Selasa, 23 Julai 2013

FENOMENA SUPERMOON

Assalamualaikum..

Sedikit info yang kontot. Hari ke 14 kita berpuasa..ini bermakna malam in adalah malam ke 15..yakni sudah sampai ke pertengahan Ramadhan..

Lalu malam ini Allah beri peluang kepada kita untuk menyaksikan kekuasaan Allah.. fenomena yang jarang dapat  dilihat iaitu Supermoon atau dalam bahasa mudahnya  Fenomena Bulan Paling Hampir Dengan Bumi!



Malam ini bulan penuh adalah yang paling hampir dengan bumi iaitu berjarak 356,989km. Bulan akan kelihatan lebih besar 14%  dan cerah lebih 30% dari biasa.


Fenomena ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna, sebab itulah jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah

Kesan fenomena ini ialah, akan berlaku perbezaan pasang dan surut air laut yang akan menjadi agak tinggi berbanding biasa.

Untuk tahun ini, jarak bulan paling jauh dengan bumi berlaku pada 7 Julai iaitu 406,491. 

Oleh itu..jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan Allah malam ni...

Bak kata Pak Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk..
" Aiseymen..cantiknyeee bulannn"


6 ulasan:

  1. wah, menarik ni, nak tengok bulan la malam ni... thanks for sharing akak...

    BalasPadam
  2. wauuu menarik utk dilihat bersama.. trima kasih yer

    BalasPadam
  3. akanku tunggu bulan mlm nie..hehehe

    BalasPadam
  4. wah...malam nie sebelum ke library...nk menembak dulu larr...dah lamer jugak xsnap picta bulan...

    BalasPadam
  5. akan ku tunggu juga..lama tak jenguk sini..salam ramadhan yg ke 14

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...