Sabtu, 7 September 2019

KAPUR BARUS BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum

Pesanan daripada Public Health Malaysia.

[ALERT]

Produk Mengandungi Camphor BUKAN Untuk Kanak Kanak Bawah 2 Tahun.

Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka. 

Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.  

Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.

Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!


















Tiada ulasan:

Catat Komen

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...