Selasa, 29 Januari 2019

CALIPH BUSKERS DAN AJL 33

Assalamualaikum

Anugerah Juara Lagu 33 akan bersiaran langsung pada 3 Februari 2019 ini. Aku sebenarnya tak berapa nak ikut sangat perjalanan AJL33 ni sebab.. entahla. Rasa macam tak best pulak..ada lagu best.. suara penyanyi asal pulak sendu-sendu gitu..TAPI....

Dek kerana pukulan Caliph Buskers yang madleykan 12 lagu finalis..tetiba aje aku rasa..WOW!!!

Serius aku cakap..nyanyian Caliph Buskers 1juta kali lebih sedap dari penyanyi asal..kebolehan mereka sangat luar biasa..dan kebolehan inilah yang dihidu Edry KRU yang membawa Caliph Buskers ke pentas AJL beberapa tahu lalu bagi menggantikan kumpulan Mojo.. dan disini aku kongsikan video klip dari channel youtube Caliph Buskers sendiri..korang dengar dan nilai kan sendiri..

Apa nak kata?? 
Aku nak cakaplah kan..penyanyi asal tu semua tak payahlah perform malam AJL nanti..dok bawah makan pop corn sudahla...bagi Caliph Buskers sajalah menyanyi semua. Depa tapau habih wehhhhh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...