Jumaat, 4 Mei 2012

TAFSIR MIMPI

Assalamualaikum.

Aku nak tanya korang..korang percaya tak pada tafsir mimpi?

Ceritanya macam ni ye..malam Jumaat 27 April lepas, aku mimpi pelik. Sampai hari ni aku teringat-ingat. Mimpi yang agak menakutkan..Aku mimpi hari nak Kiamat. Masya Allah..memang menakutkan. Dalam mimpi tu, aku berada dikampung, dirumah mak. Yang ada dalam mimpi tu, hanya, aku, mak, adik dan kakak aku yang no.2. Yang lain tak ada.

Mula-mula tu berlaku gegaran. Aku lari keluar rumah dengan mak dan adik beradik aku. Masa aku berdiri dihalaman rumah disebelah kiri aku (barat) aku nampak matahari sedang naik dan Gunung Jerai yang sepatutnya ada disitu tidak kelihatan.


lebihkurang macam nilah gambaran matahari dalam mimpi aku tu..dan langitnya seperti gamabr di bawah


dalam mimpi tu, langit tidak berawan..hanya langit semata-mata

Langit dan matahari menjadi merah. Gegaran berhenti tapi tanah di belakang rumah sudah mula mendap dan rumah menjadi condong. Aku pegang tangan mak dan adik beradik aku. Dalam mimpi tu aku rasa macam aku tak mimpi dan aku ada menampar muka sendiri kalau-kalau aku akan terjaga dari tidur(kalau betul la aku mimpi) Masa aku tampar muka aku, aku rasa sakit..macam betul-betul kejadian.

Keadaan masa tu , betul-betul macam kejadian di alam nyata. Aku mengucap panjang dan yang aku tahu, ketika tu memang kiamat sedang berlaku. Dan pada ketika itu, aku berkata pada diri aku sendiri.." Ya Allah..ketika ni semua pintu taubat dah tertutup"..

Tiba-tiba aku tersedar dari tidur..aku tengok jam di handphone aku sudah pukul 6.30. Aku bangun dan duduk di katil termenung seketika. Nak solat subuh, dah aku uzur masa tu..

Sampai hari ni mimpi tu masih aku teringat-ingat lagi..apakah maksudnya...Aku sebenarnya takut dengan mimpi sendiri sebab sejak dari kecil, tiap apa yang aku mimpi, mesti akan berlaku, tak kira baik atau buruk..cuma cepat atau lambat saja.

Hingga hari ini aku masih tertanya-tanya...Semoga Allah memberi petunjuk-Nya padaku.sesungguhnya aku hanya insan yang lemah.

10 ulasan:

  1. takut jgk baca mimpi pen biru nih.. semoga benda2 yang baik2 sahaja berlaku..amin..

    BalasPadam
  2. Allah memberi peringatan supaya kita semua tambahkan amal kot.

    BalasPadam
  3. yang dkna tau kalau mimpi gigi depan tercabut bawak maksud salah seorang dari keluarga terdekat kita akan meninggal :)

    BalasPadam
  4. mmpi ni kdg2 ptnjuk..kadang2 cume mainan tido..byk2 la doa spya takde ap2 yg jadi ye :)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum pen biru...moga kita semua dalam keadaan yg bersedia dgn apa jua yg bakal terjadi...:)

    BalasPadam
  6. peringatan dari Allah SWT..semoga kito semuo di lindungi oleh Nya..

    BalasPadam
  7. mak cuma tahu tafsir mimpi, klu mimpi kene patuk ular makna xlama lg kita nk kawin...hihihih kata org2 tua lah. tp dlu masa mak nk kwen xde lak mimpi di patuk ular pun...:)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..sy pun ada mmpi mcm tu pgi td..langit kemerahan..masa tu sy ngan family kt luar rumah utk tgk apa yg jd.. Tba2 dgr bunyi mcm raksasa.Masa tu sykata pd diri yg pintu taubat akn trtutup dn sy x sempt brtaubat. Pastu bumi rsa bergegar then trus trjaga dri mimpi.. Trus ucap astaghfirullah.. Alhamdulillah..Igt btul2 trjadi..

    BalasPadam
  9. PEN BIRU.. SAYA JUGA BARU JER MIMPI BENDA YANG SAMA.. DAN LEBIH KURANG WAKTU YANG SAMA.. JUGA TEMPAT KEJADIAN YANG SAMA IAITU DI RUMAH MAK SAYA.. TANAH JADI MENDAP.. MENENGGELAMKAN KERETA DAN SEBAHAGIAN RUMAH MAK SAYA.. SAYA JUGAK ADA BERPIKIRAN.. "PINTU TAUBAT SUDAH PON DITUTUP.. APA PERLU SAYA BUAT".. DALAM KEKALUTAN ITU, SAYA DENGAN TAK SENGAJA TELAH DIPATOK ULAR.. APAKAH MAKSODNYA DISEBALIK MIMPI NI.. YA ALLAH.. AKU MEMOHON PADAMU.. AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA AKU, KEDUA IBU BAPAKU, AHLI KELUARGA KU DAN SEMUA SAUDARA SEISLAM KU.. AMIN YA RABB..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...