Rabu, 16 Januari 2019

SUP TULANG ALA MAMAK SEMPOI

Assalamualaikum.

Pada suatu hari..bersuara pulak suami aku nak makan sup mamak cicah roti benggali. Aduh..macam orang mengandung pulak dia.

Aku ok kan aje. So aku pun buatlah sup mamak kononnya dengan cara aku sendiri.. resepi yang mudah dengan bahan-bahan yang senang jumpa kat kedai.

Bahan-bahan;

5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu lada hitam
1 sudu jintan manis
***tumbuk semua bahan ni

1kg tulang 
3 sekawan - kulit kayu manis+bunga lawang+buah pelaga
1 pek kecil perencah sup
1/2 pek kecil perencah masak kurma
1 sudu serbuk ketumbar
1 biji sup bunjut tulang
1 batang karot
1 kiub lembu/ayam
1 biji tomato-optinal..tak nak pun ok
Daun sup/saderi
Daun ketumbar
Bawang goreng

Cara-cara; *ada 2 cara kat sini ye*
Cara Biasa:-
1. Rebus tulang sampai lembut dan ketepikan (biarkan api perlahan)
2. Panaskan minyak di kuali,tumis bahan blend, perencah sup, perencah massk kurma dan 3 sekawan sampai naik bau.
3. Masukkan bahan siap tumis dalam periuk rebusan tulang, tambah karot, uncang sup bunjut dan perasakan..biarkan merenih hingga karot lembut..matikan api dan masukkan tomato Taburkan daun sup,daun ketumbar dan bawang goreng untuk hidangan.

Cara Preasure Cooker :-
Ini adalah cara kesukaan aku sebab cepat dan tak renyah..tak perlu rebus tulang dulu.
1. Tumiskan bahan blend dengan rempah sup,rempah kurma,3 sekawan.
2. Masukkan tulang dalam preasure cooker, tuang bahan tumisan tadi, tambah karot,  kiub lembu,garam dan masukkan air (aras tulang) dan gunakan button soup atau meat. 
3. Bila dah bunyi bip dan release preasure.. masukkan tomato..siap!


Secara peribadi, aku akan gunakan preasure cooker untuk buat sup. Untuk buat sup tulang, aku akan tengok tulang tu macam mana. Kalau yang bila basuh pun dah rasa berminyak, aku takkan tumis rempah-rempah tu..tapi terus masukkan dalam periuk bersama tulang. Kurang minyak dan lemak.

Apapun, sup ni memang sedap kalau dicicah dengan roti benggali.Ok ..selamat mencuba!

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...