nafsu nak berhutang. Baik aku bayar cash. Sebab tak mampu lah aku berhutang, setiap bulan aku mampu bayar seperti yang dijanjikan. 
Cuma dengan kealpaan yg sedikit, terus merebak jadi besar.

Allahuakbar….penat otak aku. Aku nak rehat.

Assalamualaikum.

Nota tambahan: bila aku kenang balik kes aku ni kalau masuk mahkamah... alahaiiii pasal tv ja pun😑. Ni aku kt rumah, tengah menatap muka tv ni setiap inci. Hurmmmm..

22.43.


010-238 7552
Dari semakan True Caller

03-5870 3631
Dari semakan True Caller


017-945 1180

Dari semakan true caller



******
Nasihat aku,tak payahlah berhutang untuk barang rumah lebih-lebih lagi yang hanya untuk kepuasan diri. Adalah lebih baik kumpul duit dulu dan beli tunai. Bila dah mula berhutang dengan Court Mammoth ni, ada pulak pihak lain nak ambil kesempatan. Adat berhutang,mesti bayar. Dan macam along berlesen dah bila jadi macamni. Apapun, sebelum membeli,ukurlah baju dibadan sendiri. Penyangak sentiasa bersedia untuk menyamun!

Selasa, 26 Februari 2019

SCAMMER SHOPEE : 011-1328 1444

Assalamualaikum

Aku salah seorang pembeli tegar di Shopee. Pun begitu aku beli benda murah-murah aje. Dalam pada Shopee mengamalkan syarat-syarat ketat sebagai Seller, tetap ada jugak sang dajal scamner. Jom baca kisah ni.

*****


TAKTIK TERBARU SCAMMER SHOPEE

1. Benda ni real. Sebab jadi kat aku sendiri. Nak jadikan cite aku memang tengah nak cari TV baru. Sekali ternampak plak iklan kat Shopee TV Haier 65” Smart Android - RM1499.17. Halfprice kot. Kat Giant harga dia RM2999.

2. Dengan penuh rasa excited aku pun terus beli walaupun aku tau seller ni baru create account 9days ago time tu, and takde lagi customer feedback or rating for the product. Aku pikir positif, maybe seller ni buat clearance stock. Sapa cepat dia dapat.

3. Esoknya tiba2, aku dapat whatsapp dari seller. Benda ni tak pelik lagi. Sebab mmg seller boleh dapat info phone number ngan email kita. Seller ni cakap, barang dah siap pack and ready to ship. But before that, dia nak verify aku dulu.






4. Dia cakap lepas ni aku akan dapat SMS verification code dari shopee, and i need to give him the code. DAMN. Macam real gila sebab aku memang dapat SMS dari shopee number 63360 tu. Of course la aku tak bagi, sebab sepanjang aku duk membeli belah kat shopee tak penah lagi la seller request macam ni.

5. Sebab dah ada transaction tolak dari credit card, aku terus request nak refund. Kalau kat shopee, dorang pakai system, selagi customer tak received barang untuk certain time, selagi tu dorang tak release payment kat seller. Kira kita ada masa untuk request refund/return kalau barang tak sampai atau rosak.

6. FYI, biasa kita dapat SMS verification code dari Shopee ni untuk request tukar password atau time kita first time login new browser. Kau bayangkan la kalau aku bagi verification code tu. Dia hijack account aku pastu click “order received”, shopee release payment ke dia. Takpun dia amik details credit card kita ke.

7. Aku dah call shopee, apa action patut aku atau dorang buat kat seller macam ni. Sebab aku taknak orang lain terkena, especially first time user ke. Shopee suruh aku report (nanti aku ajar step) pastu nanti dorang take action. Aku terus report, tapi macam takde action apa, seller tu still wujud. Esoknya aku call lagi, baru dorang remove seller tu.

No.Telefon Scammer : 011-1328 1444


NEW UPDATE.

- Aku baru check kat shopee. Seller tu create account baru. Sebab aku ingat lagi lasti time dia pakai username “electronicplaza227”. Ini yang baru dia pakai username “plazaelektronik227”.

- Korang check la sendiri. Tapi jangan pi beli plak.
https://shopee.com.my/Haier-Smart-4K-Ultra-HD-65-Inch-TV-(LE65U6600U)-i.127542770.1937788215

*****
Itulah kisahnya. Apapun jangan terlalu percaya dengan harga murah. Lebih baik beli dikedai. Dan jangan berurusan dengan peniaga Shopee yang minta korang wassap personel. Apa jua urusniaga dan chat biarlah menggunakan app di shopee sahaja. Moga-moga penjenayah ni masuk perangkap juga 1 hari nanti.

