Khamis, 17 Januari 2019

SPAGHETTI MEATBALL CARBONARA

Assalamualaikum..

Next...resepi western pulak harini. Sedia maklumlah ..bila nak buat menu ala-ala mat saleh ni, bajet memang tinggi, lebih-lebih lagi yang melibatkan penggunaan cheese. Cara nak buat mudah aje..

Suami aku tak suka makan diluar..so secara rasminya aku pun dilantik menjadi chef kat rumah ni. Sedap ke tidak, belakang cerita.

Ok jom tengok bahan dan cara..



Bahan-bahan;
3 ulas bawang merah - cincang
4 ulas bawang putih -cincang
1 tin Sos Carbonara Mushroom
6-7 biji cendawan butang (tin aje)- potong nipis
1 tin susu segar (ukur guna tin sos carbonara)
Cheese parmesan
Pasta spaghetti
10-15biji meatball (boleh tambah ikut suka)
Serbuk lada sulah
Daun oregano
Margerin untuk menumis

Cara-cara
1.Panaskan air dan masukkan 2 camca minyak. Didih je air, masukkan pasta spaghetti dan sedikit garam. Rebus hingga lembut, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan 3 camca margerin, tumis bawang-bawang hingga naik bau dan masukkan meatball. Renjis sedikit serbuk lada sulah dan cendawan butang.
3. Masukkan sos carbonara dan susu. Bila dah agak mendidih, tabur sedikit parmesan dan oregano. Perasakan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan kuah sedikit pekat.Siap!
4. Untuk plating .. tuangkan kuah atas spaghetti, tabur cheese parmesan dan oregano kat atas..


Ni aku punya.. 

Yang ni derhaka sikit ..suami aku punya, dia request tomato ceri pulak..hentam sajalah..tekak dia..dia yang nak telan..bukan aku 😝

Ok..jom santap!

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...