Rabu, 9 Januari 2019

PUDING LAUTAN BIRU

Assalamualaikum..

Sekarang tengah viral puding Ocean Blue katanya. Aku pun cubalah, tapi aku olah ikut suka hati aku..aku ni sebenarnya tak pandai sangat bab-bab puding memuding ni..agar-agar biasa kekadang aku failed. Haha..



Bahan-bahan untuk Air Laut (atas)
1 pek agar-agar serbuk 10gm
Segenggam agar-agar tali
2 tin buah laici
1liter air dari tin laici campur air kosong
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna biru
3 camca biji selasih direndam (agak-agak je)

Cara-cara
1. Basuh agar-agar tali dan masak dengan serbuk agar-agar bersam 1 liter air campuran air laici dan gula sampai larut.
2. Titik pewarna biru dan susun buah laici dalam loyang.
3. Tuang agar-agar biru dan masukkan biji selasih dan sejukkan.
Susun..buah laici..hingga penuh dan tenggelam

Bahan-bahan untuk Dasar Laut (bawah)
1 pek agar-agar serbuk 10gm
Segenggam agar-agar tali
2 cawan air
2 tin susu cair
Sedikit esen vanila
1/2 cawan gula (kurangkan kalau tak suka manis)

Cara-cara
1. Larutkan agar-agar dengan air.
2. Agak dah didih masukkan susu dan titik sedikit sesen vanila air.
3. Ambil agar-agar biru yang sudah keras,cakar-cakar sikit dan tuangkan agar-agar susu.
Sejukkan. SIAP.



Alhamdulillah..menjadi jugak ..aku sebenarnya risau betul kalau nak buat puding ni..takut tak jadi..tapi kali ni..menjadi..happy sangat..hahah.
Kesian betul aku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...