Sabtu, 19 Januari 2019

HANTU PULUT

Assalamualaikum.

Hantu pulut? Ya..aku lah hantu pulut..sebab aku suka makan pulut. Tapi pulut berlauk aje. Tak kisahlah pulut sambal ke.. pulut ikan masin ke..pulut ayam..pulut tanak..pulut kukus.. pulut kuning..semua aku bedal.

Bagi orang utara, pulut biasanya dimakan dengan nyiur kukur dan ikan kering atau ikan masin. Tapi aku suka ikan rebus yang digoreng.

Suami aku pulak orang jawa. Kali pertama aku jamu pulut ikan masin..terkebil-kebil mata dia tengok. Tak reti nak makan katanya sebab biasanya dia makan dengan sambal bilis..gituuuu..

So, tiap kali nak makan pulut, untuk dia mesti aku buatkan sambal bilis. Sedar tak sedar..baru perasan kat IG aku banyak betul gambar pulut.









Banyak-banyak pulut yang paling terkesan dihati..yang inilah.. 4 hari di kota Bangkok tak jumpa muslim restoran..hari-hari aku belasah pulut ayam pakcik melayu ni. Sedap sangat tu tak laa..tapi dah lapar punya pasal..hentam sajalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...