Sabtu, 16 Mac 2019

SCAMMER INSURANS

Assalamualaikum

2-3hari ni  adalah hari dimana database kita telah didedahkan kepada  pihak luar yang cuba mengambil kesempatan ke atas orang ramai terutama pelangga n bank. Dengan bank pun dah tak boleh percaya,habis data peribadi kita disebar kepada penyangak telemarketing yang nak sebolehnya nak sauk duit orang awam.

Perkara ni bukan sahaja terkena pada aku,malah pada adik buah aku di office. Kononnya nak tawarkan insuran sebab payment cantik di bank. Aku sendiri pun dapat panggilan. Tapi disebabkan aku, dah download apps Truecaller..maka dengan senang hatinya aku dah reject call dan, report spam terus.

Ini adalah antara panggilan spam yan aku terima pada

5 Mac 2019

7 Mac 2019

Berikut adalah senarai nombor-nombor penyangak berkenaan:

03-2787 4280
03-2036 6888
03-2075 0082
03-2787 4289
Kepada korang yang tak nak download True Caller, boleh save nombor-nombor ni dan block kan aje.


So,kat sini aku kongsikan cara-cara buat laporan kalau ada antara korang yang nak buat report dibawah akta perlindungan peribadi 2010 (APDP) akta 709

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:- 

 Anda hanya perlu menulis surat kepada atau e-mailkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, anda perlu menyatakan perkara-perkara berikut:- 

i) Nama organisasi atau orang yang anda mengadu; 

ii) Menerangkan sebab kebimbangan anda; 

iii) Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;

iv) Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan. 

Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:- 


Alamat Surat Menyurat: 


Ketua Pengarah 
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia 

Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia 
Lot 4G9, Persiaran Perdana 
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62100 Putrajaya 
Tel: 03 8911 5000/7927/7906/7965 
Fax: 03 8911 7959 

Aduan Awam: 
aduan@pdp.gov.my 

Sistem iSPAAA KPKK 
http://kkmm.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do

Apapun..nasihat aku berhati-hati. Kalau dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, abaikan saja. Ok.

2 ulasan:

  1. perkongsian yg baik.. terima kasih atas info...

    BalasPadam
  2. Baru ari ini saya dapat panggilan dari 03 20750082. Scam..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...