Selasa, 18 Disember 2012

RESEPI PAVLOVA SIMPLE

Assalamualaikum..

Tahukah anda..minat memasak amat sukar di tanam pada orang yang baru nak belajar memasak apabila resepi dan cara-caranya amat panjang, susah, leceh, bahan-bahan yang sukar dicari..itu..ini...bla..bla..bla.. Bukan itu aje, sesuatu resepi yang "berat" boleh menyebabkan orang tak minat nak cuba ..orang itu adalah spesis aku.

Seperti biasa.. PenBiru tak akan menyusahkan korang dengan berkongsi resepi yang panjang berjela dan renyah. Resepi aku amat simple..senang sangat-sangat. 

Dulu aku bagi resepi Durian Crepe. Hari ini aku nak kongsikan resepi PAVLOVA SIMPLE. Ini di kira basic Pavlova la. Sesuai untuk makhluk Tuhan yang tak sukakan sesuatu yang menyusahkan.

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh jus lemon(boleh gantikan dengan cuka)
2 sudu teh tepung jagung
1cawan Whipping Cream(boleh tambah ikut suka)
Buah-buahan yang nak di tabur - ikut suka koranglah.


Cara-cara:
1. Panaskan oven kepada 300 darjah F (150 darjah celcius)

2. Pukul putih telur sehingga kembang, tambahkan gula sikit demi sikit. Pukul sampai adunan jadi tebal dan berkilat. Untuk testing, cedukkan adunan dengan sudu dan terbalikkan..kalau tak jatuh maknanya dah ok.

3. Masukkan esen vanila, jus lemon dan tepung jagung. Pukul rata.

4. Masukkan adunan dalam loyang yang di alas kertas minyak. Jadikan adunan tebal sedikit di tengah (seperti bukit)

5. Bakar selama 1 jam. Siap bakar, biarkan kek sejuk 

6. Pukul Whipping  Cream sampai kembang dan ketepikan sebentar.
*jika di dalam diri ada perasaan malas yang melampau, tak perlu penat-penat nak pukul Whipping Cream tu. Korang beli je yang dalam tin..pastu spray je.

7. Buang kertas  pada kek dan ratakan krim yang siap di pukul tadi..(kalau rasa nak makan kertas tu pun boleh aje..perut korang..bukan perut aku  :p )

8. Taburkan / letakkan buah-buahan yang korang suka. (lazimnya orang guna buah kiwi dan strawberi). Buah boleh dipotong nipis atau ikut suka koranglah. Korang yang nak makan..bukan aku.

9. SIAP !

pinjam dengan p.cik gugel..

Ada banyak versi resepi Pavlova. Kalau korang nak yang lebih advance tahap Masterchef..resepi ini  bukanlah resepinya. Maka korang kenalah cari sendiri. Resepi aku amat senang..yang penting sedap. Ok..selamat mencuba..
Adeuss!!!

*nak try Pavlova buah-buahan tempatan ..mangga.. pisang.. nenas.. rambutan.. ciku.. betik... bla..bla..bla. sebab tu aku pinjam gambo pak cik gugel..sebab pavlova aku buat haritu tidak berbuah.. kosong..kosong..kosong.. (najwa latif) !

6 ulasan:

  1. mmg senang versi yg ni..nti blh cuba versi ni plak..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum pen biru ...sedapnya...:)

    BalasPadam
  3. akk x pernah cuba buat pavlova pen biru..seyess resepi dh salin tp thap kemalasan akk melebihi..he hheee tgu rajin la..tgok org buat sedap2 jew.

    BalasPadam
  4. tetibe terasa mcm nak wat pavlova..hehe

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...