Isnin, 25 Februari 2019

SCAMMER : 017-8191956

Assalamualaikum

Perkongsian dari mangsa yang hampir kena scam. Entri dibawah adalah copypaste dari FB Wan Firdaus Kobang.



#KISAH SCAMMER #CIMB RM2,900 & REPRESENTATIVE #MAYBANK YANG BAGUS

#SHARE SUPAYA TIDAK RAMAI LAGI YANG AKAN JADI MANGSA

Assalamualaikum warga FB.. Ok, hari ni aku nak cerita sikit pengalaman yang hampir-hampir mengakibatkan aku kehilangan RM2,900 melalui online transaction via #CIMB.. Alhamdulillah, Allah Itu Maha Penyayang & Dia jugalah yang menyelamatkan aku dari terkena tipu & possibility untuk serta-merta kehilangan RM2,900..


Part 1
Kisah nya mcm ni.. Kurang lebih jam 5.30pm tadi aku Terima panggilan dari Cust. Service Maybank.. Representative tanya sama ada aku ada Login ke M2U hari ni dari luar Malaysia.. Aku cakap aku skrg dkt KL & takde login ke M2U petang tadi.. Representative bgtau yg diorg detect aku login dari oversea & diorg tak dpt nak detect dari Negara mana.. Then dia tanya lagi, ada tak orang call atau Message aku (scammer lah tu) minta TAC number.. Aku bgtau la setakat ni takde lagi.. Finally dia advise aku utk tidak respon to any calls/messages yang Masuk ke phone aku & NOT TO REPLY or SENDING BACK the TAC number to the caller (scammer)... Then representative tanya aku lagi, how many bank accounts aku ada..? Aku kata la ada a few.. Then dia tanya lagi, adalah username & password Acct bank aku sama mcm Maybank...?? Aku jawab “ya” .. Both of my active bank accounts am using the same username & password (which is not supposed to be coz bahaya wooo)... Then dia advise aku untuk tukaq username & password bank lagi satu supaya tidak sama dgn akaun Maybank aku... Since that time Tgh drive, so tak dan nak buat.. Aku tunggu jugak si scammer ni call/wassap, tapi takde... So aku chill lah since no one is calling me prior to this scam thing




Part 2
Aku smpi rumah dalam pkul 6pm mcm tu.. tup tup dapat wassap beb...!! Manisnya ayat dia (scammer) dgn bagi salam.. Profile pic gambar awek manis.. Aku bajet ni mesti Client la ni, nak tanya psl UT, Takaful or PL.. Aku jawab salam beliau dgn penuh confident & mengharapkan aku Dpt close la sale ptg2 ni... 😅 .. Lepas jawab salam, then dia bgtau yg dia tersilap bagi nmbr phone utk online transaction, nmbr phone tu adalah nmbr aku baiii... Aku dpt msg dari #CIMB utk transaction bernilai RM2,900 & siap sekali dgn TAC number.. Dua kali pulak tu aku Received TAC nmbr tu coz the first message yg aku Terima tu dah expired & then dia resend lagi... Pergghhh..!!! Maknanya si scammer ni dah access Masuk dalam akaun aku sesuka hati, try pulak nak transfer duit RM2,900 without my acknowledgment... Hang nak game aku la ni (jilaka la awek manis) .. Dia wassap aku bertalu-talu & insist utk aku send TAC number tu kat dia .. Nok harom..!! RM2,900 tu..!!! Mmg tak laaaaa kannn... Aku layan je scammer tu coz aku nak tgk setakat mana dia boleh try.. Nasib baik la representative #maybank call & alert aku pasal ni, so aku aware & take this seriously... Thanks to  Khairul from  #Maybank for your prompt feedback & alert me on this thing early on.. Yang pelik nya #CIMB tak call aku langsung to investigate this case & tak alert langsung pasal oversea Personal account login... Then aku login Masuk ke #CIMB to check my balance, Alhamdulillah masih ada & no transaction done... Cepat-cepat aku tukar password both Acct & make sure berbeza this time... 

Moral of the story;
1) Kalau korang ada 10 Bank Acct sekalipun, make sure korang punya username & password utk online banking tak sama & berbeza.. Sbb apa, coz once scammers ni dah dpt Masuk satu akaun Bank korg, for sure your 2nd or 3rd account korang dia boleh Access coz korang Guna the same username & password.. 

