Sabtu, 12 Januari 2019

MEE HAILAM MACAM-MACAM ADA

Assalamualaikum

Terus berkongsi resepi. Kali ni resepi Mee Hailam pulak lah ye. Meriah sebab aku letak macam-macam. Nak bagi puas makan dan berbaloi bila masak.



Bahan-bahan;
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
*** semua ni ditumbuk

Sayuran:-
Karrot
Anak Jangung
Kobis
Sawi
Tomato
Cili padi -diketuk
Daun sup/saderi - untuk di tabur

1pek mee kuning
Isi ayam
Udang
Sotong
*** kuatiti terpulanglah nak letak banyak mana

1 cawan Sos cili
1/2 cawan Kicap manis
3 sudu Sos Tiram
Serbuk lada sulah
4 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1 cawan air


Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang ditumbuk, bila bawang dah kuning  masukkan isi ayam, sedikit garam dan 2 cawan air.
2. Bila dah menggelegak, masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili dan serbuk lada sulah. Kacau sebati masukkan karrot  dan anak jagung dahulu, renehkan dalam 2minit.
3. Masukkan mee, udang dan sotong, dan semua baki sayur .Kalau kuah nampak kering, tambah je air panas sikit.
4. Masukkan air tepung jagung, dan perasakan. Aku dah tak tambah apa-apa garam dah sebab pada aku kuah dah just nice dengan selera aku..kalau korang nak tambah aji ke..cukup rasa ke.. terpulang.

Siap.. berenang-renang je kuahnya.

Ok. Itu aje.. Adeuss!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...