Jumaat, 18 Mei 2012

KISAH 3 BANDUAN

Assalamualaikum..

Aku teringat 1 filem yang aku tonton dulu.. filem tu filem tamil..tajuknya aku tak ingat..tapi ada 1 babak di mana babak itu amat bermesej sekali..



3 orang banduan!..asalnya dalam 1 sel penjara tu ada hanya 2 orang banduan..1 hari banduan ke-3 dimasukkan bersekali dengan 2 orang banduan itu..Mereka tidak bertegur sapa sehinggalah pada 1 hari..

BANDUAN 1  : Kenapa kau dipenjarakan? (tanya Banduan 1 kepada Banduan ke 3)

BANDUAN 3  : Aku dipenjarakan kerana melakukan jenayah .Aku telah merogol anak kandungku

BANDUAN 2  : Kau merogol anak kau? Kau tahu kenapa kami berdua dipenjarakan?

BANDUAN 3  : Tentunya kerana melakukan kesalahan dan jenayah..

BANDUAN 1  : Ya..memang kami melakukan jenayah..Kesalahan aku ialah merompak bank.

BANDUAN 2  : Aku pulak membunuh tanpa niat..

BANDUAN 3  : Nampaknya kesalahan kamu berdua lagi berat dari kesalahan aku.

BANDUAN 1  : Ya, memang kesalahan kami lagi berat dari kesalahan kau. Tapi kau tahu kenapa kami lakukan kesalahan itu??

BANDUAN  3  : Tidak..aku tak tahu..

BANDUAN 2  :  Dia (Banduan 1 ) merompak kerana tidak ada duit untuk diberi makan pada anak-anaknya, lalu dia terpaksa merompak agar perut anak-anaknya tidak kelaparan..dan aku, membunuh kerana anak gadisku telah diperkosa orang..Aku tidak dapat menahan marah apabila anak gadisku diperkosa didepan mata aku.

BANDUAN 1  : Dan kau??? apa yang kau lakukan untuk anak kau??? Sebenarnya kesalahan kau lagi berat dari kami berdua.

BANDUAN 2  : Walaupun kita ini adalah penjenayah..tapi kaulah yang paling hina sekali.

*moral of the story...jangan jadi haruan makan anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...