Ahad, 10 Februari 2019

BACKPACKERS OR BEGPACKERS

Assalamualaikum

Terpanggil untuk menulis perkara ni. Isunya disini adalah nak travel atau bercuti atau melancong keluar negara ..tapi tak de duit.

Konon backpakers..tapi hakikatnya ramai mat salleh menggunakan status "white privillage" diorang untuk memintak sedekah, jual gambar, tumpang kereta dan macam-macam lagi asalkan tak keluar modal untuk sampai ke destinasi yang dia nak pergi. Itu bukan backpakers ok..itu BEGPACKERS! BEGGING+PACKERS.

Disebabkan dia kulit putih, berlambak-lambak orang kita yang baik hati nak tolong..cuba yang buat macam tu, orang kita sendiri..atau negro..yang muka bukan pan asia..(lebih kepada pan penggoreng) ..agak-agak..ada berapa ramai orang nak tolong.

Ada orang kita bangga gila bila boleh tumpangkan mat salleh miskin ni tadi..siap viralkan lagi mintak orang lain tolong sama. Wei...mat salleh tu semua dari negara kaya..datang Malaysia atau negara Asia lain yang miskin dari negara dia,lepas tu mintak sedekah pulak kat kita..untuk support dia travel..WTF la kot! Kita pulak ada yang bodoh..sendiri tak pernah naik kapal terbang boleh pulak tolong orang lain naik kapal terbang..pergi sedekah kat sekolah tahfiz lagi baguslah.

Hello..pada aku, kalau dah tak ada duit, duduk kat rumah diam-diam sudahla. Tak payah nak gatal kaki nak melancong negara orang. Orang kita ni, baik tak kena tempat pun. Kau tahu tak, kalau orang kita pergi negara dia, mintak sedekah,jual gambar untuk tampung kos nak melancong..kalau nasib kau baik, imigresen dia hantar kau balik Malaysia..kalau nasib kau tak baik..ke dalam lah kau merengkok dalam lokap.

Aku nak ajak korang tengok video ni..dan kemudian nilaikan sendiri..betul atau tidak apa yang nak disampaikan.


1 ulasan:

  1. memang betul pun, bukan nak mengata tapi orang kita ada satu sifat dalam diri 'baik tak bertempat'

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...