Jumaat, 15 Mac 2019

NASI HUJAN RIBUT KELAM KABUT

Assalamualaikum

Plannya nak buat Nasi Hujan Panas.. dah ready nak masak, baru perasan bahan tak berapa cukup. So aku pun rekalah resepi sesuka hati..guna apa yang ada.Mujur sedap juga..huhu..

Bahan-Bahan:
4 cawan beras (aku guna beras biasa je)
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1cm halia*
*mayang-mayang aje
3 sekawan (kulit kayu manis,bunga awang,bunga cengkih)
3 camca Marjerin
1sudu makan serbuk kaskas
Pewarna makanan(aku ada hijau dan kuning aje)
1kiub ayam

Cara-cara;
1. Panaskan marjerin, tumiskan bawang,halia dan 3 sekawan sampai naik bau, masukkan serbuk kaskas dan sedikit air. Agak pecah minyak matikan api.
2. Masukan beras dalam periuk nasi, tuang bahan tumisan, air dan susu cair dan kiub ayam dan kacau rata.Masak macam biasa.
3. Bila dah petik masak je nasi,titiskan pewarna. Tutup dan keep warm aje. SIAP. Sebelum senduk ke pinggan, gembur-gembur nasi tu bagi warna bercampur

Inilah Nasi Hujan Ribut aku..sebabnya aku guna 2 warna aje. Pewarna merah takde rupanya dalam peti sejuk aku. Ada warna biru..tapi rasa macam pelik pulak ..so belasah ajelah 2 warna pun..santap dengan Ayam Masak Merah.

Ok..jom makan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...