Rabu, 13 Februari 2019

DISKRIMINASI ATAU TERSEPIT DENGAN SITUASI

Assalamualaikum.

Bila terbaca posting ni..hati jadi berbelah bahagi dengan situasi yang berlaku.





Wanita ini sedih apabila ibu saudaranya yang OKU tidak dibenarkan masuk kedalam kedai coklat Berry's dengan alasan, roda kerusi roda itu boleh merosakkan lantai mozek mereka.

Ada yang berpendapat, kedai ini mendiskriminasikan OKU. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku apalagi viral memviral sambil menuding jari sesama sendiri andai kita berfikiran terbuka.

1. Kedai sepatutnya lebih mesra OKU dengan menyediakan laluan berkarpet untuk kerusi roda supaya pelanggan OKU berpeluang membeli-belah didalam kedai mereka.

2. Sebaiknya kedai tidak menggunakan mozek sebagai lantai,tapi memadailah menggunakan tile yang permukaan kurang licin dan kurang berkilat bagi membolehkan pelanggan OKU masuk.

3. Sekiranya lantai sudah sediakala dipasang mozek, cara terbaik untuk tidak membenarkan kerusi roda masuk adalah dengan meletakkan papan tanda larangan masuk..ianya lebih "sopan" dari kata-kata yang keluar dari mulut.

4. Pelanggan pula sepatutnya faham kenapa pekedai tidak membenarkan kerusi roda masuk ke premis. Benar, walaupun rodanya dari getah,kesan besi tetap akan mencalarkan lantai mozek yang sememangnya mahal dan perlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih andai berlaku kerosakan dan pekedai akan menanggung kerugian akibat itu berbanding dengan keuntungan hasil jualan coklat yang dibeli pelanggan tadi,lebih malang pelanggan langsung tidak membeli malah lantai kedai juga sudah rosak dengan percuma.

5. Pelanggan perlu berlapang dada dengan keputusan pekedai tersebut,tak perlu viralkan dan pergilah ketempat lain yang tidak banyak pantang larang untuk pelanggan.

Apapun..kita masing-masing punya pendapat dan pilihan.


1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...