Khamis, 6 Disember 2012

KEMBARA HO CHI MINH - PART 8

Assalamualaikum..

Sambungan part 7..

Dari Muzium kami ambil teksi terus ke Ben Thay Market..juga dikenali sebagai pasar China Town. Aku memborong apa yang patut. Teksi dibayar sekitar 200,000VD. Mahal juga..memanglah mahal kalau berdua saja yang naik. Satu perkara yang aku boleh puji, pemandu teksi sempat berpesan agar menjaga purse dan barang kemas yang dipakai sebab banyak penyeluk saku di sana..

Makanya aku tak sempat mengambil hatta sekeping gambar pun kerana sibuk memborong kain. Kain di sini pada aku ok aje. Bolehla.. Tips untuk membeli akan aku buatkan entri khas nanti..

Kembali ke hotel juga dengan menaiki teksi..Kisah lucu bila Iera nampak meter hampir mencecah 1,000,000VD..berbakul-bakul kami carutkan pemandu teksi tu. Ingat dah kena tipu..gila mahal..Suspen pun ada..

Teksi hantar kami sampai ke Pasar Ben Thanh..elok aje sampai dia cakap tambang 200,000VD aje..hahahahah..berbakul-bakul kami dua gelak sebab dah tersalah maki orang..harap-harap drebar tu tak paham apa yang kami carutkan tadi! 

Balik dari shopping..barulah boleh packing semua barang. Pinjam kilo kat hotel..

packing time...


Untuk kali terakhir..malam terakhir..kami keluar menikmati makan malam di restoran P.Cik Halim..dan juga sebagai kenangan aku beli kopi yang P.Cik Halim jual untuk di bawa balik ke tanahair..

Kepada sesiapa yang nak beli kopi..inilah kopi yang terbaik pernah aku rasa.Memang sedap!

Day 5

Sampai juga ke hari terakhir sebelum meninggalkan Bandaraya Ho Chi Minh yang penuh suka duka dan gelak ketawa aku dan Iera.. 

Dari bawa 1 beg menjadi 3 beg..overlimit baggage. Bayar ajelah..

Pukul 8.00pagi (Vietnam) aku dan Iera keluar bilik. Terus menuju ke Ben Thanh Market buat kali terakhir..sempat lagi sambar 1 beg kulit dengan separuh harga. Maklumlah..kedai baru buka. Peniaga tetap kena bagi harga  hingga jadi. Kalau tidak memang boleh suwey 1 hari (pantang orang cina..)

Terus ke kedai P.Cik Halim sebab nak ambik roti yang dah dipesan. P.Cik Halim baru bangun tidur..terus pergi beli . Roti itu adalah buatan adik dia sendiri. So aku dan Iera yakin nak makan tanpa was-was..

roti terakhir ..mungkin lepas ni tak dapat lagi merasa roti ni..


Kembali ke hotal dan Check-out. Teksi airport yang telah di booking pada hari pertama kami tiba ke HCM ni telah pun sedia menunggu..

Sampai di Airport.




beg membiak dengan pesat..

Inilah nasi yang sama aku makan masa hari bertolak ke HCM

Membuang masa dengan memikirkan macammana aku nak balik disebabkan baggage untuk balik ke Kedah aku tak dapat beli online oleh kerana masalah internet. Pengajaran yang memang padan muka aku. Asalnya memang aku tak nak beli banyak..tiba-tiba dah jadi macam ni..


2.30petang(Vietnam)..hujan turun mencurah. Risau aku takut flight delay. Mujur berhenti sebelum penerbangan balik. 

Selamat tinggal HCM..



Tiba di LCCT jam 4.30petang (Malaysia)

Bagai di jangka, over baggage tak lepas. Dan kalau nak beli online mesti 4 jam sebelum penerbangan.. aku ingatkan sempat..rupanya tidak...Sepatutnya balik dengan flight..dah jadi macam ni..nampaknya pengembaraan aku tidak berakhir di sini..

Kata putus di ambil..aku naik teksi dengan Iera dan dia balik kerumah di Pandan Indah..dan teksi tu terus hantar aku ke Hentian Duta..

Terpaksa naik bas pulak. Bertolak jam 8.30malam dan tiba di Alor Setar pukul 2.30pg..ambik teksi terus sampai rumah...

Letih dan terus..zzzzzzzzzzzzzz

Itulah pengalaman pengembaraan yang memang tak boleh lupa. Best ..geram.. marah..gelak.. macam-macam ada..

Pengajaran terbesar bila tiap kali aku melawat negara orang..betapa bertuahnya aku dilahirkan di bumi Malaysia, walaupun masih ada yang tidak bersyukur dengan membandingkan kekurangan negara kita dengan dengankelebihan negara orang..tapi sebenarnya kelebihan negara kita adalah lebih dari negara orang. Dengan keadaan politik dan sosial sekarang, aku bimbang..mungkinkah negara kita bertahan..aku tak mahu bumi tercinta ini bakal bermandikan darah dan airmata..berhujankan peluru dan bom angkara manusia-manusia yang gila kuasa yang sanggup menggadaikan kedaulatan tanahair pada pihak luar..fikir-fikirkan..

Esok akan aku publishkan mengenai beberapa tips yang boleh digunakan jika berkunjung ke Vietnam. Sekian aje untuk hari ini..terima kasih kerana sudi baca sampai habis.

Adeuss!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...