Selasa, 25 Jun 2019

AYAM MASAK KICAP 2 in 1

Assalamualaikum

Lama tak kongsi resepi. Teringin nak makan masak kicap ..tapi dalam masa yang sama nak makan ayam masak sambal. Sudahnya aku gabung resepi. Maka jadilah Ayam Masak Kicap Pedas Berempah.



Ok ini resepinya;

Bahan-bahan;
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
Segenggam cili kering
**kisar

8 ketul ayam(ikut sukalah kalau nak lebih)
1 btg kulit kayu manis, 
3kuntum bunga lawang
5-6biji buah pelaga
1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih(tumbuk kasar)
1 btg serai dititik
Sos tiram
Kicap lemak manis
1-2sudu gula
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
Daun bawang

Cara-cara;

1. Gaul ayam dengan garam kunyit,goreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak,masukkan serai dititik,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,jintan manis dan jintan putih. Kacau sebentar masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Yang ini masuk agak-agak je.Kacau rata dan masukkan ayam dan gula.
4. Matikan api dan masukkan bawang besar,cili merah dan daun bawang. 

Aku tak letak garam sebab ayam goreng pun dah ada garam,dan kicap tu sendiri pun dah cukup rasa masinnya.

Ok..selamat mencuba.


1 ulasan:

  1. salam sis, saya pun masak kicap style macam ni, memang lagi sedap rasanya kann..hehe, thanks share resepi.First time singgah sini n done follow you:)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...