Isnin, 3 Jun 2019

TRAGEDI KUIH RAYA

Assalamualaikum

Dah tak berapa hari lagi nak raya. Tentunya kita dah buat pelbagai persiapan. Kisah yang aku nak kongsikan ni amat menyedihkan. Mana taknya, kita sedia maklum harga kuih raya boleh tahan mahal. Bila yang ditempah tak sama macam gambar yang diiklankan..rupa kuih semuanya sama, warna aje lain-lain. Menipu lah namanya kalau macam tu.

Perkongsian dari mangsa tragedi kuih raya..

ALLAHU AKBAR

Rasa kecewa sangat-sangat bila kakak kami bagi tahu terima kuih raya tak seperti contoh yang diberikan!

Bergegaslah kami ke rumah kaklong kami untuk melihat sendiri kuih yang diterima.

Indah khabar dari rupa! 

Beginikah cara cik puan berniaga? 
Cik puan Sharifah Razak @Pokodot Kek Ig@koko_bakery_kek

Puas kami call dan whatsapp tidak di jawab dan balas. 

Kami dengan penuh kepercayaan menempah kuih dengan cik puan tetapi sampai hati cik buat kami.

Di bulan yang mulia ni cik puan tak jujur dalam berniaga.

Cik puan buat kami begini..tapi ingatlah ALLAH Maha Mengetahui 

Saya sedih dan kecewa dengan cara cik puan berniaga.

Apa perasan anda jika menerima kuih tak seperti yang di janjikan? 

#26Ramadhan







Kesian tengok..rupa semuanya bulat-bulat..warna aje lain-lain..

Berkat ke tidak dengan berniaga cara yang macamni? Bagi harapan palsu dan kaut untung.. apalah nak jadi..bulan puasa pun menipu!

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...