Rabu, 6 Julai 2011

Batu Seremban

Assalamualaikum...

Lama aku menyepi tanpa sebarang entry. Sebabnya sibuk..sibuk dengan manik, sibuk dengan audit, sibuk dengan payroll, sibuk dengan failing..macam-macam sibuk..

Celah-celah sibuk tu pun, dengan tak semena-mena aku pulak jadi bidan terjun untuk Sukan Tradisional Wisma Anak Bukit  esok. Main batu seremban weh!! Mana aku reti, batu 7 atau orang Kedah panggil batu sambut tu aku tau lah. Esok pertandingan, semalam baru tengok macam mana rupa batu seremban, hari ni baru tengok senarai peraturan dan cara bermain, esok lawan..*kejam gila!

Terpaksa juga bermain sebab aku sayang nak pecahkan lemak tepu untuk bermain netball atau futsal. So tengahari ni baru stat training. Lambung aje la. Tapi aku asyik lupa 10 step..

Dulu-dulu masa budak-budak hari-hari main batu 7 tu. Sekarang nak main lambung-lambung ni masalah sikit la sebab aku dah jadi budak kacamata. Gangguan pada penglihatan..Kadang-kadang lambung kelain, tangan tadah kelain..hinggap atas muka jawabnya. Kadang-kadang dia singgah atas kepala aku.
*serius derhaka punya batu


Sebelum aku main, aku ingatkan, batu seremban ni memang betul-betul batulah..rupa-rupanya uncang kacang hijau bersaiz 3cm X 3 cm (ikut peraturan MAKSAK). Masalah bagi aku yang bertangan comel dan montel ni. Timbang je, semua jatuh tergolek. Uncang tu tak mo dok atas tangan aku..*sedey


Ni lah rupanya batu seremban. Ketua Pasukan beli 3 set uncang yang baru. Salah 1 dari set tu, kain uncang agak keras, tak lembut. Aku bagi cadangan kat kawan aku, suruh dia bawak balik dan basuh atau rendam sikit.. dia cakap, " Mana boleh, satgi kacang tu bertukar jadi togeh!"  ya tak ya jugak
*gelak terguling-guling..

Ok lah aku nak pi training ni. Esok dah ada game dah..doakan aku boleh main ye, tak menang pun tak pe..heheh Arios!!!

5 ulasan:

  1. dah lama xmain seremban...

    sebab kalau main xpenah masuk 2nd round..!hihi

    BalasPadam
  2. qaseh..saya lagi la x penah main. tiba2 je terus lawan.ntah la apa nak jadi esok..hehehe

    BalasPadam
  3. dulu masa kecik2 main batu seremban guna biji getah je

    BalasPadam
  4. guna biji getah je main seremban

    BalasPadam
  5. mama..yg ni kena guna uncang kacang hijau tu sebab ikut skema MAKSAK ( Majlis Kebajikan Sukan Angota Kerajaan )

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...