Sabtu, 22 Disember 2012

XOXO LOL

Assalamualaikum..

Terus terang aku mengaku selama ni aku tak tahu apa maksud XOXO dan LOL tu.. Sejak aku tertawan hati dengan filem Istanbul Aku Datang, aku pun tanya En.Wiki....apa maknanya. OOO...baru aku tau..



XOXO tu gabungan 2 huruf X dan O (ye la kan..mana ada huruf lain ye tak?..ceh! ) X mewakili cium dan O mewakili peluk. Kira-kiranya lebih kurang "peluk cium" la.. Contoh macam kita di zaman dulu..di akhir surat selalu orang tulis " sampaikan salam peluk saya pada sipolan..."..so kalau zaman sekarang ia bertukar menjadi " sampaikan salam XOXO saya sipolan..."..huh...buruk la pulak bunyinya.. Apapun itulah yang selalu disebut budak muda mudi sekarang...

Sejarahnya, bermula di Zaman Pertengahan (1765) dan penganut Kristian Awal apabila sebuah salib Kristian telah ditarik ke atas surat sebagai tanda keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran dan 1 ciuman diletakkan atau dicium pada salib sebagai tanda sumpah mereka. Oleh kerana pada zaman itu rakyat biasa buta huruf, maka huruf "X" digunakan untuk sebagai ganti ciuman pada surat. Selepas itu huruhf "X" juga digunakan sebagai simbol suci sepanjang  sejarah Kristian kerana mewakili perkataan Kristus atau Kristian (Kristian dalam bahasa Yunani ditulis sebagai ΧΡΙΣΤΟΣ )

Huruf "O" pula, dikatakan dibawa oleh pendatang Yahudi ke Amerika Utara dan huruf  "O" digunakan pada surat sebagai tanda pelukan (kerana bentuknya ia diumpamakan "mengelilingi"). Huruf  "O" ditulis di tempat huruf "X".





LOL pula adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris untuk  "Laugh Out Loud" yang bermaksud "ketawa terbahak-bahak". Perkataan LOL mula dimasukkan kedalam Kamus Oxford pada Mac 2011.

Itu rupanya kisahnya..barulah aku tahu..kesian kan..aku ketinggalan zaman..

5 ulasan:

  1. samala..sy pn xtau ap mksud LOL tu..bru tau..kekeke

    BalasPadam
  2. xoxo tj baru tahu..lol tu dah tahu tp xd la lama dah..hehe..xpe..byk rasanya org xthu tu..main tulis jek..cayalah. haha

    BalasPadam
  3. LOL tu rase bunda blh pkai kot..tp XOXO tu mcm tak suai n tak kene jer klu mngikut sejarahnyer...atau bunda yg tak reti n ketinggalan ?...XOXO

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...