Sabtu, 5 Januari 2019

HOMEMADE DUMPLING

Assalamualaikum

Kisahnya, 2016 aku ke Hongkong. Biasalah pergi travel dengan BFF aku si Iera. Di Hong Kong, aku singgah makan Ma Restaurant.. restoren cina muslim. Teringat-ingat pulak siewmai dia yang sedap gila. 

Siewmai ke.. wantan ke.. dumpling ke.. sebenarnya menggunakan doh kulit yang sama. Puas menggoogle akhirnya aku jumpa resepi yang aku try and error. Sampailah akhirnya berjaya.Jom tengok resepi.


Bahan-bahan;
Kulit Wantan/Siewmai/Dumpling :-
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung ubi
1/3 cawan tepung jagung
1 cawan air panas mendidih
Garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

Inti :-
2 keping dada ayam - cincang halus
12 ekor udang(isi sahaja) -cincang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 batang karrot -dadu kecil/sagat pun ok
Daun bawang -potong halus
3 ulas bawang putih -dicincang
2 biji bawang merah -dipotong dadu
2 sudu kecil minyak bijan- tak ada pun takpe
1 sudu kecil sos tiram
sedikit lada sulah /lada hitam
1 biji cili merah -cincang kasar
1 biji telur
Garam gula perasa

Cara-cara ;
Doh Kulit
1.  Satukan semua tepung, sedikit garam dan minyak masak.
2.  Masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan
3.  Uli doh hingga lembut dan rehatkan sebentar. Tutup dengan kain lembap supaya doh tak mengeras.

Inti
Satukan semua bahan dan perasakan dengan gula garam.

Penyediaan
1.  Panasakn periuk kukus. Aku guna periuk kukus letrik..senang je
2.  Tabur sedikit tepung atas papan canai.
3.  Uli doh tadi dan ambik besar bola pingpong, canai nipis atas papan canai. Gunakan mug atau bekas bulat untuk tekap tepung tadi.
4.  Isikan inti dan kelim ikut suka. Boleh buat macam kelim karipap. Asalkan inti bebungkus tepung sudahla.
5.
Untuk kukus : susun dalam loyang dan kukus 5-10minit. Ikut saiz dumpling tu.
Untuk goreng : terus goreng dalam minyak panas dan goreng cara deep fry.
Untuk sup : masukkan terus dalam kuah sup yang mendidih. Timbul je dia..masaklah tu

Siap! Boleh makan dengan sos cili thai atau macam tu aje.
1st time buat..kulit agak tebal.Inti ok dah

Percubaan seterusnya.. saksesssss!!!

Cara-cara nak kelim kulit dumping ni banyak tutorial kat youtube. Terpulanglah nak buat macam mana pun.Rupa lain-lain..rasa sama je.. Nak rasa lain, ubah je inti. Guna daging pun sedap juga.Cubalah ya. Kalau tak jadi, jangan give up. Cuba lagi. Ok

Adeuss!!!

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...