Jumaat, 8 Februari 2019

PULUT AYAM GORENG

Assalamualaikum

Harini aku nak kongsikan resepi Pulut Ayam ala-ala siam..tapi melayu Kedah yang masak..resepi reka sendiri..mujur sedap..(selera aku rasa sedaplah).


Pulut boleh masak macam biasa, samada tanak dalam rice cooker atau kukus je. Kalau nak kukus, rendam dulu. Untuk ayamnya..boleh ikut resepi aku ni.

Ayam Goreng
Bahan-bahan:
6 ketul ayam(kuantiti ikut suka)
4 sudu sos Mabin (sos merah Thai)
1 sudu teh paprika
3 camca makan Tepung Bestari
1 sudu teh serbuk cukup rasa

Cara-cara;
Perap ayam dengan sos Mabin, serbuk paprika dan serbuk cukup rasa selama 1jam..kalau tak sabar, setengah jam pun boleh. Kemudian masukkan tepung bistari dan gaul rata. Gorengkan dalam minyak panas. Kalau ada kuali non-stick lagi cantik, baru ayam tak melekat. Siap..

Sambal Bawang Goreng
Bahan-bahan;
2 labu bawang besar -mayang nipis
10 biji cili padi -hiris nipis
2 camca makan tepung Bestari

Cara-cara;
Gaul semua bahan dan goreng hingga wangi. Siap

Aku sebenarnya tak berapa puas makan kalau  tak pedas. Kalau beli pulut ayam di pasar malam ke..atau di restoren, biasanya disajikan dengan bawang goreng kosong dan sos cili thai..agak tak kena dengan selera aku. Maka dengan suka-suka hati aku buat bawang goreng sendiri yang ada cili. Nangis orang siam tengok aku alter menu diorang.

Ok.. tadi untuk masak ayam.. aku sebut aku gunakan sos merah Thai atau sos Mabin. Nak tau sos apa..ini dia..

Sebetulnya aku tak tahu apa nama sos ni nama sebenar..aku tengok kat botol tulis sos Mabin..ntahlah..saja aku beli sebab nak cuba..tak sangka sedap jugak untuk goreng ayam

Aku beli di Danok, Thailand.. tak was-was nak makan sebab ada Halal kat situ. Kat Malaysia ni tak pernah pulak aku nampak kat mana jual..mungkin ada,tapi aku tak perasan kot.

Inilah hasil ayam goreng aku..korang boleh cuba lah ye.

1 ulasan:

  1. boleh tukar dengan sos lain tak??Kat malaysia mana nak cari sos Mabin ni.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...