Sabtu, 9 Mac 2019

ISU PPR : SYARAT MOHON PPR

Assalamualaikum.

Tengah panas isu PPR sekarang ni. Aku tak akan komen selagi belum ada fakta. Projek Perumahan Rakyat adalah untuk mereka yang layak sahaja.Disini aku nak kongsikan, syarat-syarat bagi memohon rumah PPR yang ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara.

SYARAT AM MEMOHON RUMAH PPR
1. WARGANEGARA Malaysia
2. Berumur 18 TAHUN ke atas
3. Pendapatan ISI RUMAH di BAWAH RM3000
4. Pemohon BELUM memiliki rumah

Ok. Ini adalah syarat Am. Ia tertakluk juga pada syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Syarat-syarat diperingkat negeri bukanlah diputuskan oleh seorang,tapi mengikut apa yang diputuskan dalam sidang DUN masing-masing dan atas persetujuan majoriti.

Isu panas harini adalah di P.Pinang. Sekarang kita lihat apakah syarat yang telah ditetapkan sebelum tawaran sewaan diberi kepada penyewa



  1. Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
  2. Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
  3. Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
  5. Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
  6. Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
  7. Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
  8. Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan


Sekarang, dah fahamkan syarat-syaratnya? Isu PPR yang panas sekarang adalah kerana sifat pentingkan diri pihak berkenaan. Esok akan aku kongsikan beberapa fakta yang perlu diketahui umum agar kita kita tidak menuding jari kepada sesiapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...