Ahad, 23 Jun 2019

MEKANIK SCAMMER : ACE 6080

Assalamualaikum

Macam-macam cara penjenayah sekarang nak cari makan. Sanggup menipu hanya untuk RM10. Bodoh kan?

Berkongsi dari fb: 
Mekanik Scammer





BATU CAVES - Pura-pura membantu dengan menyamar sebagai seorang mekanik untuk membaiki sebuah kereta, seorang lelaki didakwa menjadi mangsa penipuan.

Abdul Hakim Shahbuddin tampil berkongsi pengalamannya itu di Facebook miliknya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dalam perjalanan pulang bersama keluarga abang iparnya dari Taman Eko Rimba, Sungai Tua, Ulu Yam pada Ahad.

"Selepas selesai mandi manda pada lewat tengah hari, kami bergerak pulang melalui arah jalan berlainan.

"Baru beberapa kilometer jalan balik tiba-tiba 'temperature' kereta naik mendadak. Aku berhenti tengok radiator air kering kontang. Isi-isi air tak juga penuh. Ada bocor di bawah.

"Tak sampai 5 minit tiba-tiba datang seorang lelaki menunggang motosikal, bertanyakan keadaan kereta ini," katanya bersyukur ada individu sudi membantunya ketika dalam kesusahan.

Tidak terlintas di benak fikirannya, bahawa individu tersebut adalah scammer malah lelaki itu juga tanpa dipinta terus melakukan pemeriksaan keretanya dengan mendapati radiator telah bocor.

"Abang radiator bocor, skrunya hilang ini. Abang tunggu sekejap saya pergi bengkel ambil skru. 10 minit lagi saya sampai," katanya.

Jelas Abdul Hakim, ketika sedang menunggu lelaki itu ke bengkel, dia menerima panggilan telefon dari abang iparnya dengan memberitahu keretanya turut rosak.

"Abang ipar telefon beritahu, kereta dia juga rosak, 'temperature' naik. Skru hilang," katanya.

Sebaik menerima panggilan dari abang iparnya, Abdul Hakim mula meragui tindak-tanduk lelaki itu.

"Aku sudah mula sangsi. Sambil dia pasang skru, aku macam ada 'bau' scammer.

"Lepas siap pasang aku tanya berapa harga. Ikut abanglah nak bagi berapa. Aku cakap RM10 boleh? Tak bolehlah bang. RM30 bang," katanya.

Insiden yang dialami oleh abang iparnya juga dikongsi oleh Abdul Hakim.

"Aku hubungi abang iparku semula. Aku tanya ada tak orang datang naik motor Honda merah lagak seperti seorang pomen (mekanik). Ada katanya...

"Dia sedang pergi bengkel ambil skru. Fuh! Modus operandi yang sama. Hebat pomen (mekanik) scam ini," tulisnya.

Abdul Hakim juga memaklumkan, lelaki itu telah mengenakan bayaran mahal terhadap abang iparnya iaitu sebanyak RM65.

"Abang ipar cakap mula sebelum pasang dia nak caj RM65. Buat tak layan, dia patah balik minta punya minta dia bagi RM20 tapi kena pasang skru sendiri.
"Sekali dia bagi skru sebiji macam skru yang sama. Ada calar-calar sikit," ujarnya.

Dari Fb : Abdul Hakim Shahbuddin

#MekanikScamer
#ACE6080

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...