2) Do not reveal or respond to any calls, emails or messages yang mintak Details bank korg (rasanya ni semua tahu kot) 

3) And if this thing happen to you guys, cepat-cepat la tukar password coz ada possibility scammer tu access ke akaun korang next time..
************
Hasil semakan True Caller..
Belum ada report lagi dibuat..budak sengal ni baru nak belajar jadi scammer.!

Ahad, 24 Februari 2019

TENGGIRI MASAM LAUK BERPANTANG

Assalamualaikum

Aku penggemar ikan kering. Tak kiralah, ikan kering tu masin, masam atau kering kosong macam tu aje. Salah 1 kegemaran aku adalah Ikan Tenggiri. Ikan tenggiri kering ni ada 2 jenis, yang masam dan masin. Aku lebih suka yang masam.

Goreng simple-simple, makan dengan nasi panas pun boleh bertambah. Biasanya menu ni menu rasmi orang berpantang. Nak tengok resepi senang ni??

Bahan-bahan;
3 keping ikan tenggiri masam (potong lebar 2 jari)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5-6 tangkai cili padi
**mayang nipis
1biji limau nipis

Cara-cara;
Panaskan minyak dan gorengkan hingga masak dan ketepikan. Dengan menggunakan baki minyak masak tadi, tumis semua bahan dan masukkan secubit gula. Bila bawang dah layu, tuangkan keatas ikan tadi dan perahkan limau nipis keatas ikan. Siap! 



Baunya masya Allah.. rasanya sampai rumah jiran belakang pun sampai. Tak perlu lauk lain dah rasanya. Sedap dihidangkan bersama sayur manis bendi..

Ok..jangan tanya berapa kali aku tambah nasi 🤣

Sabtu, 23 Februari 2019

BANTU DIA UNTUK BANTU KITA

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama aku tahu kisah ini. Tapi aku ingin berkongsi dengan semua. Masihkah ingat kumpulan nasyid Raihan, yang sangat popular suatu masa yang lalu. Kehebatan mereka hinggalah dijemput membuat persembahan dihadapan Ratu Elizabeth di London.

Pelantun nasyid utama kumpulan ini, saudara Nazri,kita meninggalkan kumpulan ini dan dunia popularnya, memilih untuk menyanyi di pasar-pasar malam, bazar dan sebagainya bagi mengumpul dana untuk membina sebuah tahfiz. 




Bantulah dia..bukan sahaja kita dapat membantu dia, tapi kita juga sedang membantu diri sendiri untuj membersihkan harta dan mencari sedikit tempat di syurga Allah.

Bagi merealisasikan usaha murni ini marilah kita menyumbang ke 
DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: 
 akaun Al-Tahfiz Bayu Syahadah Resources, 
Cimb bank 12300000833109 

moga syurgalah tempat beliau nanti...Insha Allah...

Jumaat, 22 Februari 2019

FENOMENA LEFTENAN ZANA

Assalamualaikum

Dah lama aku nak tengok drama-drama yang bukan drama..maksud aku, lakonan yang diadaptasi dari kisah benar, kejadian harian, yang bukannya kisah novel cinta khayalan yang jauh dari realiti dunia. 


Leftenan Zana. Tiba-tiba meletop di TV. Walaupun ia bukan kisah sebenar tapi ianya kisah yang berlaku dikalangan masyarakat kita. Bukan hanya soal cinta pada manusia, tapi cinta pada negara. Bagi aku Leftenan Zana adalah drama yang lain dari yang lain.


Kisah seorang gadis yang sangat obses untuk menjadi tentera , yang mahu sangat menurut jejak langkah ayahnya. Tabik spring untuk Sutradara Jinggo yang berjaya mengarahkan drama seperti ini.

Tak kurang juga, watak Zana yang dibawa oleh Janna Nick yang nampaknya sangat komited 100% menjadi Zana dan juga Shiela Rusly yang memegang watak Sarjan Qamar. 



Pada yang tak pernah menonton, bolehlah menonton setiap Rabu hingga Jumaat jam 9malam. Aku sebenarnya secara peribadi dah bertahun-tahun tak layan drama malam di TV3. Ntah kenapa, aura Leftenan Zana telah berjaya menarik minat untuk aku menonton.
Semoga Leftenan Zana mampu menarik minat golongan graduan bagi memilih profession ini dan menjadi inspirasi kepada anak-anak kecil untuk menjadikan tentera sebagai cita-cita.

