Isnin, 17 Disember 2012

SYILA AMZAH VS SITI NURHALIZA

Assalamualaikum..

Dah lama aku nak buat entri ni. Tapi sibuk memanjang. Entah bila masa yang aku tak sibuk. 

Inilah kisahnya. Masa aku remaja remaji dulu sekitar tahun 1999 camtu. waktu kegemilangan Siti Nurhaliza (yang pada itu belum lagi bergelar Datuk), ada seorang ulama terkenal juga (namanya aku lupa) pernah buat kenyataan berbentuk ramalan (bukan tilikan)..katanya Siti Nurhaliza akan ada pengganti yang sama hebat. Namanya juga bermula dengan huruf S. Kisah ramalan ini agak heboh ketika itu (mungkin ada yang sudah lupa dan mungkin juga yang masih ingat)  Kemudian dari itu  muncullah penyanyi baru wanita yang namanya bermula huruf S. Maka aku tertunggu-tunggu nak tengok siapakah S yang dimaksudkan. 

Muncullah ..
Siti Nordiana...bukan..
Syura...bukan
Siti Sarah... bukan..
Syazliana..bukan (mana pi ntah dia ni)
Suki..pun bukan..

Abih tu saper????

Nah..tetiba budak kecik (yang namanya ketika itu Shila Techno) telah pun muncul dengan nama baru dan meningkat dewasa, Shila Amzah.

Dulu mungkin ada yang tak kenal dia..aku kenal la sebab mak aku peminat bapak dia ND Lala.. Tapi serius masa dia kecik aku tak berapa suka suara dia. Badan budak kecik tapi suara rentak suara dan nyanyian macam orang dewasa.

Bila dah bertudung ni, makin mencurah rezekinya dan suara pun bertambah sedap. Minggu lepas baru aku berkesempatan tengok video ni..tu pun pada jam 2pagi..

meremang bulu roma..huh!!..
p/s : klik pada gambar dan kemudian sila klik perkataan "Watch On YouTube"..untuk menonton klip ini

Apapun..kebangkitan Shila Amzah amat ketara selepas bertudung. Moga-moga tudungnya kekal begitu dan tidak makin tergelongsor kebelakang sehingga jambul terkeluar di depan.

Terasa bangga dengan imej macam ini, menyanyi dengan lunak tanpa perlu terlompat-lompat di atas pentas. Mungkihkah dia akan menandingi Siti Nurhaliza atau melebihi dari itu..Tunggu dan lihat.

*Tahniah juga atas kemenangan di Anugerah Planet Muzik 2012..



3 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...