Selasa, 14 Mei 2019

TAIWAN - PART 5 - XINCHENG TO TAROKO

DAY 3 - 23 MAC 2019
Xincheng - Taroko Gorge


Assalamualaikum

Pagi kami bermula jam 7 pagi. Kalau ikutkan itenari yang aku susun, pukul 7 dah sepatutnya tunggu bas ke Taroko. Tapi terlewat disebabkan lambat check-out ..5minit jer terlepas bas.

Starry Inn Hotel 
(Xincheng Station membelakangkan kamera)

Dari Hotel berjalan kaki ke Xincheng Station, terus ke kaunter untuk letak beg. So tak perlu risau dengan beg, tak payah buang masa tinggal kat hotel lepas tu  nak kena patah balik pulak...hanya bayar sikit dan boleh  tinggal dengan senang hati.

Xincheng Station




Bas shuttle bukan berhenti di depan pintu station, tapi di sebelah kiri seberang jalan aje. Mujur bas on time dan kami naik bas pukul 8.00pagi. Suhu dalam 18c.

Kat sini timbul masalah bila si driver tak reti langsung English. Aku tanya dia nak beli 1day pass guna easycard boleh tak..aku tunjuk easy card lepas tu dia suruh touch.. bas jalan..eh..eh.. bongok betul. So bila dah gerak, aku pun malas nak cakap banyak. Bukan semua tempat aku nak turun..belasah sajalah aku touch kad bila nak turun..tak adalah mahal mana pun. Bila naik bas ke2 pulak barulah jumpa driver yang ramah..boleh speaking sikit. Dia kata 1day pass kena beli cash aje..hawaw betul. Aku dan Iera panggil dia Si Sireh sebab dia makan sireh wehh..

Ok kat sini aku nak bagitau.. kelebihan beli 1day pass, bas apa yang kau beli..hanya valid naik bas tu aje. Kalau pakai easycard, lantak kaulah nak naik bas mana pun..sebab bas yang berlainan company atau lain nombor ni..mempunyai beberapa hentian yang tak sama. Contoh bas A berhenti kat Buluwan..bas B pulak tak berhenti. So fikirlah mana korang nak pergi. Aku belasah je. Kira-kira balik beli 1 day pass jimatlah RM10 camtu..tak banyak pun.

Ok berbalik pada  bas yang aku nak naik..di Xincheng Station aku naik bas No.302. Inilah yang terbaik. Sebab bas ni memang bermula dari Xincheng. Ada lagi bas lain tapi datangnya dari Hualien  bernombor 1133 dan 1133A, bas ni memang penuh orang.. kalau kau rasa nak alami pengalaman macam naik bas bapak kau sendiri boleh buat perangai sesuka hati..orang tak ramai naiklah bas No.302 ni. Kalau korang nak beli 1day pass, bagilah duit cash NTD150 dan untuk mudahkan driver tak paham bahasa ni, aku cadangkan korang google translate bahasa Mandarin , print dan tunjuk kat driver.
Dari Xincheng Station, bus stop sebelah kiri.. tunggu kat situ.

Bus stop. Bas dari Hualien pun akan lalu sini. Tapi bas 302 yang aku naik, mula gerak dari Xincheng.

Itenari aku dah susun waktu bas sampai..memang sangat berguna untuk aku bajet masa untuk berada di 1-1 tempat. Tempat pertama kami sampai adalah Taroko National Park. Kejab je dah sampai, jam belum pukul 9..seingat aku dalam pukul 8.30pagi. Taroko Visitor Center pun tak buka lagi. Kami lepak-lepak ambil gambar.

Taroko National Park




 Ralit bersembang punya pasal, bas 302 untuk ke destinasi seterusnya jam 8.59pagi pun kami terlepas..aku ni dah lama tak lari...pulun ligan bas...bas pun blah . Adui. Nak tunggu next bas lambat lagi, pukul 9.49 baru sampai. Aku dan Iera ambik keputusan untuk berjalan kaki hingga ke Shakadang Trail.

Dalam terowong

Dipertangahan terowong, sebelah kiri ..inilah Shakadang Trail. Kalau baik bas, memang takkan jumpa laluan ke trail ni.


Aku berjalan ke hujung laluan tadi, ada trail melalui tebing bukit,,tak berani lalu AKA tak larat nak menapak sebenarnya..so kami patah balik ke terowong dan teruskan perjalanan ke hujung terowong.


Pengalaman weh..berjalan kaki dalam terowong yang panjang..gelap tapi adalah lampu malap-malap. Tak sangka terowong tu dan jarak perjalanan kaki kami ni 1.3km. Kaki dah mula minta dimaki..







Selesai di Shakadang Trail, kami tunggu bas untuk ke Xipan. Jangan risau, bus-stop tepi jalan tu ada signboard. Kau tunggu aje dan tahan..dia berhentilah. Kadang-kadang tak tahan pun dia berhenti sebab ada orang nak turun.

Bus schedule..sangat-sangat membantu untuk arrange time.

Pukul 9.57 bas pun sampai. Bas ni boleh dikatakan ontime. Kalau lewat pun dalam 10minit tak pernah lah terawal dari jadual yang aku attached kat atas tu.

Xipan ni tak ada apa sangat. Hanya ada empangan yang tengah under construction. Bolehla capap 7-8keping gambar pemandangan sungai simen. 




Next stop..Swallow Grotto. Bas lewat 10minit..sepatutnya 10.02pagi..sekali bas sampai 10.20 macam tu. jarak ke Swallow Grotto dari Xipan jauh jugak.










Ok..ada kisah di Swallow Grotto.. Kami tak ikut pelancong lain lalu bawah gunung batu tu..diorang semua dapat helmet.. aku ni harap tempurung kepala aje.so lepas puas ambik gambar , kami tunggu bas seterusnya. Masa ni lah kami nampak 3 mat salleh nak 2biji skuter. Ntah macam mana Iera boleh buat bahan bersembang pasal 3 mat salleh tu..diorang tak turun motor pun..stop kejab aje lepastu diorang blah. Cerita ni tak habis kat sini nanti aku sambung...



1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...