Khamis, 21 Februari 2019

DEKO-DEKO OFFICE

Assalamualaikum

Ini cerita pasal office baru aku. Ini adalah jabatan ke-4 aku berkhidmat sejak 17tahun. 

Sebagai ketua, aku inginkan perubahan yang menyeronokkan adik-adik buah aku. Aku nak pembaharuan yang menyeronokkan.

Ketika di pejabat yang lama, aku wujudkan kopi koner untuk mereka memandangkan ruang pejabat yang sempit gila sampai pantry pun tak ada. Aku cari dana membeli pinggan,mangkuk melamin, beli cerek,periuk dan microwave. Sepeninggalan aku,aku harap hasil perubahan yang dah aku lakukan akan memberi manafaat kepada mereka yang aku tinggalkan.

Setibanya dipejabat baru, juga aku lakukan perubahan. Perkara pertama adalah susun atur yakni deko di ruang kerja. Pejabat sekarang lebih luas namun susunan ruang kerja hanya biasa-biasa dan aku kesian dengan adik-adik buah aku yang terpaksa berkerja di ruangan yang tidak sepadan dengan taraf pejabat negeri.

Ketua mereka yang terdahulu adalah orang lama yang veteran dan otai. Tak sempat nak fikir untuk deko-deko..asalkan kerja siap, sudah.

Inisiatif aku ambil. Tanpa 1 sen pun modal dikeluarkan. Aku gunakan partition lama yang tidak digunakan. Dengan bantuam suami tercinta, maka siaplah ruang kerja yang diberi nafas baru. Bertungkus lumus kami berdua ubah ruangan kerja ni.



Walaupun ini perubahan kecil,harapnya ia memberi suasana dan semangat baru untuk unit aku berkerja. Kalau aku tak ubah..siapa lagi.. apapun sebagai ketua unit,aku sentiasa mahu adik-adik buah aku selesa dan gembira untuk bertugas. 

Inilah rumah ke-2 aku..yang mungkin hingga akhir perkhidmatan aku akan disini.

Rabu, 20 Februari 2019

DIARI RAMADHAN RAFIQUE REUNION

Assalamualaikum

Sesiapa yang ditahun 80an-90an mesti ingat lagu ni


Mood berpuasa dan raya meronta-ronta dalam hati. Berhantu betul..setelah 13tahun bersiaran, drama kegemaran ramai ini akan muncul kembali di kaca tv tapi untuk kali ni pastinya lebih menarik. Rafique dan pelakon cilik yang lain semuanya dah meningkat remaja. 


Yang menariknya, ia mengekalkan pelakon asal dan tambahan beberapa pelakon cilik yang baru. Pun begitu watak ibu Rafique iaitu Norish Karman tidak kelihatan.

Emmm..tak sabar tunggu bulan puasa..

Selasa, 19 Februari 2019

INTERMITTENT FASTING

Assalamualaikum

Dah lama aku dengar pasal Intermittent Fasting (IF) atau dalam bahasa melayunya, puasa berselang. Aku sendiri pun dah lama nak cuba..tertangguh je. 

Dari beberapa info yang aku dapat, IF ni ramai artis-artis yang nak jaga badan dah amalkan. Kita sedia maklum, amalan berpuasa baik untuk kesihatan. Silapnya kita, bila masuk waktu berbuka,makan tak ingat dunia.

Antara kebaikkan IF


Ikut panduan ni,mudah aje

Pelaksanaan IF ni ada 3 cara.  Secara mingguan, harian atau berselang hari. Boleh pilih ikut kemampuan diri.

Mingguan: Tidak makan lewat malam dari jam 12malam hingga 8 pagi. Dalam 1 minggu, pilih 1 hari untuk berpuasa dari tengahari hingga ke tengahari esoknya.

Harian : Setiap hari,tidak makan dari jam 8malam hinggalah 12tengahari. 

Berselang hari : Dalam 1 minggu, berselang-selang puasa dari 8malam hingga 8malam esoknya.. dan makan seperti biasa untuk keeseokkan hari dan ulang puasa mulai 8malam ke 8malam.

Bagi yang ada puasa wajib perlu diganti,eloklah puasa betul je. Bagi aku IF sesuai untuk yang dah selesai puasa ganti,ada masalah gastrik dan pedih ulu hati seperti aku. IF bukan bermakna langsung tak makan atau minum. Pada waktu berpuasa,boleh aje minum air kosong untuk mengelakkan perut kosong. Puasa disini bermaksud TAK MAKAN aje.

