Rabu, 2 Januari 2019

RESEPI SOMTAM DANOK

Assalamualaikum

Aku penggemar menu Thai. Antara yang aku suka adalah somtam. Somtam ni mudah je nak buat, cuma 1 bahan yang mesti ada dalam somtam tapi susah nak jumpa di negara kita ni, gula palm Thai..atau Thai Palm Sugar. Takde gula ni, memang somtam derhaka namanya.

Resepi aku ni taklah derhaka cuma biadap sikit je 不不. Apa yang biadap? Jom tengok..


Bahan-bahan;
1 biji mangga muda
1/2 biji betik muda
1/2 cawan udang kering -sangai sikit
3 biji limau nipis
10 biji cili padi (nak pedas tambah lebih)
Sos Nampla (sos ikan..Tesco banyak jual)
2 camca Gula Palm Thai
1 biji tomato -hiris nipis
1/2 kacang goreng
3 ulas bawang putih

Inilah gula Thai yang aku beli masa aku ke Danok 2 bulan lepas. Simpan suhu bilik je..jangan simpan dalam peti sejuk..keras pulak nanti. Susah nak guna

Cara-cara; (aku tak ada lesung kayu untuk tumbuk somtam tu..maka aku guna cara aku.. tu yang biadap sikit tu.)

1. Parut/racik halus betik dan mangga.Ketepikan.
2. Dalam lesung batu, tumbuk kasar udang kering, masukkan bawang dan cili padi..tumbuk kasar dan akhir sekali masukkan gula thai dan kacang, lenyek-lenyek je bagi hancur dan godek sampai bahan rata dan sebati.
3. Masukkan bahan tadi kedalam bekas mangga dan betik, masukkan air limau nipis, tomato dan renjiskan sos ikan..gaul rata..siap!

Aku ni kan..takdelah rajin mana pun. Takat nak buat somtam semangkuk, tak kuasa lah aku nak goreng kacang..buang kulit..leceh oi.. Nah aku beli kacang shantung pek jajan budak-budak tu.. beli 2 pek pun dah cukup..biadap tak resepi aku ni?? Biadap kan? 不不不

Tadaaa!!!! Sah siap. Aku tak makan dengan nasi..aku meratah je..sedap ooo..aku tak suka kacang panjang, so aku tak letak. Kalau korang nak letak pun ok je.

1 mangkuk untuk dimakan begitu sahaja

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...