Isnin, 7 Januari 2019

KUDAP-KUDAP BENDI CELUP TEPUNG

Assalamualaikum..

Saja nak aktifkan blog ni.sementara mood belum kelaut. Harini aku cuma nak tunjuk salah 1 menu kegemaran aku untuk kudap-kudap..buat lauk pun boleh.


Bendi celup tepung!

Senang aje. Kat sini aku bagi 2 cara nak buat..menggunakan 2 bahan.

Cara 1.
Guna tepung goreng BISTARI. 
Gaul kan bendi dalam bancuhan pekat trpung bistari dan salut dengan tepung Bistari yang kering..terus goreng.

Cara 2.
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk cukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah.
***gaul rata bahan-bahan ni dan bahagikan kepada 2 bahagian.1 bahagian bancuh denga air bagi pekat dan 1 bahagian lagi biarkan kering untuk salut sebelum goreng.

Kaedah yang sama, gaul bendi dengan tepung yang dibancuh, angkat dan salut dengan tepung yang kering kemudian goreng deep fry 2-3minit api sederhana.

Siap!.. enak dimakan begitu sahaja..


3 ulasan:

  1. WOW RESEPI BARU NAK CUBA LA

    BalasPadam
  2. kali pertama ni tengok bendi celup tepung..

    BalasPadam
  3. sayur bendi ni antara kegemaran saya...nak buat lah nnt.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...