Rabu, 31 Julai 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #1

Assalamualaikum

Moga Allah permudahkan urusan aku untuk hari ini dan hari-hari mendatang. Amin ya robal a'lamin..

Sebenarnya dah lama terlintas difikiran nak cuba turunkan berat badan dengan pembedahan. Tapi, tak ada modal sebab kosnya sangat tinggi. Aku cuba google, FB search malah hingga ke IG pun aku mencari maklumat yang boleh aku gunakan untuk teruskan niat ini. 

Dan aku dapati sangat sukar untuk jumpa info berkaitan prosedur,pengalaman dan yang sewaktu dengannya bagi kes bariatric di Malaysia. Balik-balik keluar muka artis yang dah buat bariatric di hospital private. Boring betul..diorang tak apalah..income tebal-tebal belaka. Gajah pun boleh terbang.

Aku sangka pembedahan bariatric ni hanya dilakukan di hospital swasta yang rata-rata menelan kos antara 20-37ribu.. RIBU..ok.. RIBU.. tersentap sebentar.

Rupa-rupanya boleh juga dibuat di beberapa hospital kerajaan terpilih. Antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh dan  juga di beberapa pusat perubatan Universiti,iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Aku dah cuba survey harga dan kos. HUKM memerlukan kos sehingga 19-24k dan kalau hospital kerajaan lebih kurang 8k.

Untungnya aku penjawat awam.Boleh guna GL dan kos untuk peralatan yang kena dahulukan duit sendiri atau tunggu kelulusan JPA adalah sekitar 6-7k. 

Langkah pertama (dengan bantuan nasihat dari seorang pesakit yang sudi berkongsi maklumat) adalah mendapatkan surat rujukan dari klinik/hospital kerajaan,dan barulah boleh ke langkah seterusnya iaitu berjumpa pakar di hospital yang ada Klinik Bariatric.

Aku juga dah jumpa FB Page untuk rawatan ni. Untuk info lanjut,korang boleh tengok page ini MyBariatrix . Aku cuba pm admin untuk info lanjut. Alhamdulillah,pertanyaan dijawab dan aku tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Untuk maklumat, page ini memperkenalkan aku kepada seorang pakar di HKL iaitu Dato Dr.Tikfu Gee. Kalau yang ada duit,boleh juga guna khidmat beliau di private iaitu di Sunway dan Prince Court. 

Dan harini..aku ada appoinment dengan doktor gynea di Hospital Sultanah Bahiyah,dan aku minta surat rujukan dari beliau.

Agak susah nak dapat surat ni,sebab diorang kalau boleh nak aku jumpa doktor di HSB dulu..check dulu.. itu ini.. aku tau dah,ini semua wajib ambik masa berbulan-bulan sebelum nak sahkan aku kena buat bariatric.. bila nak sudah? Umur makin bertambah. Aku berkeras juga nak ke HKL. Aku nak jumpa pakar disana dengan harapan tahun ini juga dapat buat operation. Aku tak nak buang masa lagi. Masa aku dah suntuk sangat.

Dan mulai harini ini..bermulalah langkah aku untuk mencari kehidupan baru. Akan aku kongsikan setiap detik yang aku lalui dalam perjalanan bariatric aku ini..doakan aku istikhomah dalam mengubah nasib diri.

Hingga berjumpa lagi dicatatan perjalanan bariatric aku yang seterusnya..

Adeusss!!!

NOTA : Sudah 1 tahun lebih usia entri perjalanan bariatrik aku ni.Aku ada menerima banyak persoalan, ada yang tinggalkan nombor telefon untuk diwhatsapp dan macam-macam lagi. Bagi yang terbaca entri ini dan nak tahu lebih lanjut, cerita seterusnya, boleh klik link ini : 
➡️MY BARIATRIC JOURNEY - untuk cerita pengalaman sebelum pembedahan
➡️BARIATRIC INFO - untuk info berkaitan bariatrik
➡️MY BARIATRIC LIFE - untuk cerita pengalaman selepas pembedahan.

