Ahad, 6 Januari 2019

CHARKUETEOW BASAH

Assalamualaikum.

Inilah favourite aku dari kecil. Zaman aku kecil dulu, belum ada lagi Charkueteow ni. Yang ada,kueteow goreng biasa. Rasanya charkueteow ni mula wujud dalam tahun 2005 macam tu. 

Nama charkueteow ni pun..kalau mengikut penjelasan Saudara Adam Corie, maksudnya kueteow goreng. Dia pun tak tahu kenapa perkataan Charkueteow di namakan kepada kueteow goreng berkuah macamni.



Tulah kan..entah siapa yang pandai-pandai guna perkataan Charkueteow untuk kueteow banjir camni..

Tak apalah..apa-apa ajelah..yang pastinya charkueteow basah macam ni memang sedap. Tak puas makan di kedai. Sudahlah hidang atas pinggan leper..kueteow pulak sama aras je dengan pinggan..udang pun ada la 2-3 ekor..kalau yang kerang, selang sebatu baru jumpa...hampa betul rasanya..

Ini resepi aku..

Bahan-bahan;
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
***ditumbuk
1 cawan cili kering blend
1/2 cawan kicap manis
3 sudu sos tiram
1/2 cawan air rebusan kulit udang -optional..kalau tak ada, guna je air panas biasa
10 ekor udang saiz sederhana (nak lebih pun boleh) ATAU
1 cawan isu kerang rebus ATAU boleh campur kedua-duanya
3 biji telur
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai

Cara-cara;
1. Panaskan minyak,tumis bawang-bawang, masukkan cili kering dan  tumis hingga cili pecah minyak.
2. Masukkan kicap, sos tiram dan air rebusan kulit udang atau air biasa. Biarkan kuah didih
3. Masukkan kueteow dan udang/kerang.Kacau-kacau..pastikan kueteow berkuah.. kalau kurang,tambah air rebusan kulit udang lagi atau air panas..terus kacau ketuk-ketuk kuali bagi bising macam kat kedai tu sampai bunyi ketung ketang ketung ketang.
4. Tengok udang dah bertukar warna merah(dah masak la tu) masukkan kucai dan telur, kacau-kacau rata.. tutup api dan masukkan taugeh. Siap.

Tak perlu garam lagi..kicap dan sos tiram pun dah cukup masinnya.




Bila buat sendiri..makan pun puas hati. Banyak lauk dari kueteow..aku pulak suka banyakkan taugeh..meriah rasa hidup bila makan kueteow banyak taugeh.

Korang pulak macam mana?

1 ulasan:

  1. fuh..sedapnya. kedai siam bawah opis ni tak reti pulak buat gini...basah kuah kicap je adalah

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...