Khamis, 24 Januari 2019

GEROBOK MINI MARKET : PES TOMYAM

Assalamualaikum.

Bulan 8 tahun lepas aku ke Danok.Kat sana aku borong stok pes tomyam. Mudah nak masak sebab sedap dan halal.

3balang..dah susut stok aku sekarang.Tinggal 2 balang aje lagi.

Ni gambar kat kedai yang aku borong..kat Danok..kalau kat Malaysia pun ada, tapi disini jauh lebih murah

Pes tomyam ni bukan aje untuk masak.kuah tomyam..aku guna untuk goreng nasi, perap ikan untuk bakar, dan macam-macam lagi.

Sedapnya pes ni lebib dari yang berjenama Adabi, Knorr atau Maggi. Ini memang pure orang siam punya selera dan kedai-kedai masakan Thai kat negara kita akan guna pes ni. Sebab tu kadang-kadang rasa tomyam yang kita masak diruma tak sama dengan di restoren siam kat luar sana. Korang patut cuba pes ni.gerenti tak menyesal.

1 ulasan:

  1. nak beli jugak, boleh cuba letak dalam maggi perisa tomyam...tak payah pakai rencahnya kan :D

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...