Rabu, 19 Ogos 2015

KUIH QASIDAH MENGGEDIK

Assalamualaikum..

Amboi tajuk..huhu.. sempena nama kuih kegemaran aku dari kecik lagi.. bak kata orang Kedah.. "tauk2..
telan!" .. tak payah nak kunyah..masuk mulut..telan je.

Ini resepi Kuih Qasidah yang diajar mak aku.

Kuih Qasidah Utara

Bahan-bahan;
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Bahan taburan; 5-6 ulas bawang merah,di mayang dan digoreng.

Cara-cara;
1. Campur semua bahan dalam periuk (kecuali bawang) , kacau sampai sebati..
2. Masak atas api sederhana, kacau sampai likat.
3. Sediakan bekas , sapu minyak (gunakan minyak bekas goreng bawang) dan tuangkan adunan yang sudah masak tadi.
4. Taburkan bawang goreng sesuka hati..biarkan sejuk..SIAP!!

Sukatan yang aku bagi ni, memang ngam 1 bekas macam dalam gambar tu..teksture nya tak keras..tak lembik ..tapi menggedik jeee..Ok..selamat mencuba.. Adeus!!!


4 ulasan:

  1. tak pernah rasa dan teringin pula nak rasa bila lihat gambar ni...

    BalasPadam
  2. Oh... resepi baru buat kakak ni
    Kakak tak pernah lagi jumpa dan merasa
    Nak simpan dan mencuba - suka & terima kasih.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    singgah ptg
    hari ini bz sangat x sempat nak BW

    BalasPadam
  4. Aduh!! dah lama x makan nie. Nak balik Kg nak kena cari di KL ini susah nak dapat yg sedap. x tau mana nak cari.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...