Harap link yang aku berikan dapat membantu korang semua. Bagi yang tak biasa dengan bacaan blog, korang scroll hingga kebawah pemuka blog, dan klik Catatan Lama.. sehingga ke entri yang bertarikh lebih lama. Baca dari mula..barulah korang boleh faham dengan mudah. Aku juga dah letakkan #nombor bagi memudahkan pembaca mengenalpasti tajuk entri mengikut turutan.




Terlalu ramai yang meninggalkan komen minta aku whataspp untuk bertanyakan mengenai cara menjalani pembedahan di hospital kerajaan dan 90% adalah penjawat awam.. maaf aku tak menang nak whatsapp semua orang. So, oleh kerana membaca amalan mulia, aku catatkan link blog di sini bagi menjawab pertanyaan dan persoalan korang semua sebab kalau aku whatsapp pun, aku akan bagi link-link ini juga untuk korang baca dan fahamkan. Kalau kau nak cerita pun..benda yang sama. Ikutkan aku dah letak tab bar di sebelah kanan blog untuk korang klik dan baca.. tapi itulah kan.. mmmm... 

SYARAT  ATAU KRITERIA UNTUK PEMBEDAHAN BARIATRIK: http://www.penbiru.com/2019/08/my-bariatric-journey-bariatric-surgery.html

CARA-CARA DAPATKAN RAWATAN/PEMBEDAHAN DI HOSPITAL KERAJAAN:  http://www.penbiru.com/2020/11/bariatric-info-step-by-step.html

KOS PEMBEDAHAN DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA: http://www.penbiru.com/2020/12/bariatric-info-kos-pembedahan-bariatrik.html

CARA URUSKAN PEMBELIAN STAPLER (PEMBEDAHAN) BAGI PENJAWAT AWAM: http://www.penbiru.com/2020/06/my-bariatric-journey-23-quotation.html

PERMOHONAN KEMUDAHAN PERBELANJAAN PERUBATAN PENJAWAT AWAM:  http://www.penbiru.com/2020/09/my-bariatric-journey-24-permohonan.html


Aku mohon sangat..korang bacalah dulu ya... please ye..baca dulu link kat atas ni. Bahasa yang aku gunakan untuk semua entri di blog ni, semuanya bahasa yang mudah nak faham,  bukan bahasa buku, tapi lebih kepada story teller kaedahnya. Moga dapat membantu korang semua.



Ok..selamat membaca! 
: kemaskini pada 30.01.2021

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Salam sis, berapa lamaselepas first consult dengan dr pakar di HKL, dpt buat surgery ya?

      Padam
    2. Tak tentu..lambat sebab masalah Convid. Sy sendiri hampir 1tahun dari 1st consult

      Padam
  2. Salam sis, camna saya boleh berhubung ngan sis? Saya belum dpt date utk opret lagi tp doktr cakap bulan March ni la?.... Saya nak Tanya pasai proses nak guna GL ni... Saya penjawat awam

    BalasPadam
  3. assalamualaikum sis..sy x berapa faham..boleh sy tnya sis dgn lbh dlm..sy pnjawat awam jgk

    BalasPadam
  4. Hi, boleh saya tau cara untuk dapat rawatan pembedahan bariartik di HKL tak?

    BalasPadam
  5. Salam Puan. Kalau suami kerja govt dan afa GL untuk isteri. Boleh guna ke? Kalau Puan ada info berkenaan ni boleh share. Thanks ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk GL (rawatan, consult n warded) free sebab pakai kelayakan suami. Tapi untuk beli stapler tu..sy tak pasti la puan sebab benda tu kena mohon dengan KKM.ada syarat2 untuk kelulusan tu.

      Padam
  6. Assalamualaikum.. Mcm mana saya nk berhubung dgn adik.. Saya nk tanya cara memohon bariatric kakitangan awam..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...