Ahad, 10 Mac 2019

ISU PPR : BERI BETIS NAK PAHA

Assalamualaikum

Tanpa fakta,aku takkan menulis di blog ini. Penulisan ini juga bahagian-bahagian penting yang diambil terus supaya fakta dan infonya sampai kepada semua.


Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019)

Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:

(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.

(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.

(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.

(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orrng lain

(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.

Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)

Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh  kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.

Inilah sebahagian bangsaku, diberi betis mahukan peha dan menyusahkan Melayu lain.

*****
Dan aku nak bertanya, jika korang adalah pemohon yang menanti bertahun-tahun, tapi permohonan tidak diluluskan hanya kerana rumah ini dihuni oleh yang tidak berhak..apa perasaan korang? 


Dan yang menghuni pula, sanggup menunjuk perasaan berguling-guling hanya kerana nak hidup senang..adilkah untuk semua??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...