Harapnya aku berjayalah dengan IF ni..nak cuba dulu untuk 1 bulan..moga-moga istikhomahlah hendaknya.

Isnin, 18 Februari 2019

NASI LEMAK ABAH

Assalamualaikum

Harini aku nak berkongsi resepi nasi lemak kesukaan abah aku. Abah aku ni pandai masak. Bila dia masak, semua bahan mesti lengkap. Paling cerewet kalau nak makan nasi lemak. Kalau tak cukup bahan, membebel dia ..komplen macam mak nenek pulak.

Inilah resepinya..

Bahan-bahan;
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
*mayang halus
2inci halia-potong lidi mancis
3 cawan beras
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh halba
2 1/2 cawan air
1 cawan santan (aku gunakan santan sawit)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan -simpul

Cara-cara;
Masukkan semua bahan dalam rice cooker aje, gaul rata..petik dan siap!

Kegemaran abah..tapi abah aku dah uzur sekarang..dah nyanyuk..tahun ni dah 85 umur dia.

Rindu abah masa dia masih ingat dulu..sekarang dah tak ingat apa-apa.. tapi, bila aku bagi makan, bagitau dia ini yang aku masak..dia mesti cakap "hang masak sedap" 😭😭😭



Ahad, 17 Februari 2019

APA YANG KAU DAPAT??

Assalamualaikum

Dunia IT ni,kalau tak betul-betul cerdik dan cukup ilmu untuk guna, memang boleh perangkap diri sendiri.

Pentaksub politik yang dibayar gaji untuk buat kerja-kerja memburukkan pihak lawan kadangkala teramat melampau perbuatannya. 

Contoh seperti dibawah..

Maklumat yang diubah oleh mereka yang tak berakal

IP address si pelaku

Koordinasi lokasi si pelaku

Nah..mapnya sekali

Sebenci mana pun kita dengan pemimpin lawan..jangan sampai menjerat diri. Kalau sipelaku kena tangkap polis, agak-agak sipembayar gaji dia tu nak tolong ke? Sipembayar gaji dia jadi ahli parlimen..jadi YB..jadi menteri..tapi sipelaku jadi apa? Silap haribulan jadi banduan.

Lain kali..sipembayar gaji tu  carilah staf yang cerdik sikit..yang ada ilmu..bukan yang main tangkap muat aje. Nampak sangat kebodohan kat situ.

Berbaloikah dengan gaji yang diterima?..berkat ke tidak gaji tu?..halal ke nak disuap kemulut sendiri?.. fikir-fikirkan!

Jumaat, 15 Februari 2019

WORKSTATION FOR INSPIRATION

Assalamualaikum

3/4 dari hayat manusia normal adalah dihabiskan ditempat kerja. Tak kiralah di pejabat, di kilang hatta dirumah bagi surirumah. Bagi aku, 9-10jam masa aku adalah di pejabat.

Kadang-kadang beban kerja buat aku stress dan serabut. Maka..aku mahukan situasi kerja yang menyeronokkan hati..buat aku rasa leka dan tak bosan duduk dipejabat. 

Bila dah bertukar ke jabatan baru, ruang kerja yang lebih selesa, aku ambil kesempatan untuk buat sesuatu yang menggembirakan dan menceriakan hari-hari yang berlalu..

Inilah hasilnya..
Ruangkerja yang memberi inspirasi.

Kenapa aku memilih Doraemon?? Ini jawapannya
"Jadilah seperti Doraemon..sentiasa ada bila diperlukan, penyelesai masalah bukan penambah beban, adanya disukai kehilangannya dirasakan."

Khamis, 14 Februari 2019

KOLEKSI KESAYANGAN : TISSUE BOX DORAEMON

Assalamualaikum

Memenuhi koleksi yang boleh digunakan bukan untuk dibuat hiasan semata-mata. Juga beli melalui Shopee, hanya RM17.80, kotak tisu ni tersangatlah comelnya.



Datang dengan 2 imej berbeza untuk setiap sisi kotak. Biasanya orang minat Hello Kitty, tapi aku tetap minat Doraemon..dia comel dan terngiang-ngiang suara dia ditelinga. Apapun, cukuplah koleksi untuk menghiasi workstation aku di office.

Seronok buat kerja bila tengok muka dia senyum.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...