Ahad, 26 Jun 2011

Bengang!!!

Semalam hari yang paling bengang dalam hidup aku sejak 1 tahun 6 bulan aku menghuni Taman Jalai Jaya Kepala Batas.

Aku bukanlah tak bercampur dengan orang bagai kera sumbang, cuma aku kurang suka buang masa melepak depan rumah sambil berbual kosong. Letih balik kerja aku sibuk dengan manik. Hari cuti minggu, nak juga aku berguling-guling relaks kan badan.

Kisah jiran aku! Aku terpaksa cerita sebab nak korang tau, masih ada manusia yang di beri Allah, otak yang baik tapi gagal berfungsi sebagai seorang manusia yang beragama islam.

Kisahnya macam ni.. petang semalam dalam pukul 4 aku ke dapur..sebelum tu masa aku memasak memang tak nampak apa-apa pun...tup-tup aku tengok..dengan senang-senang hati salah 1 dari jiran aku dengan bestnya menyidai baju dia di pagar rumah aku..sepanjang pagar dapur tu!!

Sapa tak hangin wei..sedangkan aku sendiri tak pernah sidai macam tu hatta di pagar aku sendiri! Kalau jiran kiri dan kanan yang sidai di pagar kiri dan kanan aku tak kisah sebab aku tau kami berkongsi pagar yang sama, mujurlah jiran kiri kanan aku tak pernah pulak buat perangai macam tu!

Kalau pagar belakang aku tu dikongsi lain cerita. Ini masing-masing pagar yang di tengahnya jalan@lorong. Yang aku geram sangat, pagar jiran yang bertentang dengan dapur mangkuk hayun tu tak pulak dia sidai baju. Tapi dia sanggup lintas jalan@lorong dan melencong ke pagar aku!!! Salam tak di bagi, tegur pun tak pernah, buat kenduri pun tak jemput, senang-senang dia ceroboh pagar aku.

Ikut hati aku nak jer aku BAKOR baju-baju tu. Aku kutip semua baju sambil bebel (memang boleh dengar suara aku bebel sebab aku cakap kuat2) pastu aku lungguk atas pagar jiran sebelah kiri aku (yang dapurnya bertentang dengan dapur mangkuk hayun tu!)

Mula-mula tu aku tak tau jiran mana yang punye kerja. Aku buka tingkap dapur sambil mengintai kalau-kalau jiran yang bertentang dapur aku punya kerja. Rupanya bukan sebab sebelum maghrib aku pi tengok baju-baju tu dah tak da!. Memang sah jiran aku yang rumah kaler kuning t**k tu punya kerja.

Aku memang bengang sebab sepanjang aku duduk disana, walaupun rumah jiran sebelah kanan tu tak pernah ada orang duduk, aku tak pernah sidai hatta sapu tangan dalam sehelai pun!!

So..apa yang layak aku panggil jiran macam tu? Kurang ajar?? Bus***d??..apa??? tolong bagitau aku. Sampai harini dia tak datang jumpa aku untuk minta maaf atau apa-apa pun! Rasa macam nak...


Memang aku sakit hati. Sekali lagi dia buat, memang aku nak humban dalam longkang!! Selagi dia tak minta maaf kat aku, memang aku tak maaf kan dia. Selama aku duduk di sana ( masa tu tak ada 1 manusia pun yang duduk di taman tu, aku lah orang pertama!!) tak pernah aku ganggu emosi jiran-jiran aku. Kalau aku basuh kereta dan air melimpah ke laman jiran, aku usahakan agar air tu tak pergi lagi jauh dan aku tetap minta maaf walaupun jiran aku tak kisah pun.

Aku memang bengang!! Geram!! Nak je aku..eeeeee tak boleh nak cakap. Sampai hari ni aku MARAH!!!

2 ulasan:

  1. hah..mmg ada org2 mcm gini yg muka tembok..samala dgn jiran aku yg meletak keretanya di umh yg kosong,tp xpala jugak umh tu mmg kosong...Ish..mmg x educated tol la..xdak budi bahasa n x mintk izin jiran yg sidai baju tu kt pagar umh hg.Malu ja...hrp2 pasni dia dh mkn saman la kot...jgn ada lgi jadk..kita tggu n lihat...Kenala jaga hati jrian tetngga,sesedap rasa dia ja,nk kena la tue...Sbq ana...ktia tgk apa jadi nnti... ;p

    BalasPadam
  2. masalahnya dgn aku tak pernah bertegur sapa.Apa crita? usaha mai lencong ke pagar aku.nak kata tak tau aku ada kt umah tak patut sgt,tingkap dapur terbuka.bengang btoi aku. hg pun tau aku ni macamna.tak penah nak ganggu org.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...