Selasa, 15 Januari 2019

AIR ASAM CABAI PICIT

Assalamualaiukum

Tekak orang kedah ni, menang nak yang pedas, masam.. Selain sambal belacan, menu penambat selera adalah Air Asam..lagu karan kalau ada cabai picit.

Apa yang picit?? Cabai AKA cili tu..kau picit-picit dengan jari sampai keluar air cili..lepastu pijar je tangan..panas!

Aku share jugak resepi ni sebab kawan aku si Mana Ikin yang aku kenal sejak awal berblog ni yang minta..

So, aku kongsikan kat sini, mana tau ada yang tak pernah buat tapi nak cuba buat.

Bahan-bahan;
15-20 biji cili padi/burung/api
1labu bawang besar -mayang 
Belacan bakar anggaran besar ibu jari
2-3 biji limau nipis
Asam jawa ( besar ibu jari) optional-aku tak letak pun
Garam,gula aji

Cara-cara;
Racik sikit cili tu, satukan dengan bawang dan lain-lain bahan,masukkan air mati sedikit, perah limau, masukkan garam, sedikit jer gula dan aji. Kemudian, picit-picitkan cili,bawang, belacan tu semua dengan air tadi.Siap..pastu cium tangan..bau sedap ke tak..huhu

Ada yang letak tomato..kerisik..pada aku itu air asam yang tak ori..dah diubah dan aku tak berapa suka. Pada aku..inilah air asam aku..untuk cicah ikan bakar..ayam bakar..daging bakar.. huhuh..korang cuba la ye!


1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...