Isnin, 12 Mac 2012

SEBGHATULLAH PEMIDATO TERBAIK ANTARABANGSA

Assalamualaikum..

Aku memang minat dengan acara tahunan ini..ia melibatkan lebih 70buah negara seluruh dunia yang masing-masing menghantar wakil yang amat fasih berbahasa Melayu dan yang lebih penting, mereka menggunakan bahasa Melayu yang betul dan istilah yang jarang kita pakai seharian. Kita lebih banyak bercakap bahasa rojak sekarang ni. Pertandingan ni ditayangkan di TV1 pada hari Khamis lepas - 8 Mac selepas Berita.

Dan mereka ini di satukan di bumi Malaysia, dan mengenali satu sama lain dengan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Pendek kata , mereka di satukan dengan bahasa kita.

Apakata luangkan  masa selama 8 minit dan tengok klip video ini. Aku yakin korang tak menyesal.




Peserta ini dari Afghanistan, sebuah negara yang bergolak. Aku memang tabik dengan dia. Bila dah menang, terus bersujud syukur. Namanya  Sebghatullah Qazizada. Memang kelakar dia ni..Tapi bila dia buat sujud syukur sejurus selepas kemenangan , jatuh pula airmata aku..sensitif betulla...

Inilah senarai peserta akhir..Tahniah kepada mereka

SEBGHATULLAH QAZIZADA ( AFGHANISTAN ) - Johan
POLINA MATVEYCHEVA ( RUSIA ) - Naib Johan
ELENA VOROBYEVA ( LATVIA ) - Tempat Ke 3
YOTA TAMURA ( JEPUN )
MARINA MAKAROVA ( MOLDOVA )

Aku kagum dengan semua peserta. Masing-masing ada kelebihan dan yang lebih menyentuh hati, mereka yang bukan Melayu, berusaha belajar bahasa kita. Dan bertutur bahasa kita. Sedangkan orang kita sendiri, bila di temubual di TV, yang wartawan berbahasa Melayu, yang menjawab tu , berabuk cakap BI. Ntah apa-apa aku tengok. Bukan aku menolak bahasa asing, tapi berpada-pada. Sedangkan perserta ini, tidak habis-habis memuji keindahan bahasa dan budaya kita. Itulah sebabnya mereka sanggup belajar bahasa kita. Dan sekarang, kalau kita tak hormat bahasa kita, siapa lagi?

10 ulasan:

  1. suka tgk rancangan ni...best!!

    BalasPadam
  2. Mereka bersungguh2 menggunakan bahasa melayu Dan sangat sweet. :)

    BalasPadam
  3. mereka bersungguh2 belajar dan dalami serta menggunakan bahasa melayu..dan orang kita???
    senyum...=)

    BalasPadam
  4. Kalau saya tgk dia buat sujud syukur ni mesti dengan saya-saya skali nangis. Tak sempat nak tgk khamis tu. Bila dah tgk status kawan2 masa tu dah habis dah. Ishh.. rugi tul.

    BalasPadam
  5. sy mmg suka tgok pidato.tmbh2 bila org luar bercakap dlm bahasa kita.rasa bangga sgt..taun lepas tgok,yg nie terlupa pulak nak set date dia..tp takpe kt youtube ada kan..

    BalasPadam
  6. Seronok dengar pidato mereka...best! Bangga sebab turut mkemartabatkan bahasa kita...

    BalasPadam
  7. Seronok tonton...bangga sebab mereka turut memartabatkan bahasa kita!

    BalasPadam
  8. dia ni memang best..
    tapi tak tengok sampai habis.. terlena.. hehe..

    BalasPadam
  9. betul tu kadang2 naik menyampah jugak bila yg interview tu cakap melayu tapi yg menjawab org melayu tapi cakap omputih...hmmmm

    BalasPadam
  10. Salam

    Saya selalu jumpa Penbiru kat blog hajah Noralenna.Salam kenal.
    Saya pun tiap th selalu tgk, lebih2 lagi anak gila debat.
    Seronok dan rasa damai dgr mereka bertutur. Saya tape supaya boleh dgr selalu suara2 mereka.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...