Jumaat, 7 Disember 2012

TIPS MELANCONG KE HO CHI MINH

Assalamualaikum..

Setelah 8 hari berenteri cerita pasal pengalaman aku di HCM..hari ini aku nak kongsikan dengan korang yang berhajat nak ke Ho Chi Minh..terutama pada yang nak shopping ..Sila baca dan ingat .Ini adalah atas pengalaman aku sepanjang 5 hari di sana..



Sebelum Berlepas

1. Rajin-rajinkan menggugel dan baca pengalaman orang lain yang dah pernah pergi.

2. Seeloknya bookingla makan di dalam flight..makanlah nasi kenyang-kenyang.

3. Beli extra baggage (kalau naik Air Asia)untuk perjalanan balik sahaja..biar lebih tak pe..jangan kurang.

4. Sediakan nota kecil yang tercatat kadar tukaran VD(Vietnam Dong) USD dan RM..

ini yang aku punya..kepam!

5. Tukar siap-siap duit VD dan USD di sini..JANGAN TUKAR DI LCCT..mahal gila dowh!  kalau tukar di HCM pun sama..akan jadi lebih mahal. Pun begitu RM masih lagi diterima.

6. Cuaca di sana panas macam di Malaysia. So tak payah la bawak baju sejuk. Buat berat beg aje.

7. Bookinglah hotel (kalau pergi ala-ala backpackers macam aku) yang hampir dengan pasar..tapi tidak terlalu dekat sebab hotel yang dekat dengan pasar tu ada sikit bau..bising..crowded..dll

8. Bawalah bekal meggi dan sebagainya.


Semasa berada di sana..

Jika anda kaki shopping...

1. Minta tawar setengah harga. Pastu boleh up sikit-sikit hingga puas hati (sehingga 3 suku harga..lebih jangan ambik). Jangan mengaku kalah. Kalau peniaga tak bagi..korang blah cari kedai lain.

2. Sebaiknya korang terjah masa kedai baru buka. Aim kedai yang belum ada pelanggan. Gerenti dapat harga yang paling best.

3. Check betul-betul kain atau barang yang korang beli sebelum keluar dari kedai.

4.. Gunakan duit VD dulu. 

5. Sentiasa rujuk nota kecil tukaran asing tu..agar korang tau murah ke tidak barang yang korang beli.

6. Berhati-hati semasa bayar. Kalau boleh bayar cukup-cukup..jangan bayar lebih. Kerana ada peniaga yang ambil kesempatan tak nak bagi balik baki..hadiah katanya..Sila hati-hati ..bangsa ni memang kaki putar belit.



Jika anda backpackers..

1. Belilah peta pelancongan ..ini penting!

2. Sila bawa air minuman dan botol kosong sebab ada sesetengah tandas adalah tidak berpaip.

3. Pakailah kasut atau selipar yang selesa..

4. Jangan pakai baju yang kainnya tebal.. boleh pengsan sebab panas.



*Jika anda pergi dengan keluarga..Adalah sangat tidak sesuai ke Sg.Mekong dan Chu Chi Tunnel jika anda membawa anak kecil dalam stroller atau warga emas yang berkerusi roda.



Sebelum balik

1. Jika beli banyak barang..pastikan beg yang di bawak sebagai luggage di isi sehingga 7kg (ni AirAsia ya..sebab AirAsia amat kedekut bab-bab nih..tiada kompromi)..Jika ada handbag..isikan handbag dengan benda berat yang tak besar..ini boleh mengurangkan berat baggage yang bakal di check in. Biasanya handbag tidak akan di timbang. Luggage aje akan di timbang.

2. Minta penimbang kilo di hotel. Timbang jangan ngam-ngam..mesti kurang sikit sebab timbangan di Airport kadang-kadang tak sama dengan timbang kilo biasa.

3. Di Airport tiada wifi percuma. So kalau nak settlekan apa-apa yang perlukan internet, sila buat di hotel kalau hotel ada wifi lah..


Itu aje yang dapat aku kongsikan dengan korang.. semoga tips ini dapat membantu korang ketika berada di sana..Ok..

Sekian

Adeuss!!!



5 ulasan:

  1. tq so much... next month nk g.. tiket sume da beli.. mmg skg, asyik dok menggoogle bace pengalaman org jer.. cz, 1st time g.. :)

    BalasPadam

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam

SILA TEKAN KEYBOARD ANDA UNTUK MENULIS. :p

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...