Jumaat, 18 Januari 2019

WADAI KEPENG RONA RONI

Assalamualaikum..

Harini aku buat Wadai Kepeng. Makanan orang banjar. Mak aku keturunan banjar. Arwah moyang aku(emak kepada ayah mak aku) asalnya dari Pulau Laut, Kalimantan. Arwah moyang yang aku panggil nenek meninggal pada usia 100tahun lebih, pada waktu tu aku baru darjah 2..Arwah nenek datang ke Tanah Melayu masa masih bayi.. bapak nenek bawak lari nenek sekeluarga dari dibunuh Belanda yang cuba merampas kuasa di Pulau Laut (Pulo Laut dalam bahasa Indon)..datuk kepada bapak nenek aku ada keturunan raja di pulau laut.. dan aku pernah cerita kat sini dulu..➡️ SALASILAH KETURUNANKU ok..dah melalut cerita makan ke cerita sejarah pulak dah..

Berbalik kepada resepi..resepi ni aku amat menderhaka..boleh ikut..boleh tiru..tapi tak boleh komplen ye..

Bahan-bahan;
1/2 kg tepung pulut
Secubit garam
Air secukupnya untuk menguli
Pewarna jika nak menderhaka macam aku.

1liter santan
1 ketul gula melaka atau 1 cawan gula merah
2-3 helai daun pandan disimpul

Cara-cara;
1. Uli tepung dengan air dan garam sampailah tepung tak melekat ditangan. Bentukkan bulat-bulat dan picit ditengah.. susun dalam tray dulu
**untuk resepi derhaka aku, aku agihkan tepung kepada 4 dan 3 bahagian aku letak pewarna..1 lagi biarkan putih..derhaka tak aku?? Derhaka kan?**
2. Cairkan gula melaka/gula merah.
3. Dalam periuk lain, masukkan santan, sedikit air kalau santan terlalu pekat, kacau dengan api sederhana dan masukkan air gula ,daun pandan da  secubit garam. Kalau kurang manis, boleh je tambah gula.
4. Bila dah didih masukkan wadai yang dah picit tadi. Wadai yang timbul tu kiranya dah masak lah.. siap!


Inilah wadai kepeng aku. Wadai kepeng biasa warna putih je...kalau arwah nenek masih ada..kompom dia nangis tengok cicit dia menderhaka teruk macamni.. huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...