Rabu, 26 Disember 2012

OREN @ RENNY KU..KURUS..

Assalamualaikum..

Ingat tak kisah anak kucing yang jatuh dari kolong air-cond ofis aku yang aku ceritakan di SINI tempohari..?? Aku panggil dia Renny..tapi macam tak layan je..so aku panggil dia Oren..eh..eh..ok pulak..agaknya dia suka aku panggil dia Oren..Oren pun Oren la..janji sihat.


Hari ini genab 3 minggu Oren dibawah jagaan aku..aku anggarkan umur dia dah 4 minggu sebab masa aku jumpa dia, mata dia baru terbuka sebelah dan tali pusat pun dah tak ada.

Aku bagi dia minum susu formula khas untuk kucing.. tapi agak merisaukan badan dia tak naik-naik..kalau boleh biarlah gemuk sikit. 


Aku rasa dah sampai masanya untuk dia makan makanan pejal..maka aku belilah makanan pallet ni..aku beli di Tesco..


Permulaannya aku basahkan sikit agar makanan tu lembut dan Oren mudah nak gigit. Tapi sekarang Oren dah pandai makan.

Aku ajar Oren berak kat pasir..aku belikan pasir beraroma Epal...

Sekarang dia dah pandai cari kotak pasir bila nak membuang..tapi sebelum dia akan mengiau kuat-kuat.. Mula-mula aku suspen..sakit ke ..apa ke.. rupanya..dia nak aku tunggu dia membuang..penakut pulak budak nih!

Nah..ini susu termahal pernah aku beli untuk seekor kucing



Brand Neu Zea..aku beli susu ni pun sebab aku ada google..kebanyakkan orang cakap, susu ni boleh gemukkan kucing. Aku dah cari sekitar Alor Setar dan Jitra, tapi tak ada; last-last aku minta tolong kawan aku Iera, tolong beli kat 1 kedai di Pandan Indah..nama kedai tu Pet Save. Nama kedai ni pun aku dapat dari internet juga. Nak beli tin kecil rasa macam tak cukup, makanya Iera belikan aku tin besar 1.5kg.. dengan harga RM80++. Sebelum beli kena buat Member Card dulu, baru boleh dapat harga tu..haih..macam-macam..

kepada yang berminat nak beli susu ni, boleh contact alamat kat bil ni..

Harapnya lepas Oren minum susu ni, bolehla badan dia gemuk sikit..kang kurus nampak macam aku bagi tak cukup makan. Tengok tuan punya montel..tengok kucing..kurus keding..masalah jugak tu..

Itulah cerita hari ini..Adeuss!!!

7 ulasan:

  1. oren ni comel..tapi mahal nya susu dia..hihihi..dulu ade bela kucing gak..tapi dok bg mknan pejal je..tak bagi susu pun..hihihi..

    BalasPadam
  2. bagus betul la pen biru ni..rasanya sy klu nak bela kucing pun bg je makan ns ngan ikan rebus/goreng je..x de nak belikan susu khas mcm ni..x susu beli je susu f&n je..hihi

    BalasPadam
  3. chomel.. warna bulu dia sama macam kucing fara.. =)

    BalasPadam
  4. manjanya Oren.. Ana beli susu dan botol susu kat pet shop kedai tang mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak ngah ana beli kat Jitra Jaya Pets Shop

      Padam
  5. bertuahlaa oren dpt tuan baik ati gini...

    BalasPadam
  6. bertuahnya oren dpt minum susu mahai.hiks..seronok bela kucing..oren pun nmpk sgt comel..:)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...